Rabu, 03 November 2010

NASIHAT YANG LURUS AGAR MENGIKUTI JALAN YANG LURUS

Penulis:

Abu Ayyub Muhammad Fashan bin Ahmad Ziadi

DARUL HADITH DAMMAJ





PENGANTAR

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله الذي أرسل رسوله بالهدى ودين الحق ليظهره على الدين كله وكفى بالله شهيدا وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له إقرارا به وتوحيدا وأشهد أن محمدا عبده ورسوله صلى الله عليه وعلى آله وسلم تسليما مزيد .أما بعد :

Allah Ta’ala berfirman:

لَا خَيْرَ فِي كَثِيرٍ مِنْ نَجْوَاهُمْ إِلَّا مَنْ أَمَرَ بِصَدَقَةٍ أَوْ مَعْرُوفٍ أَوْ إِصْلَاحٍ بَيْنَ النَّاسِ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَلِكَ ابْتِغَاءَ مَرْضَاةِ اللَّهِ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا [النساء/114]

“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang Yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mendamaikan di antara manusia. dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar”. [An-Nisa’: 114).

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:

كُلُّ مَعْرُوفٍ صَدَقَةٌ

“Setiap kebaikan adalah sedekah”. (HR. Al-Bukhari, dari Jabir bin Abdillah Radiallahu ‘anhuma dan Muslim dari Huzaifah bin Al- Yaman Radhiallahu ‘Anhu).

Dari Abu Zar Radhiallahu ‘Anhu dari nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bahwasanya beliau berkata:

وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ

“Dan memerintah kepada kebaikan adalah sedekah dan melarang dari kemungkaran adalah sedekah”. (HR. Muslim).

Dari dalil-dalil tersebut kita ketahui bahwa amar ma’ruf nahi munkar (memerintah kepada kebaikan dan melarang dari kemungkaran) adalah suatu perkara yang sangat dituntut dalam syari’at Islam, dan kami telah mendengar syaikh kami yang mulia An-Nashih Al-Amin Yahya bin Ali Al-Hajuri –Hafizhahullah- ketika ditanya apakah mengingkari kemungkaran itu dikhususnya hanya orang-orang besar dan orang-orang yang memiliki keilmuan? Maka beliau -Hafizhahullah- berkata: Mengingkari kemungkaran tidak khusus orang-orang besar atau orang yang memiliki keilmuan saja namun siapa saja yang mengetahui suatu kemungkaran maka wajib baginya untuk mengingkarinya sesuai dengan kesanggupannya sebagaimana ditunjukan dalam hadith Abu Sa’id Al-Khudri Radhiallahu ‘Anhu bahwa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:

مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِك أَضْعَفُ الْإِيمَانِ

“Barangsiapa dari kalian melihat suatu kemungkaran maka hendaklah dia merubahnya dengan tangannya jika dia tidak sanggup maka dengan lisannya, jika dia tidak sanggup (pula) maka dengan hatinya, dan yang demikian itu selemah-lemahnya iman”. (HR. Muslim).

Kami mengucapkan banyak terima kasih kepada saudara kami Abu Ayyub Muhammad Fashan bin Ahmad Ziadi –Hafizhahullah- yang telah meluangkan waktunya dalam rangka mengamalkan ilmunya iaitu dengan melaksakan amar ma’ruf nahi munkar dan memberikan nasihat yang ilmiah untuk saudara-saudaranya dimanapun mereka berada terkhusus yang ada di Malaysia, yang beliau –Hafizhahullah- menamai judul tulisannya “Nasihat yang Lurus agar Mengikuti Jalan Lurus”. Maka sudah selayaknya bagi seorang mukmin lebih-lebih kalau dia mengaku sebagai seorang ahlussunnah- untuk menerima nasihat tersebut walaupun yang memberi nasihat dan peringatan itu orang yang dianggap kecil darinya atau dianggap sebagai pemula! serta berupaya pula untuk meninggalkan segala macam kemungkaran yang selama ini dia kerjakan serta bersyukur karena dia diingatkan oleh saudaranya, Allah Ta’ala berfirman:

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ [التوبة/71].

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kemungkaran”. (At-Taubah: 71).

Dan Allah Ta’ala berfirman:

يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُسَارِعُونَ فِي الْخَيْرَاتِ وَأُولَئِكَ مِنَ الصَّالِحِينَ [آل عمران/114].

“Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), dan mereka pula segera segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. mereka (yang demikian sifatnya), adalah dari orang-orang yang soleh. (Ali-Imraan: 114).

Dan merupakan ciri ahlussunnah adalah menerima nasihat dan menerima kebenaran serta bersegera kembali kepada kebenaran dengan tidak meremehkan orang yang menasihatinya, dari Abi Zar Radhiallahu ‘Anhu, dia berkata: Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam berkata kepadaku:

لَا تَحْقِرَنَّ مِنْ الْمَعْرُوفِ شَيْئًا وَلَوْ أَنْ تَلْقَى أَخَاكَ بِوَجْهٍ طَلْقٍ

“Janganlah kamu meremehkan sesuatupun dari kebaikan walau kamu berjumpa dengan saudaramu dengan wajah yang ceria” (HR. Muslim).

Bila perkara tersebut dilakukan oleh setiap mukmin maka terlihatlah dengan sangat jelas perbezaan antara dia dengan orang-orang munafik, Allah Ta’ala berfirman:

الْمُنَافِقُونَ وَالْمُنَافِقَاتُ بَعْضُهُمْ مِنْ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمُنْكَرِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمَعْرُوفِ وَيَقْبِضُونَ أَيْدِيَهُمْ نَسُوا اللَّهَ فَنَسِيَهُمْ إِنَّ الْمُنَافِقِينَ هُمُ الْفَاسِقُونَ (67) وَعَدَ اللَّهُ الْمُنَافِقِينَ وَالْمُنَافِقَاتِ وَالْكُفَّارَ نَارَ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا هِيَ حَسْبُهُمْ وَلَعَنَهُمُ اللَّهُ وَلَهُمْ عَذَابٌ مُقِيمٌ (68) [التوبة/67، 68]

“Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat, dan melarang dari perbuatan yang baik, dan mereka pula menggenggam tangannya (bakhil kedekut). mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah) Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah orang-orang yang fasik. Allah menjanjikan orang-orang munafik lelaki dan perempuan serta orang-orang kafir dengan neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya. cukuplah neraka itu menjadi balasan mereka; dan Allah melaknatkan mereka, dan bagi mereka azab seksa yang kekal”. (At-Taubah: 67-68).

Semoga Allah Ta’ala menjadikan tulisan ini bermanfaat dan semoga memberikan balasan kebajikan kepada penulisnya, serta semoga Allah Ta’ala menjadikan semua amalan kita ikhlas hanya dengan mengharap ganjaran dari-Nya.

وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين. وآخر دعوانا أن الحمدلله رب العالمين.

Ditulis oleh Abul Abbas Khidhir bin Nursalim Al-Mulkiy Al-Indonesi pada hari Jumaat petang 26 Sya’ban 1431 H. di Darul Hadith Dammaj-Sho’dah-Yaman.








MUQADDIMAH PENULIS

بسم الله الرحمن الرحيم

إن الحمد لله ، نحمده ، ونستعينه ، ونستغفره ، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا وسيئات أعمالنا ، من يهده الله فلا مُضل له ، ومن يضلل فلا هادى له ، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له ، وأشهد أن محمداً عبده ورسوله.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ

Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah Dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan Dalam keadaan Islam. [Ali-Imraan:102]

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًا كَثِيرًا وَنِسَاءً وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا

Wahai sekalian manusia! bertaqwalah kepada Tuhan kamu Yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri Yang satu (Adam), dan Yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan juga Yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan Yang ramai. dan bertaqwalah kepada Allah Yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.

[ An-Nisa`:1]

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلًا سَدِيدًا () يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا

Wahai orang-orang Yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan Katakanlah perkataan Yang tepat – benar (dalam segala perkara),Supaya ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah) sesiapa Yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan.

[ Al-Ahzab:70-71]

أما بعد: فإن خير الكلام كلام الله، وخير الهدي هدي محمد صلى الله عليه وآله وسلم، وشر الأمور محدثاتها، وكل محدثة بدعة، وكل بدعة ضلالة، وكل ضلالة في النار.

Buat saudara-saudaraku , Salafiyyin –Hadahumullah wa ro`aahum- Moga Allah menjaga dan memberi petunjuk kepada kamu semua-,

Di atas penuh rasa kasih sayang dan berpijak di atas Firman Allah Ta`ala:

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.


[ Al-Hujuraat:10]

Dan hadith yang diriwayatkan dari Anas bin Malik radhiallahu`anhu daripada Nabi Sallallahu`alaihiwasallam bersabda:

لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ

Tidak (sempurna) iman di kalangan kamu sehinggalah dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.[1]

Daripada Jarir bin `Abdillah radhiallahu`anhu katanya:

بَايَعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى إِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ وَالنُّصْحِ لِكُلِّ مُسْلِمٍ

Aku telah berbai`ah (janji setia) kepada Rasulullah Sallallahu`alaihiwasallam untuk mendirikan solat,dan menunaikan zakat,dan menasihati setiap muslim.[2]

Dan juga hadith yang diriwayatkan dari Tamim bin `Aus Ad-Daarie radhiallahu`anhu bahawasanya Nabi Sallallahu`alaihiwasallam bersabda:

الدِّينُ النَّصِيحَةُ قُلْنَا لِمَنْ قَالَ لِلَّهِ وَلِكِتَابِهِ وَلِرَسُولِهِ وَلِأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ وَعَامَّتِهِمْ


———————————————————————————————————————–

[1] HR Bukhari no:12,Tirmidzi no:2439, Ad-Daarimi no:2740,An-Nasaie no:4930,Ibn Hibban no:234,235

[1] HR Bukhari no:55,Muslim no:83,Tirmidzi no:1848,Abu Daud no:4294.

Agama itu adalah nasihat. Kami berkata: Untuk siapa ?.Baginda bersabda: Untuk Allah, untuk KitabNya, untuk RasulNya, untuk para imam(pemimpin)kaum muslimin dan untuk umat Islam seluruhnya[3].


Berkata Al-Hafiz Ibn Rojab Al-Hanbali Rahimahullah:

Adapun nasihat untuk Rasul selepas kewafatannya ialah dengan bersungguh-sungguh menuntut Sunnahnya , mencontohi akhlak dan adabnya,mengagungkan perintahnya,melazimi serta mengamalkannya, sangat membenci dan berpaling daripada sesiapa yang beramal dengan menyelisihi sunnahnya, dan membenci sesiapa yang menyia-nyiakan dan menjadikannya (As-Sunnah) untuk kepentingan dunia[4] walaupun dia mengikutinya.

Termasuk daripada bentuk menasihati kaum muslimin ialah dengan menghilangkan sesuatu yang boleh menyakitkan mereka dan perkara yang dibenci daripada mereka, mengambil perhatian terhadap orang-orang yang fakir di kalangan mereka, mengajari orang-orang yang tidak mengerti di kalangan mereka, dan membantah sesiapa yang tergelincir di kalangan mereka dari Al-Hak baik dalam bentuk perkataan ataupun perbuatan secara lemah lembut dalam membantah mereka agar mereka kembali kepada al-Hak.[5]

Telah shahih hadith yang diriwayatkan dari Imam Ahmad, daripada Abi Zar Al-Ghiffari radhiallahu`anhu katanya:

أَمَرَنِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِسَبْعٍ أَمَرَنِي بِحُبِّ الْمَسَاكِينِ وَالدُّنُوِّ مِنْهُمْ وَأَمَرَنِي أَنْ أَنْظُرَ إِلَى مَنْ هُوَ دُونِي وَلَا أَنْظُرَ إِلَى مَنْ هُوَ فَوْقِي وَأَمَرَنِي أَنْ أَصِلَ الرَّحِمَ وَإِنْ أَدْبَرَتْ وَأَمَرَنِي أَنْ لَا أَسْأَلَ أَحَدًا شَيْئًا وَأَمَرَنِي أَنْ أَقُولَ بِالْحَقِّ وَإِنْ كَانَ مُرًّا وَأَمَرَنِي أَنْ لَا أَخَافَ فِي اللَّهِ لَوْمَةَ لَائِمٍ وَأَمَرَنِي أَنْ أُكْثِرَ مِنْ قَوْلِ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ فَإِنَّهُنَّ مِنْ كَنْزٍ تَحْتَ الْعَرْشِ

———————————————————————-

[1] HR Muslim no:82

[1] Perhatikan perkataan beliau ini: Hal ini akhir-akhir ini sudah muncul mereka para da`i yang berbajukan Salafi tetapi membawa da`wah bermetodkan metod ikhwan muslimin, atau mereka yang menggunakan Jam`iyyah (yayasan) dengan tasawwul( meminta-minta) wang atau dana kononnya atas nama da`wah, maka penulis menasihatkan agar para pembaca merujuk tulisan saudara kami yang mulia al-Akh Abul Husain Al-Jawi iaitulah: “ Al-Jam`iyyah Al-Harakah Bila Barakah” dan sudah diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia , dan risalah ini sudah cukup untuk membantah mereka yang menjadikan agama sebagai alat untuk mengumpul wang dan harta. sila rujuk laman web: aloloom.net

[1] Jami`ul `Ulum Wal Hikam :153-155

Kekasihku Sallallahu`alaihiwasallam telah memerintahkan kepadaku tujuh perkara:

1) Memerintahkan agar aku mengasihi orang-orang miskin dan merendahkan diri terhadap mereka. 2) dan memerintahkan agar aku melihat orang yang dibawahku(kurang dariku)dan tidak melihat orang yang berada di atasku(lebih dariku). 3) dan memerintahkan agar aku menyambung silaturrahim walaupun aku dibenci. 4) dan memerintahkan agar aku tidak meminta kepada seseorang sesuatu apa pun. 5) dan memerintahkan agar aku berkata benar walaupun ianya pahit. 6) dan memerintahkan agar aku tidak takut kerana Allah walaupun dicela oleh orang yang mencela. 7) dan memerintahkan agar aku memperbanyakkan menyebut: “ La haula wala Quwwata Illa billah” kerana ianya sebahagian dari khazanah dibawah A`rsy.[6]

Sejak akhir-akhir ini kita mendapati ramai di kalangan da`i yang mendakwa mereka membawa seruan agar kembali kepada Al-Quran, As-Sunnah yang shahih mengikut kefahaman Salaf.Namun ternyata manhaj dakwah,praktik dan amalan mereka jelas-jelas bertentangan dengan apa yang mereka dakwakan. Hanya dengan mizan(neraca) al-Quran, As-Sunnah dan juga manhaj Salaf sahaja yang boleh membezakan di antara mana yang hak dan mana yang batil.

Berkata Penya`ir:

إذا اشتبكت دموع على خدود تبين من بكى ممن تباكى

وكل يدّعي وصلا بليلى وليلى لا تقرلهم بذاكا

————————————————————-

[1] HR Ahmad no: ,berkata Al-Imam Al-Wadi`i Rahimahullah: hadith ini hasan.Rujuk As-Shahih Al-Musnad Mimma Laisa Fi As-Shahihain 1/23, dishahihkan oleh Al-Imam Al-Albani dalam Silsilah As-Shahihah no:2166

Jika mengalirnya air mata di atas pipi, maka jelaslah siapa yang menangis daripada siapa yang buat-buat menangis,

Kesemua mereka mengaku ada hubungan dengan Laila,

Sedangkan Laila tidak mengakui pengakuan mereka.

Banyak penyimpangan yang kami lihat di kalangan mereka yang mengakui membawa dan mengikuti manhaj Salaf di Malaysia khususnya dalam masalah manhaj, masalah tidak ada tamayyuz ( pemisahan) di antara al-Hak dan al-Batil serta pengikutnya, tidak ada di kalangan mereka para Da`ie yang mengingatkan umat terhadap para da`i-dai yang mengajak kepada fitnah syirik, bid`ah dan kesesatan.

Daripada Huzaifah bin Al-Yaman Radiallahu`anhu beliau berkata:

كَانَ النَّاسُ يَسْأَلُونَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الْخَيْرِ وَكُنْتُ أَسْأَلُهُ عَنْ الشَّرِّ مَخَافَةَ أَنْ يُدْرِكَنِي فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّا كُنَّا فِي جَاهِلِيَّةٍ وَشَرٍّ فَجَاءَنَا اللَّهُ بِهَذَا الْخَيْرِ فَهَلْ بَعْدَ هَذَا الْخَيْرِ مِنْ شَرٍّ قَالَ نَعَمْ قُلْتُ وَهَلْ بَعْدَ ذَلِكَ الشَّرِّ مِنْ خَيْرٍ قَالَ نَعَمْ وَفِيهِ دَخَنٌ قُلْتُ وَمَا دَخَنُهُ قَالَ قَوْمٌ يَهْدُونَ بِغَيْرِ هَدْيِي تَعْرِفُ مِنْهُمْ وَتُنْكِرُ قُلْتُ فَهَلْ بَعْدَ ذَلِكَ الْخَيْرِ مِنْ شَرٍّ قَالَ نَعَمْ دُعَاةٌ إِلَى أَبْوَابِ جَهَنَّمَ مَنْ أَجَابَهُمْ إِلَيْهَا قَذَفُوهُ فِيهَا قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ صِفْهُمْ لَنَا فَقَالَ هُمْ مِنْ جِلْدَتِنَا وَيَتَكَلَّمُونَ بِأَلْسِنَتِنَا قُلْتُ فَمَا تَأْمُرُنِي إِنْ أَدْرَكَنِي ذَلِكَ قَالَ تَلْزَمُ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِينَ وَإِمَامَهُمْ قُلْتُ فَإِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُمْ جَمَاعَةٌ وَلَا إِمَامٌ قَالَ فَاعْتَزِلْ تِلْكَ الْفِرَقَ كُلَّهَا وَلَوْ أَنْ تَعَضَّ بِأَصْلِ شَجَرَةٍ حَتَّى يُدْرِكَكَ الْمَوْتُ وَأَنْتَ عَلَى ذَلِكَ

Dahulu orang bertanya kepada Rasulullah Sallallahu`alaihiwasallam tentang perkara kebaikan sementara aku bertanya kepadanya tentang perkara keburukan kerana aku takut keburukan itu menimpa aku, Aku berkata; Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami dahulu ketika di zaman jahiliyyah penuh dengan keburukan, kemudian Allah mendatangkan kepada kami kebaikan ini. Apakah setelah kebaikan ini akan ada keburukan lagi?. Rasulullah Sallallahu`alaihiwasallam menjawab: “ Ya”. Aku bertanya lagi: Apakah setelah keburukan tersebut ada kebaikan?.Rasulullah Sallallahu`alaihiwasallam menjawab: “Ya tetapi terdapat Dakhn”. Aku berkata: Apa itu Dakhn? Rasulullah Sallallahu`alaihiwasallam menjawab: “Suatu kaum yang mengambil petunjuk bukan dengan petunjukku, kamu mengetahui mereka dan kamu mengingkari”. Aku bertanya lagi apakah setelah kebaikan tersebut terdapat keburukan lagi? Rasulullah Sallallahu`alaihiwasallam menjawab: “ Ya,adanya da`i-da`i (pendakwah-pendakwah) yang menyeru kepada pintu –pintu Jahannam,barangsiapa yang menyambut seruan da`i tersebut maka akan menjerumuskannya ke dalam Jahannam.Aku berkata: Wahai Rasulullah, sebutkan kepada kami ciri-ciri da`i-da`i tersebut? Rasulullah Sallallahu`alaihiwasallam menjawab: “Mereka dari kalangan kita, dan berucap dengan ucapan kita”. Aku berkata: Apa yang engkau perintahkan kepadaku jika aku mendapati mereka? Rasulullah Sallallahu`alaihiwasallam menjawab: “Engkau melazimi jama`ah kaum muslimin dan imam mereka. ”Bagaimana jika aku tidak mendapati jama`ah dan imam? Rasulullah Sallallahu`alaihiwasallam menjawab: “Kamu tinggalkan semua kelompok sehingga kamu menggigit akar kayu,sehingga kematian menjemputmu dan kamu dalam keadaan sedemikian(istiqamah).[7]

InsyaAllah, penjelasannya akan penulis jelaskan mengikut bab yang akan disusun beserta dalil-dalil yang kukuh dari al-Quran dan As-Sunnah mengikut kefahaman Salaful Ummah.

Penulis juga mengucapkan Jazakumallah khaira kathira, kepada Al-Akh Abu Turob, Al-Akh Abul `Abbas Khidir yang sudi meluangkan masa memeriksa tulisan ini,juga Jazakumullah khairal Jaza` kepada Abu Nazhif,Abu Zaid,Abu Daniel,Abu Sobir,Abu Auzaei dan mereka yang membantu dalam penulisan risalah ini.

———————————————-

[1] HR Bukhari no:3606,7084, Muslim no:1847.

Moga apa yang ditulis ini dapat memberikan manfaat bagi kaum muslimin umumnya dan khususnya bagi Salafiyyun di Malaysia.

Faqir Ila Allah Jalla`Wa `Ala,

Abu Ayyub Muhammad Fashan Bin Ahmad Ziadi

Penuntut Ilmu di Darul Hadith Dammaj Yaman-harrosahallah-

Firman Allah Ta`ala;

اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ (6) صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ (7)


Tunjukilah kami jalan yang lurus,


(iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

Apabila kita meneliti ayat di atas, sudah pasti setiap dari kita pasti mengucapkan doa ini di dalam solat kita. Persoalannya disini, apakah kita benar-benar mengetahui apakah jalan yang lurus itu?, bagaimana jalan yang lurus itu?, siapakah yang berada di atas jalan yang lurus itu?,dan apakah ciri-ciri jalan yang lurus itu?…

Manhaj (Metodologi) yang Shahih Dalam Mentafsirkan al-Quran

Kesemua umat Islam mengaku dan mendakwa mereka berpegang dengan al-Quran, mereka membaca dan menghafaznya, berhujjah dengannya. Namun persoalannya adakah kita menyedari bagaimana manhaj kita memahami dan berinteraksi dengan al-Quran?, Adakah kita memahami al-Quran sepertimana yang dikehendaki oleh Allah subhanahuwata`ala dan rasul-Nya?, atau hanya mengikut pendapat, selera dan kepentingan kelompok atau hawa nafsu kita?

Al-Imam Ibn Kathir rahimahullah di dalam Muqaddimah Tafsirnya menyebut bahawa haramnya mentafsir al-Quran hanya semata-mata dengan pendapatnya [8],seterusnya membawakan hadith:

من قال في القرآن برأيه فليتبوأ مقعده من النار

Sesiapa yang berkata tentang al-Quran menurut pendapatnya maka persiaplah tempat duduknya di dalam Neraka[9]

————————————————

[1] Kelompok Ikhwan Muslimin, hizbiyyah dan pengikut-pengikut mereka lebih mengutamakan Tafsir bi ra`yi (tafsir menggunakan akal) berbanding Tafsir bil Ma`thur, hal ini jelas dapat dilihat di dalam sukatan-sukatan tanzim mereka. Mereka lebih mendahulukan kitab-kitab tafsir tokoh-tokoh mereka, seperti Tafsir Fi Zilal Al-Quran, oleh Sayyid Qutb. Berkata Al-Imam Muqbil Al-Wadi`I Rahimahullah:

Sesungguhnya kami telah mendengar sebahagian orang yang mendahulukan Tafsirnya di atas Tafsir Ibn Kathir, celakalah mereka yang berpendapat dengannya!!, bagaimana boleh mereka mendahulukannya di atas Ibn Kathir yang menafsirkan Al-Quran dengan al-Quran, dan dengan As-Sunnah?!

[ Al-Majruhun `inda Al-Imam Al-Wadi`i m/s:42]

[1] HR Tirmidzi 3/65,Musnad Ahmad 1/269,Musnad Abu Ya`la,Ibn Jarir di dalam Tafsir at-Thobari, Hadith Ini dihukum oleh Imam Tirmidzi bertaraf hasan tetapi didha`ifkan oleh al-Albani kerana di dalam sanadnya terdapat ابن عامر الثعلبي عبد الأعلى Abdul`ala Ibn `Amir al-Tsa`labi. kata az-Zahabi di dalam ad-Dhu`afa` : Imam Ahmad dan Abu Zur`ah mendha`ifkannya, begitu juga disebut oleh al-Hafiz Ibnu Hajar di dalam Taqrib at-Tahzib, sila rujuk Silsilah ad-Dha`ifah 4/282.Wallahu`alam,dan hadith ini dha`if akan tetapi maknanya shahih,dan maknanya dikuatkan oleh Firman Allah Ta`ala:

وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا

Dan janganlah Engkau mengikut apa Yang Engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa Yang dilakukannya.

[ Al-Isra`: 36]





Al-`allamah As-Syaikh Muhammad bin Shaleh al-`Utsaimin menyebut manhaj (metodologi) kaedah untuk menafsirkan al-Quran di dalam Syarh al-Ushul al-Tafsir[10]:

1.Hendaklah al-Quran ditafsirkan dengan Kalam Allah (al-Quran) juga, kerana Allahlah yang menurunkannya dan sudah semestinya Allah lebih mengetahui kehendak dan maksud kalamNya.

2.Hendaklah al-Quran ditafsirkan dengan Kalam Rasul (as-Sunnah), kerana bagindalah manusia yang paling mengetahui tentang kitab Allah.

3.Hendaklah al-Quran ditafsirkan dengan pendapat Sahabat, kerana merekalah golongan yang hidup bersama Nabi sallallahu`alaihwasallam, dididik dan ditarbiyyah dalam situasi penurunan wahyu, mereka mendapat jaminan dan pemeliharaan dari Allah jalla wa`ala.

Jalan yang lurus ini mungkin ditafsirkan oleh kita dengan tafsiran Islam[11], Ya penulis mengakui Islamlah yang dimaksudkan dalam ayat di atas. Namun situasi masyarakat kita hari ini, dimana umat Islam telah berpecah kepada kelompok-kelompok yang masing-masing mengaku dan mendakwa kelompok merekalah yang paling benar[12]. Maka hal ini memerlukan penafsiran yang lebih tepat, jelas dan meyakinkan.

Tafsiran yang tepat, jelas dan meyakinkan tentulah tafsiran yang dilakukan oleh Allah Subhanahuwa Ta`ala sendiri seperti firmanNya yang menceritakan perkataan rombongan jin yang beriman:

قَالُوا يَا قَوْمَنَا إِنَّا سَمِعْنَا كِتَابًا أُنْزِلَ مِنْ بَعْدِ مُوسَى مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ يَهْدِي إِلَى الْحَقِّ وَإِلَى طَرِيقٍ مُسْتَقِيمٍ

————————————————-

[1] Muhammad Ibn Shaleh al-`Utsaimin, Syarh Ushul fi Tafsir wayalih Syarh Muqaddimah al-Tafsir, Ta`liq Muhammad Ibn `Abdillah al-Misri,ms 19, Maktabah al-Islamiyyah cet pertama, 1426H

[1] Sila rujuk Tafsir al-Quran al-`Azhim, Ibn Kathir

[1] Seperti kelompok-kelompok bid`ah seperti Syia`h,Khawarij, Sufiyyah, Muktazilah,Hizbiyyah dan selainnya.Kesemuanya mengaku dan mendakwa mereka membawa Islam yang benar.

Mereka berkata: “Hai kaum kami, sesungguhnya kami telah mendengarkan kitab (Al Qur’an) yang telah diturunkan sesudah Musa yang membenarkan kitab-kitab yang sebelumnya lagi memimpin kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus.[13]

Jelas sekali jalan yang lurus itu ialah al-Quran al-Karim, namun kita masih samar jika dilihat kesemua kelompok dan aliran yang menyeleweng masing-masing mengaku dan mendakwa mereka berpedoman dan berpegang dengan al-Quran, justeru itulah kita perlu merujuk lagi penafsiran ayat di atas daripada ayat yang lain iaitulah firman Allah ta`ala:

Benarlah apa yang difirmankan oleh Allah Ta`ala:

ذَلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ

Kitab (Al Qur’an) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa[14]

وَمَنْ يَعْتَصِمْ بِاللَّهِ فَقَدْ هُدِيَ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ

Barang siapa yang berpegang teguh kepada (agama) Allah maka sesungguhnya ia telah diberi petunjuk kepada jalan yang lurus.[15]

وَإِنَّكَ لَتَهْدِي إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ

Dan sesungguhnya kamu benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus.[16]

Ayat di atas jelas sekali menunjukkan bahawa Rasulullah sallallahu`alaihwasallam adalah petunjuk kepada jalan yang lurus, Sunnah Rasulullah sallallahu`alaihwasallam yang membezakan di antara kelompok

——————————-

[1] Al-Ahqaaf 46:30

[1] Al-Baqarah 2:2

[1] Ali-Imran 3:101

[1] As-Syuura 42:52

-kelompok yang mendakwa berpegang dengan al-Quran tadi jika mereka hanya berpegang dengan al-Quran semata-mata dan meninggalkan petunjuk sunnah maka mereka tidak akan dapat menyelusuri jalan yang lurus tersebut, malah mereka telah menyeleweng dari jalan yang lurus.

Malah hal ini lebih jelas apabila kita meneliti hadith Nabi sallallahu`alaihwasallam diriwayatkan dari `Abdullah Ibn Mas`ud radiallahu`anhu:


خَطَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَطًّا بِيَدِهِ ثُمَّ قَالَ هَذَا سَبِيلُ اللَّهِ مُسْتَقِيمًا قَالَ ثُمَّ خَطَّ عَنْ يَمِينِهِ وَشِمَالِهِ ثُمَّ قَالَ هَذِهِ السُّبُلُ وَلَيْسَ مِنْهَا سَبِيلٌ إِلَّا عَلَيْهِ شَيْطَانٌ يَدْعُو إِلَيْهِ ثُمَّ قَرَأَ

{ وَإِنَّ هَذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ }

Rasulullah sallallahu`alaihwasallam menarik garis lurus kemudian berkata: ” Ini adalah jalan Allah”.Kemudian baginda menarik garis ke kanan dan ke kiri dari garis lurus itu kemudian berkata: “Ini adalah jalan-jalan lain, di pangkal setiap jalan tersebut terdapat syaitan yang mengajak kepadanya”. Kemudian baginda membaca ayat[17] yang bermaksud:


dan bahwa (yang Kami perintahkan) ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia; dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), karena jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya.[18]

Mungkin kita masih tidak jelas lagi kerana ramai juga golongan yang mendakwa mereka berpegang dengan al-Quran dan as-Sunnah, maka bagaimana kita hendak mengetahui siapakah yang benar dalam sesuatu dakwaan yang dibuat?

——————————–

[1] Al-An`aam 6:153

[1] Shahih, HR Ahmad no:4205,Ibn Majah no:11,Nasaie dalam Sunan al-Kubra 6/343, disahihkan oleh Imam al-Hakim di dalam Mustadrak `ala Shahihain 7/64 dan juga al-Imam Al-Wadi`i di dalam As-Shahih Al-Musnad Mimma Laisa Fi As-Shahihain

Hal ini perlu dijelaskan lagi, dan penjelasan ini telah dijelaskan seperti yang kita ketahui di dalam surah al-Fatihah ayat yang ke 7.

صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ

(iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka


Cuba kita tanyakan diri kita siapakah mereka yang dianugerahkan nikmat kepada mereka? Adakah tokoh-tokoh yang kita taksubkan[19]?, Siapakah mereka?

Allah menjelaskan di dalam firmanNya mereka ialah:

وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَأُولَئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ وَحَسُنَ أُولَئِكَ رَفِيقًا


Dan barang siapa yang mentaati Allah dan Rasul (Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, yaitu: Nabi-nabi, para shiddiiqiin, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang saleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya.


Berkata Ibnu `Abbas radhiallahu`anhu: Mereka ialah orang-orang yang beriman ini juga pendapat Mujahid, berkata Waki`: Mereka ialah orang-orang Islam, dan berkata Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam: Mereka ialah Nabi sallallahu`alaihwasallam dan mereka yang bersamanya(para sahabat)[20]

———————————–

[1] Kelompok Ikhwan Muslimin,dan mereka yang menempuh metodologi Hizbiyyah sangat taksub kepada syaikh, kelompok atau amir-amir mereka seperti taksub kepada Hassan al-Banna, Sayyid Qutb, Qaradhawi dan tokoh-tokoh ikhwanul muslimin yang lain sehinggakan mereka jelas-jelas mengagungkan perkataan-perkataan tokoh-tokoh mereka melebihi perkataan Allah dan Rasulullah sallallahu`alaihwasallam, mereka menganggap tokoh-tokoh tersebut maksum, malah lebih utama dari para sahabat, tabi`in dan ulama salaf dan ulama`-ulama hadith. Buktinya apabila ada pendapat tokoh mereka yang menyalahi petunjuk Nabi maka mereka menolak petunjuk dan tetap mendahulukan pendapat syaikh dan tokoh mereka. Begitulah juga perihal dan keadaan para Hizbiyyin seperti pengikut Abdul Rahman Mar`i apabila dibawakan kepada mereka dalil-dalil yang jelas menunjukkan penyimpangan mereka,mereka berusaha menutup penyimpangan mereka dengan hujjah bahawa bersama mereka ialah Fatwa para ulama` Kibar dan pelbagai tipu muslihat lain.Sedangkan kita disuruh agar mengikuti dalil al-Quran dan As-Sunnah serta mengikut manhaj Salaf.

[1] Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-`Azhim 1/138

Ayat ini merangkumi rukun ketiga, iaitu merujuk kepada kefahaman Salaf as-Soleh[21] dalam meniti jalan yang lurus tersebut.Padahal sudah tidak diragukan bahawa siapa saja yang berpegang teguh dengan al-Quran dan as-Sunnah pasti telah mendapat petunjuk kepada jalan yang lurus.Berhubung metod manusia dalam memahami al-Quran dan as-Sunnah berbeza-beza, ada yang benar dan ada yang salah, maka haruslah memenuhi rukun ketiga untuk menghilangkan perbezaan tersebut, iaitu merujuk kepada kefahaman Salaf as-Soleh.

Berkata Al-Imam Ibn Kathir Rahimahullah: Sesiapa yang mengikuti Nabi Shallallahu`alaihiwasallam dan mengikuti mereka yang selepasnya Abu Bakr, `Umar maka sesungguhnya dia telah mengikuti al-Hak(kebenaran),dan sesiapa yang mengikuti al-Hak maka sesungguhnya dia telah mengikuti Islam,dan sesiapa yang mengikuti Islam maka dia telah mengikuti al-Quran yang merupakan Kitab Allah,dan talinya yang kukuh,serta merupakan jalannya yang lurus.[22]


Berkata Al-Imam As-Syatibi Rahimahullah: Maka Shiratul Mustaqim adalah jalan Allah yang Dia memerintahkan agar mengikutinya

, iaitulah As-Sunnah.Dan jalan-jalan (yang selainnya) adalah jalan ahli ikhtilaf yang menyimpang dari jalan yang lurus, mereka ialah Ahli Bid`ah,bukannya yang dimaksudkan (jalan) di sini jalan-jalan maksiat,hal ini kerana maksiat, tidak ada sesiapa pun yang meletakkan /membuat jalan atau manhaj yang sentiasa diikuti yang menyerupai Syari`at, adapun penyifatan(jalan)di sini khusus untuk perkara bid`ah dan perkara-perkara muhdats.[23]

——————————————–

[1] Ketiadaan atau ketidakjelasan tentang rukun yang ketiga ini menyebabkan ramai kelompok dari umat Islam yang tergelincir dari landasan Islam seperti yang difahami oleh generasi Salaf as-Soleh.

[1] Ibn Kathir, Tafsir Al-Quran Al-`Azhim 1:96

[1] Al-`Itishom 1/72




BAB : WAJIBNYA BERPEGANG DENGAN AL-QURAN, AS-SUNNAH YANG SHAHIH MENGIKUT MANHAJ SALAF.

Firman Allah Ta`ala:

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا وَاذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنْتُمْ عَلَى شَفَا حُفْرَةٍ مِنَ النَّارِ فَأَنْقَذَكُمْ مِنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آَيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah ( Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu Dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu Dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam Yang bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk.

[Ali-Imran:103]

Firman Allah Ta`ala:

وَأَنَّ هَذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيلِهِ ذَلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Dan bahawa sesungguhnya Inilah jalanKu (Islam) Yang lurus, maka hendaklah kamu mengikutiya; dan janganlah kamu mengikuti menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan Yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.

[ Al-`An`aam:153]

وَمَنْ يُشَاقِقِ الرَّسُولَ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَى وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيلِ الْمُؤْمِنِينَ نُوَلِّهِ مَا تَوَلَّى وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ وَسَاءَتْ مَصِيرًا

Dan sesiapa Yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran petunjuk (yang dibawanya), dan ia pula mengikut jalan Yang lain dari jalan orang-orang Yang beriman, Kami akan memberikannya Kuasa untuk melakukan (kesesatan) Yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke Dalam neraka jahanam; dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.

[An-Nisa`: 115]

فَإِنْ آَمَنُوا بِمِثْلِ مَا آَمَنْتُمْ بِهِ فَقَدِ اهْتَدَوْا وَإِنْ تَوَلَّوْا فَإِنَّمَا هُمْ فِي شِقَاقٍ فَسَيَكْفِيكَهُمُ اللَّهُ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Maka kalau mereka beriman sebagaimana kamu beriman (dengan Kitab-kitab Allah dan Rasul-rasulnya), maka Sesungguhnya mereka telah beroleh petunjuk; dan jika mereka berpaling (serta tidak mahu beriman Dengan sebenar-benar iman) maka Sesungguhnya mereka akan tinggal berkekalan Dalam perbalahan dan permusuhan (dengan kamu); oleh itu (janganlah Engkau khuatir Wahai Muhammad) kerana Allah akan memeliharamu (dan umatmu) dari kejahatan mereka; dan Dia lah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.

[Al-Baqarah:137]

وَمَا آَتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

dan apa jua perintah Yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka Terimalah serta amalkan, dan apa jua Yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang Yang melanggar perintahNya).

[ Al-Hasyr:7]

وَالسَّابِقُونَ الْأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالْأَنْصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُمْ بِإِحْسَانٍ رَضِيَ اللَّهُ

عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

Dan orang-orang Yang terdahulu – Yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar“, dan orang-orang Yang menurut (jejak langkah) mereka Dengan kebaikan, Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan Yang besar.


[ At-Taubah:100]

قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ

Katakanlah: “Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik

[Yusuf :108]

Berkata Al-Imam al-Baghawi rahimahullah (w516H ) di dalam Tafsirnya: Katakanlah (wahai Muhammad) inilah (dakwah yang aku menyeru kepadanya dan jalan yang aku berada di atasnya) jalanku (Sunnah dan Manhajku) berkata Maqatil:agamaku, (rujuk surah an-Nahl:125). Aku dan mereka yang mengikutiku mengajak kamu kepada Allah dengan hujjah yang nyata ( keyakinan dan Ilmu yang dapat membezakan antara yang hak dan kebatilan).[24]

Berkata Al-Imam Al-Qurtubhi (w 671H) ketika menafsirkan perkataan al-Bashiirah: keyakinan dan kebenaran[25]

Berkata Al-Imam Ibn Kathir rahimahullah (w774H) di dalam Tafsirnya: Allah memerintahkan hambaNya dan juga rasulNya agar memberitahu memerintahkan jin dan manusia bahawasanya: Inilah jalanNya dan sunnahNya iaitulah dakwah mengajak kepada لا إله إلا الله وحده لا شريك له , menyeru (berdakwah) kepada Allah dengan kalimah tersebut atas dasar al-Bashiirah, keyakinan dan burhan (Bukti dan hujjah yang nyata), beliau dan mereka yang mengikutinya berdakwah kepada apa yang diserukan kepadanNya oleh Rasulullah sallallahu`alaihwasallam di atas dasar al-Bashiirah (ilmu) yang yakin dan hujjah serta bukti Syari`at dan akal.[26]

———————————————

[1] Muhyi AS-Sunnah Abu Muhammad al-Husain Ibn Mas`ud al-Baghawi, Ma`alimut Tanziil 4/284, Maktabah Syaamilah.

[1] `Aziz Ibn Farihan al-`anzi , Al-Bashiirah Fi Da`wah ila Allah, 1/1 Maktabah Syaamilah

[1] Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-`Azhim, 4/422, Maktabah Syaamilah

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا

Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri”[27] dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) Dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

————————-

[1] Dalam menafsirkan maksud Ulil Amri dalam ayat ini ada empat tafsiran:

1) Mereka ialah Pemerintah (kaum muslimin), tafsiran ini merupakan tafsiran Abu Hurairah, Ibnu `Abbas dalam satu riwayat, juga Zaid bin Aslam, As-Suddi,dan Maqatil.

2) Mereka ialah para Ulama` dan Fuqaha`, dan ini merupakan tafsiran Jabir bin `Abdillah,Al-Hasan, dan Mujahid dan selain mereka, dan ianya merupakan riwayat dari Ibnu `Abbas.

3) Mereka ialah para sahabat Nabi Sallallahu`alaihiwasallam, dan tafsiran ini merupakan riwayat dari Mujahid, dan ianya merupakan pendapat Bakr bin `Abdillah Al-Muzani.

4) Mereka ialah Abu Bakr dan `Umar radiallahu`anhuma, dan ini merupakan pendapat `Ikrimah.

Berkata Al-Imam Abu Ja`far At-Thobari rahimahullah: tafsiran yang lebih tepat pada ayat tersebut: mereka ialah pemimpin dan pemerintah berdasarkan khabar yang sahih dari Nabi sallallahu`alaihiwasallam agar menta`ati para imam dan pemerintah di atas keta`atan(terhadap Allah dan Rasul) dan juga ianya merupakan maslahah(kebaikan)untuk kaum muslimin.

Berkata Al-Imam Ibn Kathir rahimahullah: Dan secara jelasnya bahawasanya ianya umum meliputi ulil amri(pemimpin) baik di kalangan pemerintah mahupun ulama`

[ lihat Tafsir Ibn Jarir 5/150, dan Tafsir Ibn Kathir 2/384]

Berkata Abu Ayyub: Ayat ini menjadi hujjah yang kukuh menolak dakwaan khawarij dan dan kelompok-kelompok beserta parti-parti yang keluar daripada pemerintah kaum muslimin dan mengkafirkan mereka.Sedangkan Ahli Sunnah melihat wajib menta`ati pemerintah muslimin selagi mana mereka tidak menyuruh kepada kemaksiatan.




فَلَا وَرَبِّكَ لَا يُؤْمِنُونَ حَتَّى يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لَا يَجِدُوا فِي أَنْفُسِهِمْ حَرَجًا مِمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Maka Demi Tuhanmu (Wahai Muhammad)! mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim(pemutus) dalam mana-mana perselisihan Yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa Yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu Dengan penuh penyerahan.

[ An-Nisa`:65].

Daripada Abu Hurairah radiallahu`anhu katanya: Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam bersabda:

إِنَّ اللَّهَ يَرْضَى لَكُمْ ثَلَاثًا وَيَكْرَهُ لَكُمْ ثَلَاثًا فَيَرْضَى لَكُمْ أَنْ تَعْبُدُوهُ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَأَنْ تَعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا

Sesungguhnya Allah meredhai ke atas kamu tiga perkara dan membenci ke atas kamu tiga perkara,kamu mengabdikan diri kepadaNya dan tidak menyegutukanNya dengan sesuatu pun, Kamu berpegang dengan tali Allah(agamaNya) dan tidak berpecah belah.[28]


Daripada `Irbadh bin Sariyah radhiallahu`anhu,dia berkata:

وعظنا رسول الله صلى الله عليه و سلم موعظة وجلت منها القلوب وذرفت منها العيون فقلنا يا رسول الله كأنها موعظة مودع فأوصنا قال أوصيكم بتقوى الله عز و جل والسمع والطاعة وإن تأمر عليكم عبد فإنه من يعش منكم فسيرى اختلافا كثيرا فعليكم بسنتي وسنة الخلفاء الراشدين من بعدي عضوا عليها بالنواجذ وإياكم ومحدثات الأمور فإن كل بدعة ضلالة

—————–

[1] HR Muslim no:3236

Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam telah menasihati kami suatu nasihat yang menggetarkan hati dan mencucurkan air mata,kami berkata: Ya Rasulullah,ia seakan-akan nasihat orang yang mahu mengucapkan selamat tinggal,maka berikanlah kami wasiat.Baginda bersabda: Aku mewasiatkan kepada kamu semua agar bertaqwa kepada Allah `Azza Wa Jalla,supaya mendengar dan taat,sekalipun kamu diperintah oleh seorang hamba.Sesungguhnya sesiapa di kalangan kamu yang masih hidup nanti,nescaya dia akan melihat perselisihan yang banyak,maka hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah Khulafa`Rasyidin yang mendapat petunjuk, gigitlah ia dengan gigi geraham kamu(iaitu berpegang teguhlah dengan sunnah-sunnah tersebut) dan berwaspadalah kamu daripada melakukan perkara yang diada-adakan(dalam agama) kerana setiap perkara yang diada-adakan (dalam agama)adalah bid`ah dan setiap bid`ah itu sesat.[29]

Daripada Anas bin Malik Radiallahu`anhu,katanya: Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam telah bersabda:

إِنَّ بَنِي إِسْرَائِيلَ افْتَرَقَتْ عَلَى إِحْدَى وَسَبْعِينَ فِرْقَةً وَإِنَّ أُمَّتِي سَتَفْتَرِقُ عَلَى ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِينَ فِرْقَةً كُلُّهَا فِي النَّارِ إِلَّا وَاحِدَةً وَهِيَ الْجَمَاعَةُ

Sesungguhnya Bani Israil berpecah kepada tujuh puluh satu kelompok, dan sesungguhnya ummatku akan berpecah kepada tujuh puluh dua kelompok kesemuanya di dalam neraka kecuali satu iaitulah Al-Jama`ah [30].

Dalam riwayat At-Tirmidzi:

وَمَنْ هِيَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ مَا أَنَا عَلَيْهِ وَأَصْحَابِي

Sahabat bertanya: Siapakah Dia (kelompok yang selamat itu) wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Apa yang aku dan para sahabatku berada di atasnya

——————————

[1] HR Tirmidzi no:2600, Ibn Majah no:43,Abu Dawud no:3991.Berkata Al-Imam Al-Wadi`i Rahimahullah: Hadith ini hasan.Lihat As-Shahih Al-Musnad Mimma Laisa Fi As-Shahihain 2/21.

[1] HR Ibn Majah no:3983,Abu Dawud:3981,At-Tirmidzi no:2565.Disahihkan oleh Al-Imam Al-Albani dalam Silsilah As-Shahihah



Berkata Huzaifah bin Al-Yaman Radhiallahu`anhu:

يا معشر القراء اسلكوا الطريق فوالله لئن سلكتموه لقد سبقتم سبقا بينا وإن أخذتم يمينا وشمالا لقد ضلللتم ضلالا بعيدا

Wahai para Qari`(pembaca Al-Quran) telusurilah jalan orang-orang yang sebelum kamu sebab demi Allah seandainya kamu melampaui mereka maka kamu telah melampaui mereka,jika kamu menyimpang ke kanan dan ke kiri maka sungguh kamu telah tersesat sejauh-jauhnya.[31]

`Abdullah bin Mas`ud Radiallahu`anhu berkata:

اتبعوا ولا تبتدعوا فقد كفيتم وكل بدعة ضلالة

Ikutilah dan jangan berbuat bid`ah,sungguh(dengan mengikuti sunnah itu)telah cukup bagi kamu,dan ketahuilah setiap bid`ah adalah sesat.[32]

Berkata Al-Imam Ahmad Rahimahullah:

أصول السنة عندنا التمسك بما كان عليه أصحاب رسول الله صلى الله عليه و سلم والاقتداء بهم وترك البدع وكل بدعة فهي ضلالة وترك الخصومات في الدين

—————————–

[1] As-Sunnah ,Al-Marwazi:98

[1] As-Sunnah, Al-Marwazi:28

Usul(dasar) As-Sunnah di sisi kita adalah berpegang teguh dengan apa dipegangi oleh para Sahabat Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam dan mencontohi mereka dan meninggalkan bid`ah dan setiap bid`ah adalah sesat,dan meninggalkan perdebatan di dalam agama.[33]


BAB Tho`ifah Al-Mansurah(Kelompok Yang Mendapat Pertolongan), Firqatun An-Najiah (Kelompok yang selamat),mereka adalah Ahli Hadith.[34]

Firman Allah Ta`ala:

يَوْمَ نَدْعُوا كُلَّ أُنَاسٍ بِإِمَامِهِمْ

(ingatlah) hari Kami menyeru tiap-tiap kumpulan manusia Dengan nama imamnya;

[ Al-Isra`:71]

Berkata sebahagian Salaf: Ini merupakan kemuliaan yang terbesar bagi Ahli Hadith kerana Imam mereka ialah Nabi Sallallahu`alaihiwasallam.[35]

Daripada Mu`awiyyah bin Abi Sufyan Radiallahu`anhu aku telah mendengar Nabi sallallahu`alaihiwasallam bersabda:

—————————————

[1] Usul Sunnah 1/14

[1] Bab ini ditulis sebagai bantahan terhadap golongan yang mengakui mereka adalah Firqatun Naajiah, sebagaimana dakwaan dibuat segelintir laman web, dan forum internet seperti AFN ( Al-Fikrah.net), Al-Ahkam.net dan yang selainnya. Yang jelas mereka telah menempuh metod ikhwan muslimin.. dimana jika kita memasuki forum tersebut kita akan dapati ayat-al-Quran, as-Sunnah dan hukum hakam yang jelas dalilnya masih diperdebat oleh semua jenis orang (sama ada yang jahil mahupun alim), malah di dalam laman web tersebut tidak ada Tamayyuz (pemisahan) diantara Sufi, IKhwani, tablighi, dan pelbagai firqah lagi, berhimpun dan membahaskan masalah agama mengikut selera dan hawa nafsu masing-masing. Wajib bagi kaum muslimin menjauhi laman web fitnah tersebut, dan mengambil ilmu dari mereka yang benar-benar istiqamah, adil dan mengikuti manhaj Salafi yang tulen.

[1] Tafsir Al-Quran Al-`Azhim, Ibn Kathir 5/103. Berkata Syaikh kami, Al-Muhaddith Syaikh Yahya bin Ali Al-Hajurri Hafizahullah ketika menafsirkan ayat dia atas dalam pelajaran Tafsir Ibn Kathir: Maka perkataan sebahagian Salaf ini rahimahumullah tidak ada syak lagi akan kebenarannya,akan tetapi ayat ini umum meliputi golongan awam di kalangan Ahli Tauhid.

وَلَنْ تَزَالَ هَذِهِ الْأُمَّةُ قَائِمَةً عَلَى أَمْرِ اللَّهِ لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ حَتَّى يَأْتِيَ أَمْرُ اللَّهِ

Akan terus ada di kalangan umat ini yang menegakkan perintah Allah,tidak akan memudaratkan mereka sesiapa yang menyelisihi mereka sehinggalah datang perintah Allah.[36]

Dalam riwayat Imam Muslim daripada Thauban Radhiallahu`anhu berkata Rasulullah sallallhu`alaihiwasallam bersabda:

لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي ظَاهِرِينَ عَلَى الْحَقِّ لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَذَلَهُمْ حَتَّى يَأْتِيَ أَمْرُ اللَّهِ

“Akan terus ada satu golongan dari ummatku yang tegak di atas kebenaran dan diberi pertolongan. Tidak memudaratkan mereka sesiapa yang menentang mereka sehingga datang perintah Allah[37]


Berkata Al-Imam Ahmad Rahimahullah:

إن لم يكونوا أهل الحديث فلا أدري من هم

Kalau mereka bukan Ahli Hadith ,maka aku tidak tahu siapa lagi mereka[38].

Berkata Ibn Qutaibah Rahimahullah:

Adapun ahli Hadith sesungguhnya mereka mencari al-Hak (kebenaran) dalam segenap aspek dan mereka mengikutinya daripada keyakinannya dan mereka mendekatkan diri kepada Allah dengan ittiba`nya(mengikuti)sunnah-sunnah Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam dan pencarian mereka terhadap Athar-atharnya,dan khabar-khabarnya baik melalui jalan daratan mahupun lautan,baik timur ataupun barat, dikalangan mereka terdapat yang berjalan kaki dengan penuh semangat semata-mata untuk mencari satu khabar atau satu As-Sunnah sehingga dia mengambilnya daripada perawinya secara musyafahah(langsung) kemudian mereka terus menerus menyelidiki tentang khabar-khabar dan mengkajinya sehingga mereka mengetahui yang

———————————-

[1] HR Bukhari no;71 bersama Fathul Bari ,Kitabul `Ilm 1/289

[1] HR Muslim no:3544.

[1] Fathul Bari, 1/289

shahihnya dan yang dha`ifnya yang nasikhnya dan mansukhnya dan mereka mengetahui sesiapa yang menyelisihinya di kalangan Fuqaha` (ahli fiqh) yang menggunakan ar-ra`y(pemikiran) dan mereka memperingatkan hal tersebut sehingga terbit kebenaran ketika dulunya terhapus dan ianya menjadi tinggi selepas ianya dipelajari dan dikumpulkan yang mana sebelumnya ianya terpisah-pisah dan berpecah-pecah dan kritikan terhadap As-Sunan bagi sesiapa yang berpaling terhadapnya dan memperingati ke atasnya bagi sesiapa yang dalam keadaan lalai dan berhukum dengan perkataan Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam sedangkan sebelumnya mereka berhukum dengan perkataan fulan dan fulan…..[ selesai perkataan beliau][39]


Berkata As-Syaikh Salim bin `Eid Al-Hilali Hafizahullah:

Mereka ialah sesiapa yang berjalan di atas manhaj Sahabat, dan Tabi`in (mereka yang mengikuti sahabat) dengan baik dalam berpegang dengan Al-Kitab dan As-Sunnah, dan mendahulukan keduanya di atas kesemua perkataan baik dalam manhaj, atau `Akidah, atau `ibadah, atau mu`amalah, atau akhlak, atau siasah, atau setiap urusan daripada urusan-urusan kehidupan baik yang kecil mahupun besar.[40]

Berkata Al-Imam Muqbil Al-Wadi’i Rahimahullah : “Dan diantara yang wajib diperhatikan adalah bahawa semua kelompok menyatakan dirinya sebagai Firqatun An-Najiyah. Akan tetapi Al-Kitab dan As-Sunnah telah menjelaskan tentang siapakah Firqatun An-Najiyah ini”. Kemudian beliau berdalil dengan surah Al-’Asr dan Al-Mu’minun ayat 1-11 dan menyebutkan hadith Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh Al-Imam Bukhari:

(كل أمتي يدخلون الجنة إلا من أبى). قالوا: يا رسول الله ومن يأبى؟ قال: (من أطاعني دخل الجنة ومن عصاني فقد أبى)

“Seluruh umatku akan masuk syurga kecuali orang yang enggan.” Mereka (para shahabat) bertanya: “Wahai Rasulullah, siapakah orang yang enggan itu?” Maka dijawab: “Barangsiapa mentaatiku, maka dia akan masuk Syurga

————————–

[1] Ibn Qutaibah,Ta`wil Mukhtalaf Hadith: 73

[1] Al-Jama`aat Al-Islamiyyah Fi Dhau` Al-Kitab wa As-Sunnah bifahmi Salafil Ummah:59

dan barangsiapa bermaksiat kepadaku, maka dia sungguh telah enggan (untuk masuk Syurga).”

Kemudian beliau melanjutkan perkataannya: “Maka siapa saja yang terpenuhi padanya sifat-sifat yang tersebut di dalam surat Al-’Asr dan Al-Mu’minun serta hadith ini, maka dia termasuk Firqatun An- Naajiyah, dan orang yang paling dekat dalam memenuhi sifat-sifat tersebut adalah ahli hadith.”[41]






BAB Jarh Wa Ta`dil Sebahagian Daripada Agama Dan Kewajiban Waspada Dari Penyeru-penyeru Kesesatan Dan Ahli Bid`ah,hizbiyyah[42] serta memulau mereka,tidak bermajlis dan duduk bersama mereka.[43]

Firman Allah Ta`ala:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنَّ كَثِيرًا مِنَ الْأَحْبَارِ وَالرُّهْبَانِ لَيَأْكُلُونَ أَمْوَالَ النَّاسِ بِالْبَاطِلِ وَيَصُدُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ

Wahai orang-orang Yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendita-pendita dan Ahli-ahli agama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang

————————————

[1] Riyadhul Jannah Fi Radd `Ala `Aadaais-Sunnah:23

[1] InsyaAllah tentang definisi hizbiyyah dan rukun-rukunnya akan penulis bawakan dalam bab yang khusus.

[1] Bab ini berdasarkan faedah-faedah yang penulis simpulkan dari Kitab Al-Majruhun `Inda Al-Imam Wadi`I rahimahullah, dan juga Syar`iyyah An-Nush Wa Zajr Wa Tahdzir min Du`at Al-Jahl,wa Tahazzub wa Talbis wa Taghrir karya Syaikh Yahya Hafizahullah,yang menghimpunkan dalil-dalil dari Al-Quran,As-Sunnah dan Athar Salaf tentang pensyari`atan mentahdzir(mencela) mereka yang menyeru manusia kepada penyimpangan,bid`ah dan kesesatan.Ianya juga dikenali dengan ilmu Jarh Wa Ta`dil di kalangan Ahli Hadith.

ramai Dengan cara Yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah.

[At-Taubah:34]

Firman Allah Ta`ala:

مَثَلُ الَّذِينَ حُمِّلُوا التَّوْرَاةَ ثُمَّ لَمْ يَحْمِلُوهَا كَمَثَلِ الْحِمَارِ يَحْمِلُ أَسْفَارًا بِئْسَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآَيَاتِ اللَّهِ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

(Sifat-sifat Nabi Muhammad itu telahpun diterangkan Dalam Kitab Taurat tetapi orang-orang Yahudi tidak juga mempercayainya, maka) bandingan orang-orang (Yahudi) Yang ditanggungjawab dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai Yang memikul Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). buruk sungguh bandingan kaum Yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum Yang zalim.

[ Al-Jum`ah:5]

وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ الَّذِي آَتَيْنَاهُ آَيَاتِنَا فَانْسَلَخَ مِنْهَا فَأَتْبَعَهُ الشَّيْطَانُ فَكَانَ مِنَ الْغَاوِينَ () وَلَوْ شِئْنَا لَرَفَعْنَاهُ بِهَا وَلَكِنَّهُ أَخْلَدَ إِلَى الْأَرْضِ وَاتَّبَعَ هَوَاهُ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ الْكَلْبِ إِنْ تَحْمِلْ عَلَيْهِ يَلْهَثْ أَوْ تَتْرُكْهُ يَلْهَثْ ذَلِكَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآَيَاتِنَا فَاقْصُصِ الْقَصَصَ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ

Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang Yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) kami. kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang yang sesat.

Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya Dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. tetapi ia bermati-matian cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika Engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika Engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang Yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir.

[ Al-`Araf: 175-176]

وَلَا تُطِعْ كُلَّ حَلَّافٍ مَهِينٍ () هَمَّازٍ مَشَّاءٍ بِنَمِيمٍ () مَنَّاعٍ لِلْخَيْرِ مُعْتَدٍ أَثِيمٍ

Dan janganlah Engkau (berkisar dari pendirianmu Yang benar, dan jangan) menurut kemahuan orang Yang selalu bersumpah, lagi Yang hina (pendapatnya dan amalannya), -

Yang suka mencaci, lagi Yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai), -

Yang sering menghalangi amalan-amalan kebajikan, Yang melanggar hukum-hukum agama, lagi Yang amat berdosa, -

[ Al-Qalam:10-12]

وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آَيَاتِ اللَّهِ يُكْفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلَا تَقْعُدُوا مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُوا فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذًا مِثْلُهُمْ


Dan Sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di Dalam Kitab (Al-Quran), iaitu: apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) Dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal Yang lain; kerana Sesungguhnya (jika kamu melakukan Yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka.

[ An-Nisa`:140]

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini – Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.

[ Al-Hujuraat;6]

Berkata Abu Ayyub-moga Allah mengampuninya-: Ayat-ayat tentang mencela dan mengkritik ahli kitab di kalangan Yahudi dan Nasrani, kaum musyrikin dan golongan munafiqin sangat banyak. Cukuplah ayat-ayat yang disebutkan menjadi hujjah yang konkrit ke atas mereka yang menafikan jarh (mencela) terhadap ahli bid`ah dan penyeru kejahilan dan kesesatan.

Dalil-dalil Daripada As-sunnah As-Shahihah

Daripada `Aisyah Radiallahu`anha katanya:

أَنَّ أُمَّ سَلَمَةَ ذَكَرَتْ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَنِيسَةً رَأَتْهَا بِأَرْضِ الْحَبَشَةِ يُقَالُ لَهَا مَارِيَةُ فَذَكَرَتْ لَهُ مَا رَأَتْ فِيهَا مِنْ الصُّوَرِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُولَئِكَ قَوْمٌ إِذَا مَاتَ فِيهِمْ الْعَبْدُ الصَّالِحُ أَوْ الرَّجُلُ الصَّالِحُ بَنَوْا عَلَى قَبْرِهِ مَسْجِدًا وَصَوَّرُوا فِيهِ تِلْكَ الصُّوَرَ أُولَئِكَ شِرَارُ الْخَلْقِ عِنْدَ اللَّهِ

Bahawasanya Ummu Salamah menceritakan kepada Rasulullah Sallallahu`alaihiwasallam gereja yang beliau telah lihat di negeri Habsyah ianya dipanggil Maariah,lalu beliau menceritakan kepada Baginda apa yang telah beliau lihat padanya terdapat gambar-gambar,maka Rasulullah Sallallahu`alaihiwasallam bersabda: “ Mereka itu ialah kaum yang apabila matinya dikalangan mereka seorang hamba atau lelaki Soleh,mereka membina di atas kuburnya Masjid,dan mereka membuat padanya gambar tersebut,mereka adalah seburuk-buruk makhluk di sisi Allah.[44]

Di dalam riwayat lain, Rasulullah Sallallahu`alaihiwasallam bersabda ketika beliau hampir wafat:

لَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الْيَهُودِ وَالنَّصَارَى اتَّخَذُوا قُبُورَ أَنْبِيَائِهِمْ مَسَاجِدَ

يُحَذِّرُ مَا صَنَعُوا

La`nat Allah ke atas Yahudi dan Nasrani,mereka mengambil kubur nabi-nabi mereka sebagai Masjid, berwaspadalah terhadap apa yang telah mereka lakukan.[45][46]

——————————

[1] HR Bukhari no:434, Muslim no:1181,Ahmad no:24252

[1] HR Bukhari no:435,Muslim no:1187,Ahmad no:24060

[1] Faedah: As-Syaikh Yahya Hafizahullah ketika pelajaran Shahih Bukhari 5 Sya`aban 1431H berkata:

Pada hadith ini menunjukkan bahawa Rasulullah Sallallahu`alaihiwasallam wafat,dan hadith ini menolak dakwaan golongan Sufiyyah yang mendakwa roh Nabi Sallallahu`alaihiwasallam datang ketika majlis maulid Nabi diadakan,mereka berkata ketika majlis sedang berlansung: “ Marhaban Ya Jadda Al-Husain”(selamat datang wahai datuk kepada Al-Husain).Dakwaan ini tertolak dengan dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah yang sangat banyak.

Antaranya Firman Allah Ta`ala:

إِنَّكَ مَيِّتٌ وَإِنَّهُمْ مَيِّتُونَ

Sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) akan mati, dan Sesungguhnya mereka juga akan mati.


[Az-Zumar:30]




Daripada `Aisyah Radiallahu`anha katanya:

تَلَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ هَذِهِ الْآيَةَ

{ هُوَ الَّذِي أَنْزَلَ عَلَيْكَ الْكِتَابَ مِنْهُ آيَاتٌ مُحْكَمَاتٌ هُنَّ أُمُّ الْكِتَابِ وَأُخَرُ مُتَشَابِهَاتٌ فَأَمَّا الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ ابْتِغَاءَ الْفِتْنَةِ وَابْتِغَاءَ تَأْوِيلِهِ وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلَّا اللَّهُ وَالرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ يَقُولُونَ آمَنَّا بِهِ كُلٌّ مِنْ عِنْدِ رَبِّنَا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُو الْأَلْبَابِ }

قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَإِذَا رَأَيْتِ الَّذِينَ يَتَّبِعُونَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ فَأُولَئِكِ الَّذِينَ سَمَّى اللَّهُ فَاحْذَرُوهُمْ


Rasulullah Sallallahu`alaihiwasallam membaca ayat ini:

Dia lah Yang menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab suci Al-Quran. sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat “Muhkamaat” (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. dan Yang lain lagi ialah ayat-ayat “Mutasyaabihaat” (yang samar-samar, tidak terang maksudnya).

——————————————

وَمَا مُحَمَّدٌ إِلَّا رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِهِ الرُّسُلُ أَفَإِنْ مَاتَ أَوْ قُتِلَ انْقَلَبْتُمْ عَلَى أَعْقَابِكُمْ وَمَنْ يَنْقَلِبْ عَلَى عَقِبَيْهِ فَلَنْ يَضُرَّ اللَّهَ شَيْئًا وَسَيَجْزِي اللَّهُ الشَّاكِرِينَ

Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul Yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? dan (ingatlah), sesiapa Yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang Yang bersyukur (akan nikmat Islam Yang tidak ada bandingannya itu).


[ Ali-Imraan:144]


Padanya juga beberapa faedah:

1) Pengharaman daripada menjadikan kubur sebagai masjid (tempat `ibadah)

2) Wasiat Nabi Sallallahu`alaihiwasallam kepada ummatnya sebelum kewafatannya melarang daripada kesyirikan.

3) Menyucikan masjid-masjid daripada segala unsur kesyirikan.

4) Haramnya solat di atas kubur,dan solat tidak sah diatasnya.

oleh sebab itu (timbulah faham Yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) -adapun orang-orang Yang ada Dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa Yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut Yang disukainya). padahal tidak ada Yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya Yang sebenar) melainkan Allah. dan orang-orang Yang tetap teguh serta mendalam ilmu pengetahuannya, berkata: “Kami beriman kepadaNya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami” dan tiadalah Yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang Yang berfikiran.

Dia berkata: Rasulullah Sallallahu`alaihiwasallam bersabda:

Apabila kamu melihat orang-orang yang mengikut apa yang samar daripadanya (ayat-ayat) maka mereka itulah golongan yang Allah telah menamakan mereka (seperti dalam ayat) maka berwaspadalah dari mereka!!.[47]

Berkata Pemegang Bendera Jarh Wa Ta`dil pada zaman ini,As-Syaikh Rabi` bin Haadi Al-Madkhali Hafizahullah:

Maka engkau akan dapati tiadalah pelaku bid`ah melainkan mereka mengikuti al-Mutasyabihaat daripada Kalam Allah Ta`ala atau daripada kalam RasulNya Sallallahu`alaihiwasallam atau daripada kalam ulama` Islam bertujuan untuk menyesatkan manusia.[48]

Daripada Huzaifah bin Al-Yaman Radiallahu`anhu beliau berkata:

كَانَ النَّاسُ يَسْأَلُونَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الْخَيْرِ وَكُنْتُ أَسْأَلُهُ عَنْ الشَّرِّ مَخَافَةَ أَنْ يُدْرِكَنِي فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّا كُنَّا فِي جَاهِلِيَّةٍ وَشَرٍّ فَجَاءَنَا اللَّهُ بِهَذَا الْخَيْرِ فَهَلْ بَعْدَ هَذَا الْخَيْرِ مِنْ شَرٍّ قَالَ نَعَمْ قُلْتُ وَهَلْ بَعْدَ ذَلِكَ الشَّرِّ مِنْ خَيْرٍ قَالَ نَعَمْ وَفِيهِ دَخَنٌ قُلْتُ وَمَا دَخَنُهُ قَالَ قَوْمٌ يَهْدُونَ بِغَيْرِ هَدْيِي تَعْرِفُ مِنْهُمْ وَتُنْكِرُ قُلْتُ فَهَلْ بَعْدَ ذَلِكَ الْخَيْرِ مِنْ شَرٍّ قَالَ نَعَمْ دُعَاةٌ إِلَى أَبْوَابِ جَهَنَّمَ مَنْ أَجَابَهُمْ إِلَيْهَا قَذَفُوهُ فِيهَا قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ صِفْهُمْ لَنَا فَقَالَ هُمْ مِنْ جِلْدَتِنَا وَيَتَكَلَّمُونَ بِأَلْسِنَتِنَا قُلْتُ فَمَا تَأْمُرُنِي إِنْ أَدْرَكَنِي ذَلِكَ قَالَ تَلْزَمُ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِينَ وَإِمَامَهُمْ قُلْتُ فَإِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُمْ جَمَاعَةٌ وَلَا إِمَامٌ قَالَ فَاعْتَزِلْ تِلْكَ الْفِرَقَ كُلَّهَا وَلَوْ أَنْ تَعَضَّ بِأَصْلِ شَجَرَةٍ حَتَّى يُدْرِكَكَ الْمَوْتُ وَأَنْتَ عَلَى ذَلِكَ

——————————–

[1] HR Bukhari no:4183.

[1] Syarh Usul As-Sunnah Imam Ahmad,ms 11.

Dahulu orang bertanya kepada Rasulullah Sallallahu`alaihiwasallam tentang perkara kebaikan sementara aku bertanya kepadanya tentang perkara keburukan kerana aku takut keburukan itu menimpa aku,Aku berkata; Wahai Rasulullah,sesungguhnya kami dahulu ketika di zaman jahiliyyah penuh dengan keburukan, kemudian Allah mendatangkan kepada kami kebaikan ini.Apakah setelah kebaikan ini akan ada keburukan lagi?.Rasulullah Sallallahu`alaihiwasallam menjawab: “ Ya”.Aku bertanya lagi: Apakah setelah keburukan tersebut ada kebaikan?.Rasulullah Sallallahu`alaihiwasallam menjawab: “Ya tetapi terdapat Dakhn”.Aku berkata: Apa itu Dakhn? Rasulullah Sallallahu`alaihiwasallam menjawab: “ Suatu kaum yang mengambil petunjuk bukan dengan petunjukku,kamu mengetahui mereka dan kamu mengingkari”.Aku bertanya lagi apakah setelah kebaikan tersebut terdapat keburukan lagi? Rasulullah Sallallahu`alaihiwasallam menjawab: “ Ya, adanya da`i-da`i (pendakwah-pendakwah) yang menyeru kepada pintu –pintu Jahannam, barangsiapa yang menyambut seruan da`i tersebut maka akan menjerumuskannya ke dalam Jahannam.Aku berkata : Wahai Rasulullah,sebutkan kepada kami ciri-ciri da`i-da`i tersebut? Rasulullah Sallallahu`alaihiwasallam menjawab: “Mereka dari kalangan kita, dan berucap dengan ucapan kita”. Aku berkata: Apa yang engkau perintahkan kepadaku jika aku mendapati mereka? Rasulullah Sallallahu`alaihiwasallam menjawab: “Engkau melazimi jama`ah kaum muslimin dan imam mereka.” Bagaimana jika aku tidak mendapati jama`ah dan imam? Rasulullah Sallallahu`alaihiwasallam menjawab: “Kamu tinggalkan semua kelompok sehingga kamu menggigit akar kayu, sehingga kematian menjemputmu dan kamu dalam keadaan sedemikian (istiqamah).[49]

Daripada Abu Hurairah Radiallahu`anhu daripada Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam bahawasanya baginda bersabda:

قَالَ سَيَكُونُ فِي آخِرِ أُمَّتِي أُنَاسٌ يُحَدِّثُونَكُمْ مَا لَمْ تَسْمَعُوا أَنْتُمْ وَلَا آبَاؤُكُمْ فَإِيَّاكُمْ وَإِيَّاهُم

Akan berlaku pada akhir ummatku, orang-orang yang menceritakan hadith kepada kamu apa yang tidak pernah kamu dan bapa-bapa kamu mendengarnya,maka berwaspadalah terhadap mereka.[50]

Dalam riwayat yang lain:

يَكُونُ فِي آخِرِ الزَّمَانِ دَجَّالُونَ كَذَّابُونَ يَأْتُونَكُمْ مِنْ الْأَحَادِيثِ بِمَا لَمْ تَسْمَعُوا أَنْتُمْ وَلَا آبَاؤُكُمْ فَإِيَّاكُمْ وَإِيَّاهُمْ لَا يُضِلُّونَكُمْ وَلَا يَفْتِنُونَكُمْ

Akan ada pada akhir zaman,dajjal-dajjal yang pendusta besar,membawakan kepada kamu hadith-hadith yang tidak pernah kamu dan bapa-bapa kamu mendengarnya,maka berwaspadalah kamu terhadap mereka jangan sehingga mereka menyesatkan kamu dan jangan sehingga mereka memfitnah kamu.[51]

Daripada Abu Sa`id Al-Khudri Radiallahu`anhu katanya:

بَيْنَا نَحْنُ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يَقْسِمُ قَسْمًا أَتَاهُ ذُو الْخُوَيْصِرَةِ وَهُوَ رَجُلٌ مِنْ بَنِي تَمِيمٍ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ اعْدِلْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَيْلَكَ وَمَنْ يَعْدِلُ إِنْ لَمْ أَعْدِلْ قَدْ خِبْتُ وَخَسِرْتُ إِنْ لَمْ أَعْدِلْ فَقَالَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَا رَسُولَ اللَّهِ ائْذَنْ لِي فِيهِ أَضْرِبْ عُنُقَهُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَعْهُ فَإِنَّ لَهُ أَصْحَابًا يَحْقِرُ أَحَدُكُمْ صَلَاتَهُ مَعَ صَلَاتِهِمْ وَصِيَامَهُ مَعَ صِيَامِهِمْ يَقْرَءُونَ الْقُرْآنَ لَا يُجَاوِزُ تَرَاقِيَهُمْ يَمْرُقُونَ مِنْ الْإِسْلَامِ كَمَا يَمْرُقُ السَّهْمُ مِنْ الرَّمِيَّةِ

———————

[1] HR Bukhari no:3606,7084, Muslim no:1847.

[1] HR Muslim no:7

[1] HR Muslim no:8

Ketikamana kami bersama Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam dan baginda sedang membahagikan harta(kemenangan) datang kepada baginda Zul-khuwaisirah dia merupakan lelaki dari bani Tamim lalu berkata: “ Wahai Rasulullah berlaku `adillah kamu!!” Sabda Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam: “Celakalah engkau, siapa lagi yang akan berlaku `adil kalau aku tidak berlaku `adil?!!” Berkata `Umar bin Al-Khattab Radiallahu`anhu: “Wahai Rasulullah,izinkan aku untuk memenggal lehernya.” Sabda Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam: “Biarkan dia, kerana dia ada pengikut, sesungguhnya solat kamu tidak boleh menandingi solat mereka, puasa kamu dengan puasa mereka, mereka membaca al-Quran tetapi bacaan mereka tidak melepasi halqum mereka, mereka keluar dari Islam sebagaimana anak panah keluar dari busurnya….[52]

Berkata Syaikh Yahya Al-Hajurri Hafizahullah: Pada hadith tersebut merupakan dalil Jarh (mencela) khawarij.[53]

Seterusnya hadith `Irbadh bin Sariyah:

Baginda bersabda: Aku mewasiatkan kepada kamu semua agar bertaqwa kepada Allah `Azza Wa Jalla,supaya mendengar dan taat,sekalipun kamu diperintah oleh seorang hamba.Sesungguhnya sesiapa di kalangan kamu yang masih hidup nanti,nescaya dia akan melihat perselisihan yang banyak,maka hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah Khulafa`Rasyidin yang mendapat petunjuk, gigitlah ia dengan gigi geraham kamu(iaitu berpegang teguhlah dengan sunnah-sunnah tersebut) dan berwaspadalah kamu daripada melakukan perkara yang diada-adakan(dalam agama) kerana setiap perkara yang diada-

—————————–

[1] HR Muslim no:1765,Bukhari no:3341

[1] Syar`iyyah An-Nush Wa Zajr Wa Tahdzir min Du`at Al-Jahl,wa Tahazzub wa Talbis wa Taghrir, ms 19

adakan (dalam agama)adalah bid`ah dan setiap bid`ah itu sesat.[54]

Berkata Syaikh Yahya Hafizahullah: Dan perintah agar melazimi (berpegang teguh) dengan As-Sunnah merupakan dalil tentang wajibnya menjauhi apa-apa yang menyelisihinya daripada hawa nafsu,dan pembohongan ke atas Rasulullah sallallhu`alaihiwasallam.[55]

Daripada Anas bin Malik Radiallahu`anhu, dia berkata:

جَاءَ ثَلَاثَةُ رَهْطٍ إِلَى بُيُوتِ أَزْوَاجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَسْأَلُونَ عَنْ عِبَادَةِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمَّا أُخْبِرُوا كَأَنَّهُمْ تَقَالُّوهَا فَقَالُوا وَأَيْنَ نَحْنُ مِنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ قَالَ أَحَدُهُمْ أَمَّا أَنَا فَإِنِّي أُصَلِّي اللَّيْلَ أَبَدًا وَقَالَ آخَرُ أَنَا أَصُومُ الدَّهْرَ وَلَا أُفْطِرُ وَقَالَ آخَرُ أَنَا أَعْتَزِلُ النِّسَاءَ فَلَا أَتَزَوَّجُ أَبَدًا فَجَاءَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَيْهِمْ فَقَالَ أَنْتُمْ الَّذِينَ قُلْتُمْ كَذَا وَكَذَا أَمَا وَاللَّهِ إِنِّي لَأَخْشَاكُمْ لِلَّهِ وَأَتْقَاكُمْ لَهُ لَكِنِّي أَصُومُ وَأُفْطِرُ وَأُصَلِّي وَأَرْقُدُ وَأَتَزَوَّجُ النِّسَاءَ فَمَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِي فَلَيْسَ مِنِّي

Telah mendatangi tiga orang lelaki ke rumah-rumah isteri Nabi sallallahu`alaihiwasallam bertanyakan tentang perihal ibadah Nabi sallallahu`alaihiwasallam apabila diceritakan mereka seolah-olah berasa berat, lalu berkata: “Apalah sangat kita ini jika nak dibandingkan dengan Nabi sallallhu`alaihiwasallam yang telah diampunkan ke atasnya dosa yang telah lalu dan akan datang”, berkata salah seorang dikalangan mereka: “ Adapun aku maka sungguh aku akan solat malam selama-lamanya”, berkata yang lain: “ Adapun aku, aku akan berpuasa selama setahun penuh dan aku tak akan berbuka”, berkata yang lain: “ Aku akan menjauhi

——————————-

[1] HR Tirmidzi no:2600, Ibn Majah no:43,Abu Dawud no:3991.Berkata Al-Imam Al-Wadi`i Rahimahullah: Hadith ini hasan.Lihat As-Shahih Al-Musnad Mimma Laisa Fi As-Shahihain 2/21.

[1] Syar`iyyah An-Nush Wa Zajr Wa Tahdzir min Du`at Al-Jahl,wa Tahazzub wa Talbis wa Taghrir, ms 19

perempuan, dan aku tak akan kahwin selama-lamanya. Lalu datang Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam kepada mereka lalu bersabda: “ Kamukah yang berkata begini…dan begitu.., Demi Allah, sesungguhnya akulah orang yang paling takut kepada Allah, dan paling bertaqwa kepadaNya daripada kamu akan tetapi aku berpuasa dan berbuka, aku solat dan tidur, dan aku mengahwini perempuan, sesiapa yang membenci sunnahku maka dia bukan dikalanganku.[56]


Dalil-Dalil Daripada Salaf As-Soleh.

Imam Muslim meriwayatkan di dalam Shahihnya:

حَدَّثَنِي أَبُو خَيْثَمَةَ زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ حَدَّثَنَا وَكِيعٌ عَنْ كَهْمَسٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ بُرَيْدَةَ عَنْ يَحْيَى بْنِ يَعْمَرَ ح و حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ مُعَاذٍ الْعَنْبَرِيُّ وَهَذَا حَدِيثُهُ حَدَّثَنَا أَبِي حَدَّثَنَا كَهْمَسٌ عَنْ ابْنِ بُرَيْدَةَ عَنْ يَحْيَى بْنِ يَعْمَرَ قَالَ كَانَ أَوَّلَ مَنْ قَالَ فِي الْقَدَرِ بِالْبَصْرَةِ مَعْبَدٌ الْجُهَنِيُّ فَانْطَلَقْتُ أَنَا وَحُمَيْدُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الْحِمْيَرِيُّ حَاجَّيْنِ أَوْ مُعْتَمِرَيْنِ فَقُلْنَا لَوْ لَقِينَا أَحَدًا مِنْ أَصْحَابِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَأَلْنَاهُ عَمَّا يَقُولُ هَؤُلَاءِ فِي الْقَدَرِ فَوُفِّقَ لَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ دَاخِلًا الْمَسْجِدَ فَاكْتَنَفْتُهُ أَنَا وَصَاحِبِي أَحَدُنَا عَنْ يَمِينِهِ وَالْآخَرُ عَنْ شِمَالِهِ فَظَنَنْتُ أَنَّ صَاحِبِي سَيَكِلُ الْكَلَامَ إِلَيَّ فَقُلْتُ أَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ إِنَّهُ قَدْ ظَهَرَ قِبَلَنَا نَاسٌ يَقْرَءُونَ الْقُرْآنَ وَيَتَقَفَّرُونَ الْعِلْمَ وَذَكَرَ مِنْ شَأْنِهِمْ وَأَنَّهُمْ يَزْعُمُونَ أَنْ لَا قَدَرَ وَأَنَّ الْأَمْرَ أُنُفٌ قَالَ فَإِذَا لَقِيتَ أُولَئِكَ فَأَخْبِرْهُمْ أَنِّي بَرِيءٌ مِنْهُمْ وَأَنَّهُمْ بُرَآءُ مِنِّي وَالَّذِي يَحْلِفُ بِهِ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ لَوْ أَنَّ لِأَحَدِهِمْ مِثْلَ أُحُدٍ ذَهَبًا فَأَنْفَقَهُ مَا قَبِلَ اللَّهُ مِنْهُ حَتَّى يُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ

————————————————–

[1] HR Bukhari no:4675.

Telah meriwayatkan kepadaku Abu Khaitsamah Zuhair bin Harb: Telah meriwayatkan kepada kami Waki` daripada Kahmas daripada Ibn Buraidah daripada Yahya bin Ya`mar,dia berkata: Orang yang mula-mula berkata tentang Al-Qadar di Basrah ialah Ma`bad Al-Juhani,maka bertolaklah aku dan Humaid bin Abdul Rahman Al-Himairi dalam rangka untuk mengerjakan haji atau umrah maka kami berkata: “ Jika kita bertemu dengan salah seorang daripada Sahabat Nabi Sallallahu`alaihiwasallam maka kita akan bertanyakannya tentang apa yang telah dikatakan oleh mereka tersebut tentang Al-Qadar ternyata ketika itu `Abdullah bin `Umar bin Al-Khattab sedang memasuki masjid maka bersegeralah aku dan sahabatku menuju kepada beliau,salah seorang dari kami berada di sebelah kanan beliau dan yang lainnya di sebelah kirinya,maka aku menyangka bahawasanya sahabatku akan menyerahkan (persoalan ini) kepadaku, maka aku berkata:

“Wahai Aba `Abdir Rahman, sesungguhnya telah muncul di negeri kami, beberapa orang yang mereka membaca Al-Quran dan mengumpulkan `Ilmu dan bahawasanya mereka mendakwa bahawa tiada Al-Qadar (ketetapan dari Allah) dan bahawasanya setiap urusan itu adalah `Unuf.” Beliau ( Ibn `Umar) menjawab: “ Jika kamu menjumpai mereka tersebut maka khabarkan kepada mereka bahawasanya aku berlepas diri dari mereka dan mereka juga berlepas diri dariku,dan demi yang Ibn `Umar bersumpah denganNya kalaulah salah seorang di kalangan mereka menginfakkan emas sebesar bukit Uhud nescaya Allah tidak akan menerimanya sehinggalah mereka beriman dengan Al-Qadar[57]………….

Al-Imam Ad-Daarimi Rahimahullah meriwayatkan dalam Sunannya dengan sanadnya:

أخبرنا الحكم بن المبارك انا عمر بن يحيى قال سمعت أبي يحدث عن أبيه قال : كنا نجلس على باب عبد الله بن مسعود قبل صلاة الغداة فإذا خرج مشينا معه إلى المسجد فجاءنا أبو موسى الأشعري فقال أخرج إليكم أبو عبد الرحمن بعد قلنا لا فجلس معنا حتى خرج فلما خرج قمنا إليه جميعا فقال له أبو موسى يا أبا عبد الرحمن اني رأيت في المسجد أنفا أمرا أنكرته ولم أر والحمد لله الا خيرا قال فما هو فقال ان عشت فستراه قال رأيت في المسجد قوما حلقا جلوسا ينتظرون الصلاة في كل حلقة رجل وفي أيديهم حصا فيقول كبروا مائة فيكبرون مائة فيقول هللوا مائة فيهللون مائة ويقول سبحوا مائة فيسبحون مائة قال فماذا قلت لهم قال ما قلت لهم شيئا انتظار رأيك أو انتظار أمرك قال أفلا أمرتهم ان يعدوا سيئاتهم وضمنت لهم ان لا يضيع من حسناتهم ثم مضى ومضينا معه حتى أتى حلقة من تلك الحلق فوقف عليهم فقال ما هذا الذي أراكم تصنعون قالوا يا أبا عبد الله حصا نعد به التكبير والتهليل والتسبيح قال فعدوا سيئاتكم فأنا ضامن ان لا يضيع من حسناتكم شيء ويحكم يا أمة محمد ما أسرع هلكتكم هؤلاء صحابة نبيكم صلى الله عليه و سلم متوافرون وهذه ثيابه لم تبل وأنيته لم تكسر والذي نفسي بيده انكم لعلي ملة هي أهدي من ملة محمد أو مفتتحوا باب ضلالة قالوا والله يا أبا عبد الرحمن ما أردنا الا الخير قال وكم من مريد للخير لن يصيبه ان رسول الله صلى الله عليه و سلم حدثنا أن قوما يقرؤون القرآن لا يجاوز تراقيهم وأيم الله ما أدري لعل أكثرهم منكم ثم تولى عنهم فقال عمرو بن سلمة رأينا عامة أولئك الحلق يطاعنونا يوم النهروان مع الخوارج

————————————–

[1] HR Muslim no:93

Telah mengkhabarkan kepada kami Al-Hakam bin Al-Mubarak Telah mengkhabarkan kepada kami `Amru bin Yahya dia berkata: Aku telah mendengar bapaku menceritakan daripada bapanya (‘Amr bin Salamah) katanya: “Satu ketika kami duduk di pintu ‘Abdullah bin Mas‘ud sebelum solat subuh. Apabila dia keluar, kami akan berjalan bersamanya ke masjid. Tiba-tiba datang kepada kami Abu Musa Al-Asy‘ari, lalu bertanya: “Apakah Abu ‘Abdil Rahman[58] telah keluar kepada kamu?” Kami jawab: “Tidak!”. Maka dia duduk bersama kami sehingga ‘Abdullah bin Mas‘ud keluar. Apabila dia keluar, kami semua bangun kepadanya.

Lalu Abu Musa Al-Asy‘ari berkata kepadanya: “Wahai Aba ‘Abdil-Rahman[59], aku telah melihat di masjid tadi satu perkara yang aku tidak bersetuju, tetapi aku tidak lihat – alhamdulilah – melainkan ianya baik”. Dia bertanya: “Apakah ia?”. Kata Abu Musa: “Jika umur kamu panjang engkau akan melihatnya. Aku melihat satu puak, mereka duduk dalam lingkungan (halaqah) menunggu solat. Bagi setiap lingkungan (halaqah) ada seorang lelaki (ketua kumpulan), sementara di tangan mereka yang lain ada anak-anak batu. Apabila lelaki itu berkata: Takbir seratus kali, mereka pun bertakbir seratus kali. Apabila dia berkata: Tahlil seratus kali, mereka pun bertahlil seratus kali. Apabila dia berkata: Tasbih seratus kali, mereka pun bertasbih seratus kali.” Tanya ‘Abdullah bin Mas‘ud: “Apa yang telah kau katakan kepada mereka?”. Jawabnya: “Aku tidak kata kepada mereka apa-apa kerana menanti pandangan dan perintahmu”.

Berkata ‘Abdullah bin Mas‘ud: “Mengapa engkau tidak menyuruh mereka mengira dosa mereka dan engkau jaminkan bahawa pahala mereka tidak akan hilang sedikit pun”. Lalu dia berjalan, kami pun berjalan bersamanya. Sehinggalah dia tiba kepada salah satu daripada lingkungan berkenaan. Dia berdiri lantas berkata: “Apa yang aku lihat kamu sedang lakukan ini?” Jawab mereka: “Wahai Aba‘Abdil Rahman! Batu yang dengannya kami menghitung takbir, tahlil dan tasbih”. Jawabnya: “Hitunglah dosa-dosa kamu, aku jamin pahala-pahala kamu tidak hilang sedikit pun. Celaka kamu wahai umat Muhammad! Alangkah cepat kemusnahan kamu. Para sahabat Nabi masih lagi ramai, baju baginda

—————————-

[1] Iaitulah kunyah `Abdullah bin Mas`ud Radiallahu`anhu.

belum lagi buruk dan bekas makanan dan minuman baginda pun belum lagi pecah.Demi yang jiwaku berada di tanganNya , apakah kamu berada di atas agama yang lebih mendapat petunjuk daripada agama Muhammad, atau sebenarnya kamu semua pembuka pintu kesesatan?”

Jawab mereka : “Demi Allah wahai Aba‘Abdil Rahman, kami hanya bertujuan baik.” Jawabnya : “Betapa ramai yang bertujuan baik, tetapi tidak menepatinya.” Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam telah menceritakan kepada kami satu kaum yang membaca al-Quran namun tidak lebih dari kerongkong mereka. Demi Allah aku tidak tahu, barangkali kebanyakan mereka dari kalangan kamu.” Kemudian beliau pergi.

Berkata ‘Amr bin Salamah: “Kami melihat kebanyakan puak tersebut bersama Khawarij memerangi kami pada hari Nahrawan.”[60]

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari Rahimahullah di dalam Shahihnya Daripada Sa`id bin Jubair dia berkata: Aku berkata kepada Ibnu `Abbas Radiallahu`anhuma: Sesungguhnya Nauf Al-Bakali mendakwa bahawasanya Musa yang menemani Khadir bukanlah Musa Bani Israil, Berkata Ibnu `Abbas Radiallah`uanhuma: “ Pendusta wahai musuh Allah!!!” telah meriwayatkan kepadaku Ubai bin Ka`ab…kemudian dia menyebut hadith…[61]

Firman Allah Ta`ala:

وَإِذَا رَأَيْتَ الَّذِينَ يَخُوضُونَ فِي آَيَاتِنَا فَأَعْرِضْ عَنْهُمْ حَتَّى يَخُوضُوا فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ وَإِمَّا يُنْسِيَنَّكَ الشَّيْطَانُ فَلَا تَقْعُدْ بَعْدَ الذِّكْرَى مَعَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ

Dan apabila Engkau melihat orang-orang Yang memperkatakan Dengan cara mencaci atau mengejek-ejek ayat-ayat kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka memperkatakan soal Yang lain; dan jika Engkau dilupakan oleh Syaitan (lalu Engkau duduk bersama mereka), maka

————————————

[1] HR Ad-Daarimi no:204, dishahihkan oleh Al-Imam Al-Albani Rahimahullah dalam Silsilah As-Shahihah no:2005.

[1] HR Bukhari no:122

janganlah Engkau duduk lagi bersama-sama kaum Yang zalim itu, sesudah Engkau mengingati (akan larangan itu).

Daripada Ibn `Aun dia berkata: Bahawasanya Muhammad-iaitu Ibn Sirin Rahimahullah-melihat bahawasanya orang yang paling pantas terjerumus ke dalam riddah(murtad) ialah Ahli Ahwa`(pengekor hawa nafsu) dan dia melihat ayat ini turun ke atas mereka.[62]

Berkata Ibn Sirin Rahimahullah:

لَمْ يَكُونُوا يَسْأَلُونَ عَنْ الْإِسْنَادِ فَلَمَّا وَقَعَتْ الْفِتْنَةُ قَالُوا سَمُّوا لَنَا رِجَالَكُمْ فَيُنْظَرُ إِلَى أَهْلِ السُّنَّةِ فَيُؤْخَذُ حَدِيثُهُمْ وَيُنْظَرُ إِلَى أَهْلِ الْبِدَعِ فَلَا يُؤْخَذُ حَدِيثُهُمْ

Dahulu tidak pernah mereka(para salaf) bertanya tentang sanad,ketikamana berlakunya fitnah mereka(para salaf)berkata: Sebutkan kepada kami perawi-perawi kamu,maka dilihat kepada Ahli Sunnah maka diambil hadith mereka,dan dilihat kepada Ahli Bid`ah maka tidak diambil hadith mereka.[63]

Berkata Al-Imam Al-Baghawi Rahimahullah ketika mensyarahkan hadith pemulauan Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam terhadap Ka`ab bin Malik[64]:

وفيه دليل على أن هجران أهل البدع على التأبيد ، وكان رسول الله

خاف على كعب وأصحابه النفاق حين تخلفوا عن الخروج معه فأمر بهجرانهم إلى أن أنزل الله توبتهم ، وعرف رسول الله ( صلى الله عليه وسلم ) براءتهم ،وقد مضت الصحابة والتابعون وأتباعهم ، وعلماء السنة على هذا مجمعين متفقين على معاداة أهل البدعة ، ومهاجرتهم

———————————–

[1] Al-Ibanah Ibn Bathah 2/431

[1] Muqaddimah Shahih Muslim,

[1] Iaitu hadith Muttafaq`alaih, Bukhari no:4418, Muslim no:2869 daripada Ka`ab bin Malik, juga rujuk Riyadhussholihin Bab At-Taubah hadith no:22.

Pada hadith tersebut dalil menunjukkan pemulauan terhadap Ahli bid`ah,Rasulullah takut Ka`ab dan sahabatnya terkena penyakit nifaq ketikamana mereka tidak keluar perang bersamanya,maka beginda memerintahkan agar memulau mereka sehinggalah Allah menurunkan ayat yang menjelaskan penerimaan taubat mereka.dan Rasulullah mengetahui pembebasan mereka(terhadap pemulauan tersebut).Dan sesungguhnya telah berlalu generasi sahabat,tabi`in dan pengikut mereka,serta `ulama` As-Sunnah bahawa mereka bersepakat dan bersetuju tentang wajibnya memusuhi Ahli Bid`ah dan memulau mereka.[65]

Al-Imam Nawawi Rahimahullah berkata di dalam Muqaddimah Bab Shahih Muslim:

Bab Penjelasan Bahawasanya Al-Isnad Merupakan Sebahagian Daripada Agama,Dan Periwayatan(Hadith) Tidak Boleh Melainkan Daripada Mereka Yang Terpercaya,Dan Jarh(mengkritik) Para Perawi Dan Apa Yang Ada Pada Mereka Adalah Harus Bahkan Wajib,Dan Ianya Bukanlah Daripada Perbuatan Ghibah(mengumpat) Yang Diharamkan,Bahkan Merupakan Pembelaan Terhadap Syari`ah Yang Mulia.[66]

Berkata Al-Imam Ibn Kathir Rahimahullah ketika menafsirkan surah Al-Hujuraat:

Ghibah(mengumpat) adalah haram dengan ijma`(kesepakatan) melainkan untuk maslahah(kebaikan) seperti dalam Jarh Wa Ta`dil dan nasihat.[67]

Berkata Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah Rahimahullah selepas menjelaskan kelompok-kelompok yang boleh berkata terhadap mereka dan ianya tidak dikira ghibah(mengumpat yang haram):Semisal para imam bid`ah dari kalangan ahli-ahli kelompok yang menyelisihi Al-Kitab dan As-Sunnah,atau ibarat-ibarat yang menyelisihi Al-Kitab dan As-Sunnah,kerana sesungguhnya menjelaskan perihal mereka,dan memperingati ummat daripada mereka adalah wajib dengan kesepakatan kaum muslimin,sehinggalah ditanya kepada Ahmad bin Hanbal:

———————————————–

[1] Syarhus Sunnah Lil Baghawi

[1] Muqaddimah Shahih Muslim,ms:66

[1] Tafsir Ibn Kathir

Lelaki ini ,solat,beri`tikaf lebih engkau sukai daripada engkau berkata(mencela) terhadap ahli bid`ah?

Jawab beliau: jika berpuasa, solat,dan ber`itikaf,maka sesungguhnya ianya hanya untuk(kebaikan) dirinya sendiri,jika berkata(mencela) Ahli Bid`ah maka sesungguhnya ianya untuk(kebaikan)kaum muslimin,ini lebih utama!![68]

Berkata Ibn Qudamah Al-Maqdisi Rahimahullah:

Merupakan sebahagian daripada As-Sunnah,memulau Ahli Bid`ah dan menjelaskan perihal mereka,dan meninggalkan perdebatan dalam agama dan meninggalkan daripada melihat pada kitab-kitab ahli bid`ah

Berkata Ibn Muflih Rahimahullah:

Salaf melarang daripada bermujalasah(bermajlis,duduk) bersama Ahli Bid`ah,melihat kitab-kitab mereka dan mendengar perkataan mereka.[69]

Al-Hafiz al-Isma`ili( w 371H) berkata:

Imam-imam hadith berpendapat( wajibnya) menjauhi bid`ah dan dosa-dosa, menahan diri dari gangguan serta meninggalkan ghibah( mencela orang lain) kecuali kepada orang yang menampakkan bid`ah dan ia menyerukan kepadanya, maka membicarakan kejelekannya menurut mereka bukan termasuk ghibah (yang diharamkan)[70]

Menyebut Mereka Yang Dikritik Oleh Para Imam Jarh Wa Ta`dil.

1. Ibrahim bin Al-Hakam Bin Zhohir Al-Kufi As-Syi`I,berkata Abu Hatim: Kazzab(Pendusta besar)

2.Ibrahim bin `Abdullah bin Hamam As-Son`ani daripada bapa saudaranya `Abdul Razak, berkata Ad-Daruquthni: Kazzab(pendusta besar)

————————————–

[1] Majmu` Al-Fatawa 28/231-232

[1] Al-Adab As-Syar`iyyah Li Ibn Muflih:1/125

[1] I`tiqaad A`immatil Hadith hal 78.dinukil dari Syarah Ushulus Sunnah Imam Ahmad oleh Syeikh Walid b.Muhammad Nubaih. Hlm 42-43.



3.Ibrahim bin Abi Yahya salah seorang ulama` yang lemah,berkata Al-Qathhan: Kazzab, berkata Ibn Ma`in: Kazzab Rafidhi.

4.Ahmad bin Ishak bin Ibrahim bin Nabit bin Syariit,berkata Az-Zahabi: tidak halal berhujjah dengan hadithnya,kerana sesungguhnya dia adalah pendusta besar.

5.Ahmad bin `Abdullah bin Muhammad Abul Hasan Al-Bakri,berkata Az-Zahabi: Inilah Dajjal,pembuat kisah-kisah yang tak pernah berlaku pun.

6.Muhammad bin `Umar Al-Waaqidi,berkata Az-Zahabi di dalam Al-Mizan : Berkata Ahmad bin Hanbal: Dia pendusta besar.

7.Muhammad bin As-Saaib Al-Kalbi,berkata Al-Hafiz Az-Zahabi: Berkata Al-Juzjaani dan selainnya: pendusta besar.

8. Luth bin Yahya Abu Mihnaf,berkata Ibn `Adi: Syi`ah muhtariq,tuan khabar-khabar mereka.

9.Ahmad bin `Abdullah bin Sulaiman Abul `Alaa` Al-Ma`ri,berkata Az-Zahabi: dia mempunyai sya`ir yang membawa maksud yang zindiq.

10. Mahmud bin `Umar Az-Zamkhsyari ,berkata Az-Zahabi :Mufassir Ahli Nahu yang bagus tetapi menyeru kepada `itizal(mu`tazilah)- moga Allah menyelamatkan kita- maka berwaspadalah dengan Kasyafnya(kitab tafsirnya Al-Kassyaf)[71]

Berkata Abu Ayyub-moga Allah menjaganya-: Jika menyebut kesemua mereka yang dicela oleh para Imam Jarh Wa Ta`dil nescaya tidak cukup untuk dimuatkan dalam risalah ini,maka rujuklah kitab-kitab para `Ulama` antaranya Al-Majruhin oleh Al-Imam Ibn Hibban,Al-Kaamil oleh Ibn `Adii, Ad-Dhu`afa` oleh Al-`Uqaili ,Al-Mizanul `Itidal oleh Az-Zahabi Rahimahumullah dan banyak lagi.

Dikalangan mereka yang dikritik(dicela) pada zaman ini.

1.Ahmad Zaini Dahlan, berkata Al-Imam Al-Wadi`i Rahimahullah: dari kalangan ulama` suu`(jahat), aku tahu bahawasanya dia menyimpang dan

————————————————-

[1] Mizan Al-`Itidal 4/78

penyeru kepada kesesatan,dan membela kesesatan,dia mempunyai kitab: Ad-Durar As-Saniyah Fi Radd `Ala Al-Wahhaabiyah[72]

2.Zahid Al-Kauthari[73], berkata Al-Imam Al-Albani Rahimahullah: dia ialah Jahmi Mu`atthal(Jahmiyyah[74] dan menafikan sifat-sifat Allah),Hanafi yang celaka dalam ta`asub(fanatik),sangat keras mencela Ahli Hadith baik dikalang mutaqaddimin(yang lalu)atau muta`akhirin(sekarang).[75]

Berkata As-Syaikh Khalil Harras rahimahullah: beliau ialah pemegang liwa`(panji ) Jahmiyyah dan Ta`thil pada zaman ini.[76]

3. Hassan As-Saqqaf, berkata Al-Imam Al-Wadi`i Rahimahullah: Sufi yang sesat, penyeru kepada kesesatan dan juga kepada menyapu kepada tanah orang yang sudah mati, dan juga menyesatkan para ulama`, sesungguhnya terhimpun padanya diantara tasawwuf dan memerangi As-Sunnah, dan dia ialah seorang lelaki yang tidak boleh dirujuk padanya.[77]

Berkata Abu Ayyub: di antara anak muridnya di Malaysia yang membawa fikrah(pemikiran)beliau ialah Zamihan Mat Zin Al-Ghari, beliau sangat memusuhi As-Sunnah dan para ulama` yang berada di atasnya.

4.Hassan Al-Banna[78], berkata Al-Imam Al-Wadi`i: Merupakan Imam daripada para Imam Ahli Bid`ah, menyimpang,mubta`di(pelaku bid`ah) dia pernah tawaf di atas kubur sebagaimana thabit perkara tersebut daripada

————————————————-

[1] Al-Majruhun `Inda Al-Imam Al-Wadi`i:37, Ghaaratul Asyrithah: 2/326

[1] Beliau ialah Muhammad bin Al-Hassan bin `Ali Al-Kauthari: Mubtadi`(ahli bid`ah)yang sesat menyimpang dari al-Hak,bermazhab Hanafi,ber`akidah Jahmi,beliau mencela sahabat,dan para Imam seperti Anas bin Malik,As-Syafi`I,Malik,Ahmad dan selain mereka dari kalangan para Imam yang terkenal.

Rujuk: Al-`Alaam Li Zirkali 7/129

[1] Al-Jahmiyyah dinisbahkan kepada Jahm bin Shafwan dan pengikutnya,merupakan pencetus fitnah dan kesesatan. Mereka (Al-Jahmiyyah) melakukan penafian nama-nama dan sifat-sifat Allah, dan Jahmiyyah ini meliputi semua kelompok yana melakukan penafian (peniadaan nama-nama dan sifat-sifat bagi Allah), baik dari kalangan Ahli falsafah, mu’tazilah, asy’ariyyah, dan qaramithah batiniyyah. (lihat “Syarh Al-’Aqidah Al-Wasithiyyah” Hal. 219).

[1] Muqaddimah Syarh Al-`Aqidah At-Thohawiyyah Li Abil `Izz Al-Hanafi,ms 50

[1] Syarh Al-`Aqidah Al-Waasitiyyah Lil Harras:71

[1] Merupakan pengasas kepada Jama`ah Ikhwan Muslimin yang diasaskan di Bandar Isma`iliyyah di Mesir pada tahun 1346H, dan beliau merupakan mursyid awal bagi Ikhwan Muslimin beliau juga merupakan Sufi yang berba`iah kepada Thariqah Al-Hasaafiyyah, untuk mengetahui lebih banyak penyimpangan beliau dan jamaah Ikhwan sila rujuk; Al-Jamaat Islamiyyah Fi Dhau` Al-Kitab wa Sunnah bi Fahmi Salafil Ummah, karya As-Syaikh Salim Al-Hilali Hafizahullah.

beliau, beliau menceritakan tentang dirinya sendiri bahawa beliau menghadiri Maulid. Beliau menyeru kepada Taqrib (pendekatan) di antara Ahli Sunnah dan Syi`ah.[79]

5.Sayyid Qutb, berkata Al-Imam Al-Wadi`i: Merupakan Imam dari kalangan Ahli Bid`ah…

Sesungguhnya kami telah mendengar sebahagian orang yang mendahulukan Tafsirnya di atas Tafsir Ibn Kathir, celakalah mereka yang berpendapat dengannya!!, bagaimana boleh mereka mendahulukannya di atas Ibn Kathir yang menafsirkan Al-Quran dengan al-Quran,dan dengan As-Sunnah?!

6.Osama bin Laden, berkata Al-Imam Al-Wadi`i: dari kalangan mereka yang tertipu dan terpedaya…

Aku berlepas diri kerana Allah daripada Osama bin Laden….

Tidak boleh mengambil ilmu daripada orang semisal Osama bin Laden….

7.Safar Hawali, berkata Al-Imam Al-Wadi`i: beliau membela ahli bid`ah,seorang mubtadi`(ahli bid`ah) yang melampau,membolehkan pilhanraya tidak perlu mendengar kaset-kaset dan pelajarannya[80].

Berkata As-Syaikh Yahya Al-Hajurri hafizahullah: Hizbi, beliau mencadangkan agar Syi`ah mesti mempunyai madrasah di Saudi dipelajari di situ kitab-kitab mereka,dia mempunyai perkataan dan perbuatan dalam membela hizbiyyah…[81]

Berkata Abu Ayyub: Antara anak muridnya di Malaysia ialah Isma`il Omar, mempunyai yayasan[82] iaitulah Yayasan Kebajikan Islam Nusantara (YAKIN),ketika di Malaysia kami pernah menghadiri beberapa ceramah yang disampaikan oleh beliau, ternyata isi kandungannya mengajak kepada

————————————————————–

[1] Al-Majruhun `Inda Al-Imam Al-Wadi`i:34

[1] Al-Majruhun `Inda Al-Imam Al-Wadi`i

[1] Syar`iyyah An-Nush Wa Zajr Wa Tahdzir min Du`at Al-Jahl,wa Tahazzub wa Talbis wa Taghrir: 47

[1] Untuk mengetahui tentang hukum membuat yayasan dalam berdakwah dan jawapan terhadap syubhat-syubhat para pemuja yayasan,sila rujuk risalah tulisan saudara kami Al-Akh Abul Husain Muhammad bin Mahyuddin Al-Jawi Hafizahullah yang bertajuk: “ Al-Jam`iyyah Al-Harakah bila Barakah”( Yayasan sarana tanpa barakah)

hizbiyyah, tasawwul (meminta-minta atas nama dakwah)[83], dakwah menggunakan metod ikhwan muslimin , ramai pemuda-pemuda yang bersemangat terhadap As-Sunnah tertipu dengan seruannya yang sama seperti gurunya tersebut.

8.Yusuf Al-Qaradhawi,[84] berkata Al-Imam Al-Wadi`i Rahimahullah: dari kalangan Ikhwan Muflisin, Allah tidak memberkatinya: Qarradha Allah Syafataih(moga Allah memotong kedua mulutnya)

Al-Qaradhawi allazi qaradha Ad-Din( Al-Qaradhawi yang memotong/mematikan agama)

————————————————————–

[1] Termasuk perkara yang boleh menggugat kedudukan Tauhid ialah lemahnya rasa Tawakkal terhadap Allah, As-Syaikh Muhammad An-Najdi di dalam Kitab Tauhid meletakkan Bab:Firman Allah Ta`ala:

وَعَلَى اللَّهِ فَتَوَكَّلُوا إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ

Dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakal, jika kamu benar-benar orang yang beriman

[Al-Ma`idah:23]

Berkata Al-Imam Ibnul Qayyim rahimahullah: Maka Tawakkal kepada Allah merupakan syarat kebenaran Iman, dan ianya menunjukkan penafian iman ketika ketiadaannya, di dalam ayat lain:

وَقَالَ مُوسَى يَا قَوْمِ إِنْ كُنْتُمْ آَمَنْتُمْ بِاللَّهِ فَعَلَيْهِ تَوَكَّلُوا إِنْ كُنْتُمْ مُسْلِمِينَ

Berkata Musa: “Hai kaumku, jika kamu beriman kepada Allah, maka bertawakkallah kepada-Nya saja, jika kamu benar-benar orang yang berserah diri.” [ Yunus:84]

Maka Tawakkal merupakan bukti keshahihan Islam, dan jika kuatnya iman seorang hamba maka tawakkalnya juga semakin kuat, jika lemahnya Iman maka lemahlah tawakkalnya.-selesai perkataan Ibnul Qayyim-

Tawakkal kepada selain Allah terbahagi kepada dua:

1) Tawakkal dalam urusan yang tidak ada yang mampu menetapkannya melainkan Allah, seperti orang-orang yang bertawakkal kepada orang yang sudah mati(kuburan nabi atau orang soleh), thagut-thagut dalam pengharapan mereka terhadap keperluan mereka: baik berupa pertolongan,penjagaan(dari malapetaka) atau rezeki atau syafa`at, maka ini merupakan syirik akbar(besar).

2) Tawakkal dalam sebab-sebab zahir, seperti sesiapa yang bertawakkal kepada pemerintah atau sultan terhadap apa yang telah Allah tetapkan kepadanya: baik berupa rezeki,atau menghilangkan kesakitan dan seebagainya maka ianya merupakan jenis syirik asghar(kecil) – Fathul Majid Syarh Kitab At-Tauhid ms/327-328-

Berkata Syaikh kami, Yahya bin Ali Al-Hajurri hafizahullah: “ Tawakkal merupakan senjata setiap para Nabi, tiadalah Allah mengutuskan di kalangan para Nabi melainkan bersama mereka tawakkal dan rasa percaya kepada Allah”

Berkata Abu Ayyub: Maka dimanakah letaknya rasa tawakkal bagi para pemuja yayasan, dan bagi mereka yang menjadikan agama sebagai profesyen bagi mengumpul harta? malah lebih hina bagi mereka yang megumpul wang,harta dan kekayaan atas nama dakwah!!.Wal`Iyazubillah min zalik…

[1] Beliau membolehkan pilihanraya, menghalalkan muzik, menganggap permusuhan di antara orang islam di Palestin dan Israil bukanlah kerana agama tetapi kerana tanah(bumi palestin), beliau menyeru kepada berkasih-sayang dan berlemah lembut ke atas Nasrani, membela kaum kafir.



berkata Syaikh kami Yahya bin Ali Al-Hajurri Hafizahullah: Merupakan daripada kepala-kepala hizbiyyin, dan yang paling jelek dikalangan mereka di sisi Islam.

Berkata Abu Ayyub: diantara yang membawa dan fanatik terhadap beliau di Malaysia ialah `Asri Zainul `Abidin, bekas mufti Perlis, beliau membolehkan pilihanraya, menghalalkan muzik, mempunyai hubungan yang rapat dengan para hizbiyyin di kalangan ahli politik.

9.`Abdul Majid Az-Zindani, berkata Syaikh Yahya Hafizahullah: Sangat sesat, menyeru kepada mahabbah (kasih-sayang) terhadap kuffar.[85]

10.`Aid Al-Qarni,berkata Syaikh Yahya Hafizahullah: Hizbi, sejak dahulu sudah bersama Ikhwan Muslimin.

11.Ibn Jibrin, berkata Syaikh Yahya Hafizahullah: Hizbi, dia bersama Ikhwan Muslimin sepertimana yang dijelaskan hal tersebut oleh Syaikh kami Al-`Allamah Al-Wadi`i Rahimahullah.

12.Muhammad Surur Zainul `Abidin, berkata Syaikh Yahya Hafizahullah: Hizbi besar,dan beliau ialah tuan punya fikrah Sururiyyah .

Diantara kesesatannya beliau berkata di dalam kitabnya; “Manhaj Al-Anbiya` Fi Da`wah Ila Allah”: “Bahawasanya uslub (metod)kitab-kitab `Akidah padanya terdapat banyak daripada kekerasan kerana ianya dipenuhi dengan nas-nas dan hukum-hakam.” Al-Imam Ibn Baz Rahimahullah telah membantah beliau dalam kaset beliau “ Aafaat Al-Lisan” selepas ditanya tentah perkataan beliau ini maka beliau Rahimahullah menjawab: “ Jika dia menyifatkan Al-Quran dan As-Sunnah dengannya adalah kekerasan, ini adalah riddah (murtad) dari Islam, ini adalah Ibarah yang sakit lagi menjelekkan”[86]

—————————————————————————

[1] Syaikh Muqbil Rahimahullah membantah kesesatan beliau dalam kasetnya berjudul: “ Az-Zindani dan Masyaikh Al-Yaman” dan juga beliau Rahimahullah menulis kitab bertajuk: “ As-Subh As-Syaariq `Ala Dhalalat `Abdil Majid Az-Zindani Fi Kitabihi At-Tauhid Al-Khalik” diantara kesesatan beliau ialah:membolehkan pilihanraya,dakwaan bolehnya mendengar suara-suara ahli barzakh dan banyak lagi ramai ahli Ilmu dari Yaman yang membantah beliau.

[1] Syar`iyyah An-Nush Wa Zajr Wa Tahdzir min Du`at Al-Jahl,wa Tahazzub wa Talbis wa Taghrir:46

13 .`Abdullah dan Abdul Rahman Al-Mar`i, berkata As-Syaikh Yahya Hafizahullah di dalam Muqaddimah beliau daalam Mukhtasor Bayan:

Yang paling terakhir terfitnah di masa ini dari kalangan pelajar Darul Hadith adalah ‘Abdullah bin Mar’i dan ‘Abdul Rahmân bin Mar’î (dua bersaudara) beserta sejumlah orang yang bersembunyi di balik fitnah keduanya dari kalangan orang-orang yang mempunyai kepentingan-kepentingan buruk terhadap da`wah salafiyah ini, atau sebahagian pelajar yang tertipu dengan mereka. Sehingga (hal ini) menuntut adanya penjelasan tentang apa yang kita saksikan dan ketahui di tempat ini atau lainnya tentang perihal yang mengerikan dan perbuatan-perbuatan hizbiyyah yang keji, yang sebagiannya telah tertera di dalam risalah ini.


BAB: Hizbiyyah Dan Ciri-cirinya

Hizbiyyah secara bahasa, sebagaimana yang dikatakan oleh Safiyurrahman Al-Mubarakfuri adalah sekelompok dari manusia yang bergabung untuk suatu kemaslahatan bersama yang direkatkan dengan perekat aqidah, iman, kekafiran, kefasikan, kemaksiatan atau dengan perekat kebangsaan, kabilah, nasab, pekerjaan, bahasa dan yang lainnya dari perekat-perekat dan sifat-sifat yang manusia terbiasa berkumpul serta bersatu di atasnya.[87]

Berkata Al-Imam Muqbil bin Hadi Al-Wadi`i Rahimahullah:

Hizbiyah adalah Al-Wala` (loyaliti )sempit dimana terjadinya pembelaan dan permusuhan hanya kerana kelompoknya, adapun pembelaan dan permusuhan karena Allah maka itu tidak mengapa, akan tetapi seperti yang Allah subhanahuwaTa`ala katakan :

(#þqãè©Üs)tGsù OèdtøBr& öNæhuZ÷t/ #\ç/ã— ( ‘@ä. ¥>÷“Ïm $yJÎ/ öNÍkö‰y‰s9 tbqãm̍sù ÇÎÌÈ

—————————————————————-

[1] Ad-Da`wah Baina Tajammu`il Hizbi wa Ta`awun As-Syar`i

Kemudian mereka berpecah-belah Dalam urusan mereka kepada beberapa kelompok, tiap-tiap golongan bergembira(merasa bangga) Dengan apa yang ada pada mereka.[ Al- Mu'minun :53] [88]

Ciri-Ciri Hizbiyyah

Al-Imam Muqbil bin Hadi Al-Wadi`I berkata: Rukun hizbiyyah ada tiga:

1) Dusta,

2) Tipu muslihat

3) Talbis( menyamarkan antara yang Hak dan batil)[89]

Beliau Rahimahullah berkata: “ Oleh kerana itu wajib bagi Ahli Ilmu untuk menyingkap kebusukan-kebusukannya dan memperingatkan kaum muslimin yang darinya. Sesungguhnya hizbiyyah ini telah mengubah pemuda muslim dan menyia-nyiakan umur mereka[90], memporak-perandakan kekuatan mereka, serta menjadikan mereka berpecah-belah dan berkelompok-kelompok. Hizbiyyah juga menyebabkan kaum muslimin sibuk dengan diri mereka sendiri dan lalai dengan musuh-musuh mereka.”[91]

Berkata Syaikh kami As-Syaikh Yahya bin `Ali Al-Hajurri hafizahullah:

Dan sesungguhnya di antara sunnah jahiliyyah yang paling dibenci dan sunnah jahiliyyah yang paling jelek,maka sesungguhnya sudah dihidupkan dengannya sunnah jahiliyyah,Al-Hizbyyah sunnah jahiliyyah, iblisiyyah,dan hizbi yang terawal ialah Iblis ke atasnya la`nat Allah, Firman Allah Ta`ala di dalam kitabNya yang Mulia:

Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia dari tanah liat Yang kering, Yang berasal dari tanah kental Yang berubah warna dan baunya.

————————————————————-

[1] Tuhfatul Mujib:112

[1]An-Nasihah Wa Al-Bayan:116

[1] Apa yang dikatakan oleh Al-Imam Muqbil itu memang benar, ketika penulis masih di Universiti, penulis sempat merasakan bagaimana hizbiyyah menyibukkan anak-anak muda dengan program-program yang melalaikan, tanzim-tanzim bid`ah dan juga ajakan kepada ikhtilath, tasawul (meminta-minta) dana untuk sesuatu program dan penulis bersyukur kepada Allah kerana menyelamatkan penulis dari hizbiyyah…

[1] Gharatul Asyrithah:1/15



“Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan) Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadaNya.

(setelah selesai kejadian Adam) maka sujudlah sekalian malaikat, semuanya sekali. Melainkan Iblis; ia enggan turut bersama mereka Yang sujud.

Allah berfirman: ” hai lblis! apa Yang menghalangmu daripada turut sujud kepada (Adam) Yang Aku telah ciptakan Dengan TanganKu? Adakah Engkau berlaku sombong takabur, ataupun Engkau dari golongan Yang tertinggi? “

Iblis menjawab: ” Aku lebih baik daripadanya; Engkau (Wahai Tuhanku) ciptakan daku dari api, sedang Dia Engkau ciptakan dari tanah “.

Maka Allah telah menjelaskan Iblis yang kufur terhadap Allah, kufur bersama keengganan dan takkabur, dan tahazzub (membuat kelompok)nya dan fanatiknya terhadap jenisnya, dia berkata:

Engkau (Wahai Tuhanku) ciptakan daku dari api, sedang Dia Engkau ciptakan dari tanah

Dan sesungguhnya orang-orang yang mentadabburi Kalam Allah Subhanahu Wa Ta`ala pasti akan melihat bahawasanya ummat-ummat terdahulu musnah disebabkan tahazzub (berkelompok) terhadap kaum mereka, dan pendeta-pendeta mereka, dan ulama`-ulama` mereka sehinggalah tahazzub dan ta`sub (fanatisme) tersebut membawa mereka kepada `ibadah iaitulah daripada perbuatan mereka berkelompok dan ta`asub (fanatik) terhadapnya, sebagaimana Allah Subhanahu wa Ta`ala telah mengkhabarkan tentang kaum Yahudi, maka telah sikap tahazzub (berkelompok) dan fanatik tersebut menyebabkan mereka telah mentaqdis (menyucikan) selain Allah Subhanahu wa Ta`ala, Firman Allah Ta`ala:

Mereka menjadikan pendeta-pendeta dan ulama`-ulama` mereka sebagai tuhan selain dari Allah, dan juga (Mereka mempertuhankan) Al-Masih Ibni Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia. Maha suci Allah dari apa Yang mereka sekutukan.

[ At-Taubah:31][92]

BAB PADA MENJELASKAN DARUL HADITH DAMMAJ DAN PUJIAN ULAMA` TERHADAPNYA,DAN TIDAKLAH YANG MEMUSUHINYA MELAINKAN AHLI HAWA`.

Firman Allah Ta`ala:

وَكَذَلِكَ جَعَلْنَا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوًّا شَيَاطِينَ الْإِنْسِ وَالْجِنِّ يُوحِي بَعْضُهُمْ إِلَى بَعْضٍ زُخْرُفَ الْقَوْلِ غُرُورًا وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ مَا فَعَلُوهُ فَذَرْهُمْ وَمَا يَفْتَرُونَ


Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, iaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia). Jika Tuhanmu menghendaki, nescaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan.[93]

[ Al-`An`aam:112]

Ibnu Kathir ketika menafsirkan perkataan

يُوحِي بَعْضُهُمْ إِلَى بَعْضٍ زُخْرُفَ الْقَوْلِ غُرُورًا berkata:

يلقي بعضهم إلى بعض القول المزين المزخرف، وهو المزوق الذي يغتر سامعه من الجهلة بأمره


Mereka (syaitan) melemparkan sebahagian mereka kepada sebahagian lain dengan perkataan yang dihiasi dengan perkataan yang indah, yang menipu pendengarnya lantaran kejahilannya terhadap urusan terbabit.[94]

————————————–

[1] Adhrar Al-Hizbiyyah `Ala Ummah Al-Islamiyyah, ms:4-5

[1] Ibnu Kathir, Tafsir al-Quran al-`Azhim , 3/360



Abu Hatim Ar Razi rahimahullah[95] berkata:

علامة أهل البدع الوقيعة في أهل الأثر

“Alamat ahli bid`ah ’ adalah cercaan mereka terhadap ahli athar.” [96]
Ahmad bin Sinan ibnul Qoththon rahimahullah berkata:
ليس في الدنيا مبتدع إلا وهو يبغض أهل الحديث ، فإذا ابتدع الرجل بدعة نُزعت حلاوة الحديث من قلبه
“Tiada di dunia seorang mubtadi’(pelaku bid`ah)pun kecuali dia itu membenci ahli hadith. Jika seseorang berbuat bid’ah, dicabutlah dari hatinya kemanisan hadith.” [97]

Al-Imam As-Sobuni rahimahullah berkata:

وعلامات البدع على أهلها بادية ظاهرة وأظهر آياتهم وعلاماتهم شدة معاداتهم لحملة أخبار النبي صلى الله عليه وسلم واحتقارهم لهم واستخفافهم بهم.

“Alamat kebid’ahan bagi pelakunya itu menonjol jelas. Dan alamat serta tanda mereka yang paling jelas adalah kerasnya permusuhan mereka terhadap para pembawa hadith Nabi -sallallahu‘alaihiwasallam-, pelecehan mereka terhadap mereka, dan penghinaan mereka terhadap mereka.”[98]

—————————————–

[1] Beliau ialah Muhammad b.Idris b.al-Munzir b.Daud al-Hanzhali. Abu Hatim ( 195H-277H) lahir di ar-Rai merupakan seorang Imam Hafiz di dalam hadith. Rujuk al`Alam liz Zarkali.

[1] Syarh Ushul I’tiqad Ahli As-sunnah wal Jama’ah” 1/169

[1] Syaraf Ahlul Hadith, al-Khatib al-Baghdadi hlm 187, Maktabah Syaamilah

[1] `Aqidah As-Salaf Wa Ashab Al-Hadith hal 116




PENGENALAN RINGKAS DARUL HADITH DAMMAJ

Darul Hadith Dammaj bermula dari dakwah Syaikh Muqbil bin Hadi Al-Wadi`i Rahimahullah setelah beliau pulang dari menuntut ‘ilmu Arab Saudi kurang pada tahun 1400 H, dimulai dengan bangunan masjid terbuat dari tanah yang dibangun oleh kaum kerabatnya, untuk mengajari anak-anak Dammaj Al-Qur`an kemudian datanglah penuntut ilmu dari berbagai penjuru Yaman dan juga dari Mesir, akhirnya masjid yang telah ada diperluas. Kemudian dibangunlah masjid baru yang lebih luas tak seberapa jauh dari masjid asal. Dan pada tahun 1419 H dibangunlah masjid yang jauh lebih besar dan pada tahun 1426 H kembali diperluas sampai seperti yang telah terlihat sekarang[99]

Beliau -Rahimahullah-: Aku tidak pernah bermaksud menjadikan Dammaj sebagai pusat dakwah salafiyah di Yaman, akan tetapi itu semua adalah perkara yang telah Allah kehendaki, bukan dengan sebab banyaknya ilmuku, bukan pula karena kekuatanku, bukan pula karena keberanianku dalam dakwah, dan bukan pula kehebatanku dalam berpidato, dan bukan pula karena kemampananku dalam berda`wah akan tetapi sesuatu yang telah menjadi ketetapan Allah Ta`ala, dan dalam bab Firman Allah Ta`ala:

وَمَا رَمَيْتَ إِذْ رَمَيْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ رَمَى

Dan juga tujuan utamaku berada di Dammaj adalah sebagai tempat persembunyianku, akan tetapi kita menghendaki sesuatu sementara Alloh menghendaki yang lain.[100]

PUJIAN PARA ULAMA` TERHADAP DARUL HADITH DAMMAJ

As-Syaikh Robi` bin Hadi Al-Madkhali Hafizahullah ditanya:Apa pendapat Syaikh tentang pergi untuk menuntut ‘ilmu di Darul Hadith Dammaj Yaman dan perlu diketahui bahwa saya adalah seorang pemula dalam menuntut ilmu?

——————————————————–

[1] Dinukil dari “ Mengenal Dengan Lebih Dekat Darul Hadits Dammaj”ms:17-18 susunan sebahagian pelajar-pelajar Indonesia Darul Hadith Dammaj.

[1] -Sumber dari sebelumnya- Rujuk juga At-Tarjamah, Ghaarat Al-Asyrithah, Al-Bayaan Al-Hasan,Rahalat Da`wah As-Syaikh Muqbil

As-Syaikh Rabi’ menjawab: “Ya, sudah seharusnya bagimu untuk rehlah ke tempat tersebut yang merupakan pusat dari pusat-pusat Islam, salah satu menara dari menara-menara Islam.
Ya, ditempuh perjalanan untuk menuju ke sana dan ditimba ilmu di dalamnya. Dan didapati di dalamnya Insya Allah kebaikan yang banyak, dan didapati (juga) di dalamnya As-Sunnah dan Al-Huda (petunjuk) dan ittiba’ (mengikuti) kepada sunnah Nabi Sallallahu`laihiwasallam. Maka kami, demi Allah, memberikan dorongan dan semangat untuk belajar di tempat tersebut (Dammaj) yang merupakan pusat di antara pusat-pusat sunnah dan dari menara-menara sunnah. Dan di dalamnya didapati orang-orang yang Insya Allah `Azza Wa Jalla dari kalangan ahli Sunnah, ahli Huda dan ‘ilmu. Kita berdoa semoga Allah `Azza Wa Jalla mengukuhkan mereka diatas sunnah dan agar Allah `Azza Wa Jalla memberikan manfaat melalui mereka dan agar menjadikan mereka termasuk dari para pembawa bendera Ahli Sunnah di zaman ini yang penuh dengan bid’ah dan fitnah. Dan kita berlindung kepada Allah `Azza Wa Jalla. Dan Alhamdulillah, barangsiapa yang menginginkan kebaikan dan petunjuk serta jauh dari fitnah maka dia harus bersama markaz-markaz sunnah. Dan Alhamdulillâh markaz-markaz tersebut sangat banyak terdapat di berbagai negeri khususnya tempat ini (Dammaj) yang saya melihat di dalamnya ada tamayyuz (pemisahan ahlul haq dan ahlul batil) yang terang. Alhamdulillâh. Maka beruntunglah orang yang rehlah kesana dalam rangka mencari Al-Huda dari orang atau tempat yang akan memberikannya (kepadanya). Dan sunnah dan kebaikan yang ada di dalamnya. [101]

Berkata As-Syaikh Salim bin `Eid Al-Hilali Hafizahullah ketika kunjungan beliau ke Darul Hadith Dammaj selepas beliau memuji dan memberi nasihat kepada pelajar-pelajar Darul Hadith Dammaj beliau berkata:

“ Demi Allah aku tidak pernah melihat tempat di dunia,sesungguhnya aku melihat bilangan yang lebih besar dari kamu,demi Allah aku telah melihat bilangan bermillion ,aku telah pergi ke india,Pakistan mereka bermilion berhimpun tetapi demi Allah mereka tidak seperti kamu dalam ilmu,dalam tarbiyyah ,dankemurnian Manhaj,kemurnian Dakwah,Demi Allah kami telah pergi ke Indonesia mereka berhimpun dalam satu muhadharah tidak lebih dari 100 ribu orang akan tetapi mereka tidak seperti kamu dalam kemurnian `Akidah, kemurnian Manhaj dan Tamayyuz Salafi…[102]

———————————————————-

[1] Dinukil dari “ Mengenal Dengan Lebih Dekat Darul Hadits Dammaj”ms:80

PUJIAN PARA ULAMA` TERHADAP AS-SHAIKH YAHYA BIN ALI AL-HAJURRI HAFIZAHULLAH.
1.AS-SYAIKH AL-IMAM MUQBIL BIN HADI AL-WADI’I RAHIMAHULLAH :

Beliau (Asy-Syaikh Muqbil Rahimahullah) berkata dalam muqaddimah kitab “Ahkamul Jum’ah” :

فقد اطلعت على كتاب الجمعة للشيخ يحيى بن علي الحجوري، فوجدته كتابًا عظيمًا فيه فوائد تشد لها الرحال، والشيخ يحيى ‑ حفظه الله ‑ في غاية من التحري، والتقى، والزهد والورع وخشية الله وهو قوال بالحق، لا يخاف في الله لومة لائم: وهو ‑ حفظه الله ‑ قام بالنيابة عني في دروس دار الحديث بدماج يلقيها على أحسن ما يرام.. ثم قال: ‑ فجزى الله أخانا الشيخ يحيى خيرًا‑ وهنيئًا له لما حباه الله من الصبر على البحث والتنقيب عن الفوائد الحديثية والفقهية فهو كتاب أحاديث وأحكام.

“Aku telah melihat kitab “Al Jum’ah” karya Syaikh Yahya bin Ali Al Hajuri -hafizahullah- maka aku mendapatinya sebagai suatu kitab yang agung. Di dalamnya ada faedah-faedah yang pantas untuk dicari walaupun dengan perjalanan yang sungguh-sungguh. Dan Syaikh Yahya –hafizahullah- berada pada puncak kehati-hatian dalam memilih, taqwa, zuhud, wara’, dan takut pada Alloh. Dan beliau adalah orang yang sangat berani dalam mengemukakan kebenaran, tidak takut -kerana Allah- celaan orang yang mencela. Dan beliaulah -hafizahullah- yang menjadi penggantiku dalan

——————————————————————–

[1] Dinukil dari rakaman Muhadharah As-Syaikh Salim di Darul Hadith Dammaj pada hari Isnin 22 Jamadil Thani 1430.

penyampaian durus (pelajaran-pelajaran) di Darul Hadith di Dammaj, beliau menyampaikannya dengan cara yang terbaik yang kita inginkan … maka semoga Allah membalas saudara kita Syaikh Yahya dengan kebaikan. Dan selamat baginya atas apa yang dikuruniakan Allah padanya berupa kesabaran dalam bahts (penelusuran suatu masalah), penjelajahan faedah hadith dan fiqh. Kitab ini adalah kitab hadith dan fiqh.” (muqaddimah kitab “Al Jum’ah wa Bida’uha”/Syaikh An Nashihul Amin Yahya bin Ali Al Hajuri hafizahullah-).

Dan beliau -rahimahullah- berkata dalam muqaddimah kitâb “Dhiya’us Salikin”: “Telah dibacakan kepada saya sebagian dari risalah safar yang telah ditulis oleh saudara kita Asy-Syaikh Al-Fadhil Az-Zahid (yang zuhud) Al-Muhaddith (Ahlul Hadith Al-Faqih (Ahlul Fiqh)…… dan Al-Akh Asy-Syaikh Yahya, dia adalah sosok seseorang yang dicintai di kalangan saudaranya ahlus sunnah, karena mereka melihat pada dirinya berupa aqidah yang baik dan kecintaannya kepada as-sunnah dan kebenciannya terhadap bid’ah dan hizbiyyah yang sangat mudah merubah kepribadian seseorang dan dia memberikan manfaat kepada saudaranya dari kalangan kaum muslimîn dengan fatwa-fatwa yang bersandarkan di atas dalil.”

Dan beliau (Asy-Syaikh Muqbil) berkata dalam muqaddimah kitab “Islahul Mujtama’” : “…….dan Al-Akh Asy-Syaikh Yahya bin ‘Ali Al-Hajuri, Alhamdulillâh -berkat keutamaan dari Allah- sungguh telah menjadi rujukan dalam pelajaran dan fatwa-fatwa. Saya memohon kepada Allah agar membalasnya dengan kebaikan dan agar memberikan berkah dalam ‘ilmunya, hartanya dan keluarganya….”

Dan beliau (Asy-Syaikh Muqbil) berkata dalam muqadimah kitab “Ahkamut Tayammum”: “Dan saya telah melihat apa yang ditulis oleh As-Syaikh Al-Fadhil Yahya bin ‘Ali Al-Hajuri dalam permasalahan tayammum, maka saya mendapatinya telah meletakkan di dalamnya faedah-faedah yang pantas bagi seseorang untuk rehlah (menempuh perjalanan) untuk mendapatkan faedah-faedah tersebut, iaitu berupa ucapan beliau tentang hadith, rijal sanad (orang-orang yang meriwayatkan hadith) dan istimbath (pengeluaran/penarikan hukum) dalam permasalahan fiqh, yang hal tersebut menunjukkan dalamnya ‘ilmu beliau di dalam ‘ilmu hadith dan ‘ilmu fiqh. Dan tidaklah berlebihan apabila saya katakan bahwa apa yang dia kerjakan dalam kitab ini lebih dari apa yang dikerjakan oleh Al-Hafiz Ibnu Hajar dalam kitabnya “Fathul Bari” dalam bab ini (tayammum) berupa penjelasan tentang kedudukan hadith dan tentang darjat (tingkatan) hadith. dan bukan maksud saya bahwa Al-Akh Al-Fadhil Yahya ‘ilmunya melebihi Al-Hâfiz (Ibnu Hajar) dalam ‘ilmu hadith, akan tetapi Al-Akh Yahya lebih mutqin tentang apa yang dia tulis di dalam kitab syarah yang barokah ini, maksud saya “Syarah Al Muntaqa” karya Ibnu Al-Jarud, dan barokah dari Allah dan semoga Allah membalas semuanya dengan kebaikan.”

Dan beliau berkata dalam tarjamah(biografi) beliau, tatkala beliau menyebutkan murid-murid beliau, dan di antara mereka adalah “As-Syaikh Yahya bin ‘Ali Al-Hajuri, Abu ‘Abdirrohman termasuk di antara yang hafiz Al-Qur’an dan mustafid dalam berbagai cabang ‘ilmu, dan saya telah mendengar sebagian pelajaran-pelajarannya yang menunjukkan istifadahnya dan dia kuat dalam tauhid.”

Dan beliau berkata dalam muqaddimah kitab “Ash-Shubuhu Asy-Syariq”: “Saya kagum dengan dia, seorang bahits (orang yang mempunyai kemampuan dan kesehariannya membahas pemasalahan dari kitab-kitab para ‘ulama) yang mengumpulkan catatan-catatan faedah, baik dalam fiqh, hadith dan tafsir.” Dan maha benar Allah tatkala berfirman :

“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menjadikan bagi kamu furqan (untuk membezakan antara yang hak dan yang batil)” [103]

Dan Allah juga berfirman :

“Wahai orang orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allôh dan berimanlah kepada Rasûl-Nya, maka Allah akan memberikan kepada kamu dua bagian dari rahmatNya dan menjadikan bagi kalian nur yang kalian berjalan di atasnya.” [104]

—————————————————

[1] Al-Anfal :29.

[1] Al-Hadid: 57



Dan As-Syaikh Yahya, Allah bukakan baginya ilmu karena berpegangteguhnya dia dengan kitab Allah dan sunnah Rasulullah Sallallahu`alaihiwasallam”

Wasiat As-Syaikh Al-Imâm Al-‘Allamah Al-Mujahid Muqbil bin Hadi Al-Wadi’i: “Dan saya wasiatkan kepada mereka (kerabat beliau dari penduduk Dammaj) terhadap As-Syaikh Yahya bin ‘Ali Al-Hajuri untuk berbuat baik dan agar jangan redha dengan diturunkanya beliau dari kerusi karena beliau adalah An-Nashihul Amin (penasehat yang terpercaya)”

Dan berkata Al-Akh ‘Abdullah Al-Mathir :

“Dan sungguh saya pernah bertanya kepada As-Syaikh Muqbil, dan kami demi Allah tidak ada antara saya dengan beliau kecuali Allah `Azza Wa Jalla, dan kami berada di kamar beliau diatas tempat tidur beliau yang beliau tidur di atasnya, kemudian saya katakan kepada beliau: “Wahai Syaikh, kepada siapa ikhwan ahli sunnah di Yaman merujukkan urusan-urusan mereka dan siapakah orang yang paling berilmu di Yaman?” maka As-Syaikh Muqbil terdiam sebentar dan berkata: “As-Syaikh Yahya”

Ini yang saya dengar dari As-Syaikh Muqbil, dan bukanlah maksud di sini bahwa kami menjatuhkan ‘ulama-‘ulama Yaman, karena sesungguhnya kami memuliakan dan mencintai mereka karena Allah `Azza Wa Jalla” [105]
2 AS-SYAIKH ROBI ’ BIN HADI AL-MADKHALI HAFIZAHULLAH:

Berkata Asy-Syaikh Robi‘ bin Hadi yang dinukilkan oleh Asy-Syaikh Abu Hammam Al-Baidhani : “Dan keyakinan yang dengan saya beragama kepada Allah Azza wa jalla adalah bahwasanya As-Syaikh Yahya adalah seorang ahli taqwa dan wara` dan zuhud (dan beliau memuji As-Syaikh Yahya) kemudian beliau mengatakan : “dan beliau telah memegang dakwah salafiyah dengan tangan yang sangat kukuh dan tidaklah pantas untuk memegangnya kecuali dia dan orang-orang semisalnya. sampaikan salamku

——————————————————

[1] Dinukil dari “Asy-Syaikh Yahyâ fi suthûr wa makânitihi ‘inda imâm wâdi’I” hal 4. Dinukil dari “ Mengenal Dengan Lebih Dekat Darul Hadits Dammaj”

kepada Al-Wushobi (Asy-Syaikh Muhammad bin ‘Abdul Wahhab Al-Wushobi) dan Al-Hajurri (Asy-Syaikh Yahya) dan saudara-saudaranya (ahlus sunnah) dan katakan kepada mereka bahawa walau datang kepadaku siapapun dia, saya tidak akan mendengar kalam tentang mereka, (yang) menjelekkan mereka, sampai-sampai kalaupun mereka datang kepadaku dengan kalam sebesar gunung Makkah, maka saya tidak akan membuka telinga saya untuk itu. Bagaimana bisa saya berbicara terhadap orang yang menginjak dunia dengan kaki-kaki mereka sementara manusia berkumpul pada dunia tersebut, bahkan mereka mengusir jam’iyyah hizbiyyah yang memecah belah umat dan mengusir bid’ah dan kemudian saya berbicara (menyudutkan mereka), ini tidak masuk akal.” [106]

Mengkhabarkan kepada kami As-Syaikh Abu Hammam Al-Baidhani, berkata As-Syaikh Al-‘Allamah Robi‘ bin Hadi: “Saya tidak mengetahui satu tempatpun yang cocok untuk ‘ilmu seperti Dammaj, hal itu kerana seorang yang soleh pergi ke Dammaj dan tinggal dalam waktu yang singkat kemudian datang kepada kita dengan ‘ilmu yang banyak.”)

Kemudian As-Syaikh Abu Hammam berkata : “Dan sekarang 17 Sya’ban 1428 H beliau As-Syaikh Robi‘ menulis sebuah kitâb tentang para ‘ulama besar yang telah terdahulu, bagaimana mereka dahulu menjaga sunnah dan beliau memperlihatkannya kepadaku, kemudian berkata : “Ini saya tulis untuk orang-orang semisal penuntut `ilmu di Dammaj, kerana sesungguhnya saya tidak mengetahui ada yang seperti mereka dalam menjaga sunnah.”

Ini beliau (Abu Hammâm) sampaikan lewat tulisan yang dia tulis di tempat pertama dari kitab majmû’ rosâil tulisan Asy-Syaikh Ahmad An-Najmi yang beliau kumpulkan dan bagi-bagikan.

Berkata Al-Akh Samir sebagaimana dalam Risâlah “Ahlu Jaddah” yang disampaikannya kepada As-Syaikh Yahya bin ‘Ali: “Aku berkata kepada As-Syaikh Robi’ bahwa pengikut Abul Hasan Al-Mishri mengatakan bahwa di Yaman tidak ada ‘ulama` maka As-Syaikh Robi’ mengatakan : “As-Syaikh Muhammad siapa dia ??? As-Syaikh Yahya siapa dia ??? dan selain dari keduanya dari saudara-saudara mereka” [107]

Dan As-Syaikh Robi’ -hafizahullah- berkata pada tanggal 11 Syawal 1428 H: “As-Syaikh Yahyâ -hafizahullah ta’ala- akan pantas untuk menjadi imam di alam ini dengan izin Allah ta’ala.” [108]

Dan As-Syaikh Robi’ -hafizahullah- berkata dua bulan kemudian (Zul Hijjah/1428 H): “Semoga Allah membalas dengan kebaikan kepada As-Syaikh Yahya-hafizahullah- yang telah mengusir orang-orang fajir (jahat) itu.” [109]
3 AS-SYAIKH MUHAMMAD BIN ‘ABDUL WAHHAB AL-WUSHOBI AL-‘ABDALI HADAHULLAH:

Berkata As-Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab Al-Wushobi Al-‘Abdali, sebagaimana hal ini dinukilkan oleh Asy-Syaikh Yahya dalam dars beliau, tatkala As-Syaikh Muhammad berkata kepada beliau : “Dakwah salafiyah selalu diincar dan engkau wahai Abu Abdirrahman (As-Syaikh Yahya) adalah orang yang pertama diincar.”

Dan beliau (As-Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab) juga berkata: “….maka semoga Allah membalas As-Syaikh Al-Fadhil, Al-Muhaddith, Al-Faqih pengganti As-Syaikh Muqbil di markaznya dengan kebaikan atas yang dia berikan untuk dakwah.”

Berkata As-Syaikh Muhammad bin ‘Abdul Wahhab: “Demi Allah bahwasanya termasuk anugerah dari Allah kepada diriku adalah AsySyaikh Muqbil tidak mewasiatkan markaz Dammaj kepadaku. Kalau seandainya As-Syaikh Muqbil mewasiatkan itu kepadaku, maka sungguh saya berada di antara dua gunung yang besar, yang salah satu dari kedua wasiat tersebut

———————————————————-

[1] Nukilan dari “Inbâ‘il Fudhola”, Sa’id bin Da`as Al-Yafi’i -hafizahullah- . dinukil dari sumber yang sama-

[1] Berita ini dari Al-Akh Anis Al-Hadhromi dari Abdul Hakim Ar-Roimi dan Abu Hammam Al-Baidhani dari Al-Imam Robi’ bin Hadi Al-Madkhali -hafizahumullah-.-dinukil dari sumber yang sama-

[1] Berita ini dari Al-Akh Anis Al-Hadhromi dari Abdul Hakim Ar-Roimi dan Abu Hammam Al-Baidhani dari Al-Imam Robi’ bin Hadi Al-Madkhali –hafizahumullah. Dan juga dari As-Syaikh Yahya -hafizahullah- saat menjawab soal dari ahli Baidho’ sempat menukilkan perkataan As-Syaikh Robi’ -hafizahullah-di atas) -dinukil dari sumber yang sama-

adalah wasiat As-Syaikh Muqbil dan yang kedua bahwasanya diriku tidak pantas untuk menempati tempat ini (Dammaj) dan sesungguhnya (Dammaj) tidak pantas kecuali untuk As-Syaikh Yahya bin ‘Ali Al-Hajuri, beliau adalah orang yang ahli dan pantas untuk mendudukinya.” [110]
4 AS-SYAIKH MUHAMMAD AL-IMAM HAFIZAHULLAH:

As-Syaikh Muhammad Al-Imam berkata : “Tidak seorangpun yang mencela As-Syaikh Al-‘Allamah Yahya bin ‘Ali Al-Hajuri kecuali dia seorang yang jahil atau pengikut hawa nafsu.” [111]

As-Syaikh Muhammad Al-Imam berkata : “Tidaklah pantas untuk melakukan Jarh wa Ta’dil di zaman ini kecuali As-Syaikh Robi’ dan As-Syaikh Yahya” [112]

‘Abdullah Ad-Dhuba’i-hafizahullah- pernah mendengar As-Syaikh Muhammad Al-Imam berbicara tentang keluar untuk da’wah. Maka salah seorang hadirin berkata, “Wahai Syaikh, Syaikh Yahya tidak keluar dakwah?” Maka Syaikh Muhammad Al-Imâm berkata: “Tunggu dulu, Al-Hajuri Imam.” [113]
5 AS-SYAIKH ‘ABDUL ‘AZIZI AL-BURO’I HAFIZAHULLAH :

Berkata As-Syaikh ‘Abdul ‘Aziz Al-Buro’i : “Dan As-Syaikh Yahya adalah salah seorang singa (pahlawan) dari singa-singa sunnah, mahkota di atas kepala ahlus sunnah.” [114]

Berkata As-Syaikh ‘Abdul ‘Aziz Al-Buro’ia : “Dan kami menganggap bahawa barangsiapa yang berbicara terhadap As-Syaikh Yahya, maka dia telah berbicara terhadap kami (Para ‘ulama Yaman) Dan barangsiapa yang berbicara terhadap Dammaj, maka dia telah berbicara terhadap kami semua.”[115]

——————————————————————

[1] sebagaimana dinukilkan dari www.aloloom.net

[1] Dinukil dari risâlah, “madzâ yanqimûna yahyâ” hal. 6

[1] Dinukil dari “asy-syaikh yahyâ fi suthur wa makânitihi ‘inda imam wadi’î” hal 5.

[1] Dinukil dar “ Mengenal Dengan Lebih Dekat Darul Hadits Dammaj”

[1] Dinukil dari kaset “jilsah ashabul qushoi’ar” dan kasetnya di tasjilat Darul Athar Dammaj Yaman.

[1] Dinukil dari kaset “jilsah ashabul qushoi’ar” dan kasetnya DI tasjilat Darul Athar Dammaj Yaman.

Dan beliau (Asy-Syaikh ‘Abdul ‘Aziz Al-Buro’i) berkata : “As-Syaikh Yahya adalah petanda atau tahi lalat di wajah ahlussunnah dan mahkota di atas kepala mereka.” [116]
6 ASY-SYAIKH AHMAD BIN YAHYA AN-NAJMI RAHIMAHULLAH :

As-Syaikh Ahmad An-Najmi ditanya: “Apa pendapat As-Syaikh tentang orang yang berbicara terhadap para masyayikh (para ‘ulama) berikut ini: As-Syaikh Robi’ bin Hadi Al-Madkholi, As-Syaikh Muhammad bin ‘Abdul Wahhab, As-Syaikh Yahya bin ‘Ali Al-Hajuri?” Beliau menjawab: “Barangsiapa yang berbicara terhadap ahli sunnah dan para pembawa manhaj salafi, maka hal itu adalah dalil/bukti yang menunjukkan bahwa dia adalah seorang ahli bid’ah. Dan para ‘ulama` tersebut, kita meyakini bahwa mereka adalah ahli sunnah dan bermanhaj salafi, dan tidaklah kita mentazkiyah mereka atas Allah `Azza Wa Jalla, bahkan kita meminta kepada Allah kekukuhan dan pemantapan bagi semua untuk setiap kebaikan. Dan kita berdoa kepada Allah yang Maha Agung untuk menjaga mereka dari setiap kejelekan dan dari hal hal yang dibenci.”[117]
7 AS-SYAIKH JAMIL ASH-SHILWI -HAFIZAHULLAH-:

Ketilka mengajar di dars umum beliau berkata: “Orang yang mencela As-Syaikh Yahya dia itulah yang pantas dicela. Hal itu kerana As-Syaikh Yahya itu berbicara karena Allah dan agama Allah. Sementara salah seorang dari kita terkadang tidak berani untuk berbicara tentang sebahagian perkara. Dan beliau itu telah Allah persiapkan untuk mengurusi perkara ini, mengajar, menulis dan menyelesaikan masalah-masalah ummat yang sangat banyak. ” [118]

Sekelompok Ulama Yaman menyatakan: ” ….Dan perkataan As-Syaikh Yahya (dalam fitnah ini) bukanlah merupakan pemicu untuk terjadinya

——————————————————–

[1] Dinukil dari “Madza Yanqimûna Min Yahyâ karya Adnan Adz-Dzammari”, hal. 6, dan “Jalsah Ahli Qushôi’ar Ma‘asy Syaikh ‘Abdul ‘Azîz Al-Burô‘î ”, dan “Muammarotul Kubrô”, Abdul Ghani Al-Qo’syâmî, hal. 24

[1] sebagaimana dalam kitâb “Al-fatawâ Al jaliyah anil manâhij ad da’awiyah.”

[1] Juga tercantum dalam “Muammarotul Kubro“ karya Abdul Ghani Al-Qo’syami,hal. 24.

perpecahan di tengah-tengah dakwah Salafiyah,…….Kami mensyukuri (berterima kasih) atas apa-apa yang telah dilakukan oleh Asy-Syaikh Yahya, berupa khidmat, dan pembelaan beliau terhadap dakwah Salafiyah. Karena beliau (As-Syaikh Yahya) tidaklah berbicara karena adanya rasa hasad dan tidak pula karena rasa dendam dan tidak pula karena ingin menjatuhkan seseorang dari kalangan Ahli Sunnah. Akan tetapi yang mendorong beliau untuk berbicara adalah rasa cemburu terhadap Sunnah dan Ahli Sunnah. (Dan pernyataan ini mereka nyatakan di awal-awal fitnah ‘Abdul Rahman yaitu ketika mereka (para ‘ulama Yaman) mengadakan pertemuan di Ma’bar)[119]
8 ASY-SYAIKH ABU ABDUL SALAM HASAN BIN QASIM AR- ROIMI -hafizahullah-

(salah seorang murid Imam Al-Albani -rohimahullah-, penulis kitab “Irsyadul Bariyah” dan lainnya) ketika berbicara tentang makar Ibnai Mar’i dan pengikutnya terhadap Syaikh Yahya -hafizahullah-, beliau berkata: “.. maka mereka menggunakan seluruh yang mereka miliki yang berupa perlengkapan, kekuatan, pengkaburan, penipuan dan, pemutarbalikan fakta. Mereka dengan itu semua menginginkan untuk menjatuhkan “Al-Jabalul Asyam” (gunung yang menjadi simbol) tersebut, dan baju besi yang aman -dengan seizin Allah- bagi dakwah ini yang ada di Dammaj Al-Khoir, beliau dan para masyayikh utama yang bersamanya.” [120]

9 AS-SYAIKH ABU USAMAH SALIM BIN `EID AL-HILALI –HAFIZAHULLAH-

Beliau(salah seorang anak murid utama Al-Imam Al-Albani)berkata ketika kunjungan beliau ke Yaman dan Darul Hadith Dammaj selepas memuji Darul Hadith Dammaj:

“Aku mendapati dengan benar,kesan markaz ini di dunia, aku mendapati Kemsayhuran Salafiyah yang baik pada zaman

————————————————————————-

[1] Lihat “Mukhtashorul Bayan”

[1] Lihat “Al-Haqô’iq Waqi’iyyah” hal. 20 karya beliau -hafizahullah- .



Syaikh kami dan saudara kami yang besar As-Syaikh Muqbil Rahmatullah `alaihi dan begitu juga berterusan dengan kelebihan dari Allah Tabaraka wa Ta`ala pada zaman saudaraku Yahya, moga Allah menghidupkan dengannya Sunnah Rasulullah Sallallahu`alaihiwasallam…”[121]


KAEDAH DALAM JARH DAN TA`DIL PERMASALAHAN `ABDUL RAHMAN MAR`I DAN HIZBINYA.

Berikut kami nukilkan kaedah emas daripada Ulama` Hadith yang boleh dijadikan panduan dalam masalah Jarh(celaan) dan Ta`dil (pujian)terhadap `Abdul Rahman Mar`i dan Hizbinya.

Berkata Ibn Solah Rahimahullah: Jika berkumpulnya pada seseorang individu Jarh (celaan) dan Ta`dil (pujian) maka Jarh(celaan) di dahulukan kerana Al-Mu`addil (orang yang memujinya)memberitahukan tetang apa yang zahir daripada perihalnya,sedangkan al-Jaarih (orang yang mencelanya) memberitahukan tentang batin yang tersembunyi daripada orang yang dipuji tersebut,maka jika bilangan mereka yang memujinya lebih banyak maka dikatakan: At-Ta`dil (pujian) lebih didahulukan,dan yang Shahih iaitulah pandangan jumhur bahawasanya Al-Jarh (celaan) lebih didahulukan dengan apa yang telah kami sebutkan,wallahu`alam.[122]

Berkata Al-Khatib Al-Baghdadi Rahimahullah:

“ Telah bersepakat Para Ahli Ilmu bahawasanya sesiapa yang jarhnya (celaannya) seorang atau dua orang dan yang memujinya seperti bilangan yang menjarh (mencelanya) maka sesungguhnya Al-Jarh lebih didahulukan.”[123]

Berkata Al-`Allamah As-Syaikh Uthaimin Rahimahullah:

Maka apa yang penting,bahawasanya jika berselisihnya para Huffaz Hadith dalam Ta`dil (memuji) seseorang lelaki atau dalam tajrih (mencela)nya maka salah seorang daripada keduanya lebih dekat dalam pengetahuannya terhadap yang disifatkan daripada yang lainnya,maka kita mengambil

—————————————————————————–

[1] Dinukil dari rakaman Ucapan alu-aluan Syaikh Salim di Darul Hadith Dammaj,pada 22 Jamadil Thani 1430H, Tasjiilat Darul Athar,Darul Hadith Dammaj.

[1] Muqaddimah Ibn Solah:87

[1] Al-Kifayah:105



perkataan siapa yang lebih dekat dengannya,dan yang lebih mengetahui tentang perihalnya daripada yang selainnya.[124]

Berkata Abu Ayyub: Sudah dimaklumi walaupun `Abdul Rahman Mar`i dipuji oleh beratus-ratus Masyaikh pun,tetapi Jarh (celaan) yang datang dari Syaikh Yahya dikira sebagai Jarh Al-Mufassar (celaan yang disertai penjelasan) ini dukuatkan lagi dengan bukti-bukti yang ditunjukkan oleh Syaikh Yahya dan para Masyaikh Dammaj dalam kitab “ Mukhtasor Bayan”dan juga malzamah-malzamah dari masyaikh Dammaj,dan juga para penuntut `ilmu yang menyaksikan sendiri makar `Abdul Rahman Al-Mar`i.

Berdasarkan kaedah ini maka pujian masyaikh-masyaikh lain terhadap `Abdul Rahman Mar`i adalah tertolak kerana mereka para Masyaikh (baik dari Su`udi atau Yaman) tidak menyaksikan sendiri makar yang dibuat Abdul Rahman Mar`i di Dammaj,dan beliau pun tidak pernah membantah tuduhan ke atas beliau dengan dalil dan bukti,beliau hanya keluar dari Dammaj dan meminta belas ehsan dan mengadu domba kepada Masyaikh Sa`udi sedangkan Syaikh Yahya dan masyaikh Dammaj dan para pelajarnya membawakan bukti dan penjelasan yang kukuh akan kehizbiyahhannya dan beliau kekal dalam keadaan yang majruh(tercela)..Wallahu`alam…


NASIHAT BUAT IKHWAH SALAFIYYIN DI MALAYSIA

Nasihatku agar mereka bertaqwa kepada Allah,dan sentiasa melazimi majlis `ilmu dan menjauhi bid`ah dan ahlinya, serta mereka yang membelanya, dan mengambil khabar dari mereka yang terpercaya(lebih-lebih lagi tentang permasalahan fitnah ini) dan jauhilah mengambil maklumat dari mereka yang majhul (tidak diketahui)[125] dan juga laman web atau blog yang majhul[126],

———————————————————————-

[1] Syarh Al-Manzumah Al-Bayquniyyah:25

[1] Antara mereka yang majhul ialah Muhammad Islam, beliau tidak dikenali halnya,apakah dia hanya mengambi ilmu dari internet dan laman-laman web fitnah lalu menyebarkan fitnah kepada ikhwah-ikhwah,sedangkan beliau tidak faham keadaan yang sebenar berlaku di Dammaj, dan beliau juga hanya bertaqlid buta dalam masalah ini.



dan juga menjauhi muhadharah mereka yang sudah diketahui .Antara Nasihatku juga:

1) Bagi mereka yang tertipu dengan dakwaan Muwazanah [127](kae`dah bid`ah yang mendakwa ahli bid`ah tidak saja disebut keburukan mereka malah disebut juga kebaikan mereka) agar merujuk kepada buku Syaikh Robi`bin Hadi Al-Madkhali Hafizahullah yang berjudul “Manhaj Ahli Sunnah Wal Jama`ah Fi Naqd Ar-Rijal Wal Kutub wa Thawaif” yang menjawab seputar fitnah Muwazanah, juga fatwa Al-Imam Al-Albani Rahimahullah tentang muwazanah.

2) Bagi saudara-saudaraku di Universiti Malaya,aku mensihatkan agar mereka merujuk kepada dalil-dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah serta fatwa para ulama` Salaf tentang hukum dirasah Ikhtilath(pembelajaran bercampur antara lelaki dan perempuan)dan mereka dengan penuh rasa percaya kepada Allah berhenti daripada maksiat tersebut dan kembali kepada thariqah Salaf, iaitulah belajar di Masjid ataupun di rumah-rumah dengan memberi tumpuan kepada hafalan Al-Quran, tafsirannya, dan juga hadith serta syarahnya, dan pelajaran-pelajaran bahasa arab,`akidah dan sebagainya.

3) Bagi mereka yang mempunyai yayasan atau organisasi yang meletakkan peraturan-peraturan atau syarat-syarat ,pendaftaran-pendaftaran bid`ah maka hendaklah mereka berhenti dan bertaubat daripada perkara tersebut kerana da`wah tidak memerlukan kepada hukum atau undang-undang kafir.Dan juga da`wah merupakan termasuk urusan tauqifi(yang harus mengikuti dalil) Firman Allah Ta`ala:

قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ

Katakanlah: “Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik

[Yusuf :108]

4) Sampai berita kepada kami bahawa akan diadakan muhadharah Ustaz Zul Akmal, maka menurut saudara kami yang mulia Abu Turob, Zakwan dan saudara-saudara yang lain dia itu mempunyai Jam`iyyah (yayasan) dan juga termasuk Da`i yang tasawwul (meminta-minta atas nama dakwah atau semisalnya) maka aku menasihatkan agar tidak menghadiri Muhadhrah beliau.

5) Bersabarlah terhadap apa yang telah ditetapkan oleh Allah Ta`ala berupa kekurangan harta,bilangan anak-anak murid,dan ujian berupa fitnah dunia.Jangan tergesa-gesa ingin melihat hasil dengan cepat (sehingga mengorbankan prinsip dan manhaj) Semoga Allah menyelamatkan kita dari sebarang keburukan dan fitnah.

Firman Allah Ta`ala:

وَاصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ وَلَا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ تُرِيدُ زِينَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَلَا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُ عَنْ ذِكْرِنَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ وَكَانَ أَمْرُهُ فُرُطًا

—————————————————————-

[1] Antara blog atau laman web yang majhul pengendalinya ialah blog “ Dammaj habibah”yang penuh penipuan dan kedustaan, ternyata apabila ditanya saudara-saudaraku dari Indonesia tentang pengendali blog tersebut ternyata mereka tidak mengenalinya, pengendali blog tersebut menulis makalah-makalah yang penuh jelek dengan menghina Syaikh Yahya dengan pelbagai tuduhan dusta, sedangkan kedudukan si penulis tersebut adalah majhul `ain dan majhul hal, tidak tahu siapa dia, dan apakah dia seorang sufi, ikhwani, atau ….wajib bagi para Salafiyyin menjauhi laman web fitnah dan blog sebegitu..

Dan Bersabarlah serta (Jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat) Dengan orang-orang Yang beribadah kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, Yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah Engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana Engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah Engkau mematuhi orang Yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di Dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.

[ Al-Kahfi:28]

PENUTUP

Penulis memohon kepada Allah Ta`ala agar tulisan ini dapat memberi manfaat kepada para mereka yang mencintai kebenaran dan kepada saudara-saudaraku Salafiyyin,semoga Allah memberi petunjuk kepada kita semua agar tetap di atas Jalan Lurus.



اللَّهُمَّ رَبَّ جَبْرَائِيلَ وَمِيكَائِيلَ وَإِسْرَافِيلَ فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ أَنْتَ تَحْكُمُ بَيْنَ عِبَادِكَ فِيمَا كَانُوا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ اهْدِنِي لِمَا اخْتُلِفَ فِيهِ مِنْ الْحَقِّ بِإِذْنِكَ إِنَّكَ تَهْدِي مَنْ تَشَاءُ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ

Ya Allah Rabb Jibra`il,dan Mikail Israfil, Pencipta langit dan Bumi Yang Mengetahui alam ghaib dan alam syahadah,Engkau yang menghukumi di antara hambaMu dalam apa yang mereka perselisihkan,tunjukkilah aku terhadap apa yang diperselisihkan padanya daripada Al-Hak(kebenaran) dengan izinMu,sesungguhnya Engkaulah yang memberi petunjuk kepada sesiapa yang Engkau kehendaki kepada Jalan Yang Lurus.[128]

BANTAHAN SINGKAT TERHADAP MUHAMMAD ISLAM.

————————————————-

[1] HR Muslim no:1289

بسم الله الرحمن الرحيم

Telah sampai kepada penulis e-mail tentang syubhat yang telah dilemparkan kepada ikhwah-ikhwah Salafiyyin di Malaysia khususnya apabila beliau mentahzir mereka yang membela Dammaj dan Syaikh Yahya Hafizahullah antaranya Saudara Da`i Ila Allah Ustaz Ahmad Banaja dan Ustaz Zulhizam Hafizahumallah.

Memandangkan penulis kesempitan masa dan akibat sibuk dengan hafalan dan Dars di sini,insyaAllah penulis akan menjawab beberapa point yang dilihat penting untuk dijawab,adapun bantahan umum yang dibuat oleh Ustaz Zulhizam Hafizahullah sudah cukup untuk para Ikhwah agar tidak mempedulikan apa yang dituduh oleh Muhammad Islam si Jahil ini.

Beliau Muhammad Islam berkata:

1) YOUR STILL ATTACKING THE SHAYKH MAREE BROTHERS

Berkata Abu Ayyub: Ya,kerana ini merupakan tanggungjawab da`wah bahkan merupakan kewajiban bagi seseorang ulama` ataupun tholibul `Ilm (penuntut `ilmu) menyampaikan apa yang diketahuinya, tambahan lagi apabila ianya melibatkan masalah Da`wah dan Manhaj. Serangan dari Masyaikh Dammaj dan para penuntut `ilmu di sana terhadap dua anak Mar`i ini berdasarkan `ilmu. (sila rujuk Mukhtasor Bayan) sedangkan Muhammad Islam dan yang seangkatan dengannya hanya mengikuti persangkaan, Firman Allah Ta`ala:

4 $tB Mçlm; ¾ÏmÎ/ ô`ÏB AOù=Ïæ žwÎ) tí$t7Ïo?$# Çd`©à9$#


Sebenarnya mereka berada tiada sesuatu Ilmu ( pengetahuan) pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata;

[An-Nisa`:157]

Begitulah mereka yang tidak mempunyai dalil dan bukti,akhirnya mereka hanya menjerit: “Bersama kami para ulama`,bersama kami para Masyaikh,bersama kami Kibar Ulama`, Fulan,`Alan” sebagaimana yang didakwa sendiri oleh Muhammad Islam di dalam risalahnya itu.

Jika beliau (Muhammad Islam) mendakwa: brothers we are not shia ithna ashaariyyah ( the twelvers) who believe that our ulama are masoom

Sebenarnya apa yang dikatakannya itu sudah terkena pada batang hidungnya sendiri. Ya Syi`ah sajalah yang menganggap para ulama` adalah maksum sedangkan Ahlu Sunnah tidak berkeyakinan begitu.Beliau mendakwa bersama kami adalah ulama`..

Persoalan untuk para ikhwah: Adakah kebenaran itu ada pada ulama`?

Atau kebenaran ada pada dalil dan bukti?

Siapa sekarang yang menganggap ulama` adalah maksum? Muhammad Islam telah mengajak para Salafiyyin bertaqlid kepada Ulama`….

Beliau (Muhammad Islam) mendakwa mereka yang membela Syaikh Yahya adalah ghuluw sedangkan mereka yang membela Syaikh Yahya bukanlah semata-mata kerana dia adalah Syaikh Yahya, tetapi kerana al-Hak (dalam masalah fitnah `Abd Rahman Mar`i) ini bersama beliau.

Setakat pengetahuan kami di sini, sudah hampir berpuluh-puluh malzamah dan rudud (bantahan) terhadap `Abdul Rahman Mar`i,sedangkan kami tidak pernah mendengar bantahan ilmiyyah dari Abdul Rahman Mar`i sendiri dan Hizbinya.Hakikatnya mereka yang membela Abdul Rahman Mar`i dan Hizbinya adalah mereka yang ghuluw dan taksub, mereka (pengikut-pengikut `Abdul Rahman Mar`i) terus menerus mentohmah dan mencerca Syaikh Yahya dengan melampau dan penuh kedustaan. Jika benar Al-Hak bersama Abdul Rahman Mar`i dimana bukti dan penjelasan dari beliau??

Sabda Nabi Sallallahu`alaihiwasallam:

لو يعطى الناس بدعواهم لادعى رجال أموال قوم ودماءهم لكن البينة على المدعى واليمين على من أنكر

Kalaulah diberikan (dibiarkan) kepada manusia dengan dakwaan mereka nescaya pasti mendakwa seseorang harta kaum dan darah mereka, tetapi Al-Baiyyinah (bukti dan penjelasan) ke atas orang yang mendakwa, dan al-Yamin (sumpah) ke atas orang yang mengingkari.

[Hadith Riwayat Al-Baihaqi dari Ibn `Abbas Radiallahu`anhuma,dan asal dan sebagahagiannya daripada As-Shahihain]

Hadith ini menjadi usul dalam membuat sesuatu tuduhan,sudah diketahui tuduhan Syaikh Yahya tentang kehizbiyyahan `Abdul Rahman Mar`i disertai dengan penjelasan dan bukti yang konkrit buktinya ialah kitab “Muktasor Bayan” yang disertai dengan bukti dan persaksian dari mereka yang menghadapi sendiri makar `Abdul Rahman Mar`i dan hizbinya terhadap Darul Hadith dan Syaikh Yahya.

Memandangkan penulis kesempitan masa, maka penulis menyarankan para Ikhwah merujuk kepada tulisan Al-Akh Abu ‘Amr Yaslam bin Soleh Al-Yafi’i seputar syubhat-syubhat Hizbiyyin yang berjudul “Kasyfu Syubhaat Hizbiyyah Ibnai Mar’i Al Jadidah” juga sudah diterjemahkan oleh Al-Akh Irham dan juga Abu Ja’afar ke dalam bahasa Indonesia,yang menjawab 31 syubhat seputar masalah ini. Dan penulis katakan kesemua syubhat yang datang dari para Hizbiyyin atau orang semisal Muhammad Islam yang jahil ini tidak akan lari dari 31 syubhat yang telah dibantah oleh penulis risalah tersebut.

Bagi dakwaan bahawa Syaikh Yahya dan thullab Darul Hadith Dammaj dan kalam mereka terhadap Jami’ah Islamiyyah Madinah maka hakikatnya memang sudah terbukti beberapa tahun sebelum ini Syaikh Yahya menjelaskan bahawa Jami’ah Islamiyyah sudah dikuasai oleh para Hizbiyyun dan hal ini terbukti kebenarannya apabila orang kuat Jami’ah Islamiyyah sendiri iaitu Al ‘Allamah As-Syaikh Al-Muhaddith ‘Abdul Muhsin ‘Abbad Hafizahullah menulis satu risalah yang seakan-akan membenarkan apa yang di dakwa oleh As-Syaikh Yahya. Silalah merujuk[129] sendiri tulisan As-Syaikh ‘Abbad yang intinya antara lain menunjukkan beberapa perubahan,kelesuan dan mukhalafah yang telah berlaku di Jami’ah Islamiyyah yang sudah tidak seperti zaman Al-Imam Ibn Baz rahimahullah.

Berkata si jahil Muhammad Islam:

1) has al-oloom remained quiet ????

2) has shaykh yahya remained quiet ???????????

3) has ustaz hazm and ustaz zulhizam remained quiet ????????????????
Berkata Abu Ayyub: Bagaimana kami akan diam sedangkan Allah berfirman:

إِنَّ الَّذِينَ يَكْتُمُونَ مَا أَنْزَلْنَا مِنَ الْبَيِّنَاتِ وَالْهُدَى مِنْ بَعْدِ مَا بَيَّنَّاهُ لِلنَّاسِ فِي الْكِتَابِ أُولَئِكَ يَلْعَنُهُمُ اللَّهُ وَيَلْعَنُهُمُ اللَّاعِنُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang Menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam Al Kitab, mereka itu dila’nati Allah dan dila’nati (pula) oleh semua (mahluk) yang dapat mela’nati,

[ Al-Baqarah:159]

Inilah yang telah diperintahkan oleh Allah Ta’ala kepada mereka yang mengetahui ilmu dan penjelasan agar menyampaikannnya kepada manusia dan ancaman bagi mereka yang menyembunyikan kebenaran bahawa mereka akan dilaknati oleh Allah dan kesemua makhluk yang melaknati.

———————————————————-

[1] Sila merujuknya d Sahab.net atau di al-oloom,dan risalah tersebut sudah diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia.

Selesai ditulis pada 15 Sya’ban 1431H

Darul Hadith Dammaj-Harosahallah-


RUJUKAN:

1) Al-Quran Al-Karim

2) Tafsir Al-Quran Al-`Azhim, Al-Hafiz Ibn Kathir, Tahqiq Dr Sayyid Muhammad As-Sayyid dan sekumpulan ulama`. Darul Hadith Kaherah. Cetakan 1426H/ 2005M

3) Tafsir Al-Baghawi, Ma`alim At-Tanzil,Al-Imam Al-Baghawi, Darul Kutub Al-`Ilmiyyah, Beirut Lubnan, cetakan pertama 1424 H/2004M

4)Syarh Usul Tafsir, As-Syaikh Muhammad bin Shalih Al`Uthaimin, Al-Maktabah Islamiyyah, Cetakan pertama 1426H/2006M.

5) Shahih Al-Bukhari, Al-Imam Muhammad Bin Isma`il Al-Bukhari, Muassasah Ar-Risalah, cetakan pertama 1429H/2008M

6) Fathul Bari Syarh Shahih Al-Bukhari,Al-Hafiz Ibn Hajar Al-`Asqalani, Darul Kutub Al-`Ilmiyyah, Beirut Lubnan, cetakan tahun 2009M.

7) Shahih Muslim, Al-Imam Muslim bin Hajjaj, Muassasah Ar-Risalah, cetakan pertama 1430H/2009M.

8) Al-Minhaj Syarh Shahih Muslim bin Al-Hajjaj, Al-Imam Nawawi, Darul Ma`rifah, Beirut Lubnan, cetakan ketujuh 1430H/2009M.

9)As-Shahih Al-Musnad Mimma Laisa Fi As-Shahihain, As-Syaikh Muqbil bin Hadi Al-Wadi`i, Darul Athar, San`aa, cetakan keempat 1428H/2007M

10)Riyadhussolihin Min Hadith Al-Mursalin, Al-Imam An-Nawawi, Darul Ibn Jauzi,

11)Syarh `Aqidah At-Thohawiyah, Ibn Abil `Izz Al-Hanafi, Tahqiq As-Syaikh Muhammad Naasiruddin Al-Albani dan sekumpulan ulama`, Al-Maktab Al-Islami, cetakan ketujuh, 1408H/1988M.

12) Syarh Aqidah Al-Waasithiyyah, Muhammad Khalil Harras, Maktabah San`aa Al-Athariyyah, cetakan pertama,1426H/2005M.

13) `Aqidah As-Salaf Wa Ashab Al-Hadith, Al-Imam Abu Uthman Isma`il bin `Abdul Rahman As-Sobuni. Maktabah Al-Hadyi Al-Muhammadi, cetakan pertama 1428H/2008M.

14) Syar`iyyah An-Nush Wa Zajr Wa Tahdzir min Du`at Al-Jahl,wa Tahazzub wa Talbis wa Taghrir, As-Syaikh Yahya bin `Ali Al-Hajurri, Darul Kitab Wa As-Sunnah, cetakan pertama, 2008M

15) Adhrar Al-Hizbiyyah `Ala Ummah Al-Islamiyyah, As-Syaikh Yahya bin `Ali Al-Hajurri, Al-Maktabah Al-Athariah, cetakan pertama, tanpa tahun.

16) Al-Majruhun `Inda Al-Imam Wadi`i rahimahullah,Abu Usamah `Adil bin Muhammad As-Siyaaghi, Darul Kitab Wa As-Sunnah, cetakan pertama 2008M.

17) Riyadhul Jannah Fi Radd `Ala `Aadaais-Sunnah, As-Syaikh Muqbil bin Hadi Al-Wadi`i,cetakan pertama, tanpa penerbit

18) Gharatul Asyrithah, As-Syaikh Muqbil bin Hadi Al-Wadi`i,Darul Haramain, Kaherah, cetakan pertama 1419H/1998M

19) Tuhfatul Mujib `Ala As-ilah Al-Hadhir wa Al-Ghariib, As-Syaikh Muqbil bin Hadi Al-Wadi`i,Darul Athar San`aa, cetakan pertama 1421H/2000M

20) Al-Jamaat Al-Islamiyyah Fi Dhau`Al-Kitab Wa As-Sunnah Bi Fahmi Salaf Al-Ummah,As-Syaikh Salim bin `Eid Al-Hilali, Darul Imam Ahmad Darul Athariah 1425H/2004M

21) Ahkam Al-Jum`ah Wa Bida`uha, As-Syaikh Yahya bin `Ali Al-Hajurri,Darul Imam Ahmad, cetakan pertama 1427H/2006M

22) Manhaj Ahli Sunnah Wal Jama`ah Fi Naqd Ar-Rijal wal Kutub wa At-Thawaif,As-Syaikh Rabi` bin Haadi Al-Madkhali, Darul Manar,cetakan kedua 1413H/1993M.

23) Maktabah Syaamilah.

[1] HR Bukhari no:12,Tirmidzi no:2439, Ad-Daarimi no:2740,An-Nasaie no:4930,Ibn Hibban no:234,235

[2] HR Bukhari no:55,Muslim no:83,Tirmidzi no:1848,Abu Daud no:4294.

[3] HR Muslim no:82

[4] Perhatikan perkataan beliau ini: Hal ini akhir-akhir ini sudah muncul mereka para da`i yang berbajukan Salafi tetapi membawa da`wah bermetodkan metod ikhwan muslimin, atau mereka yang menggunakan Jam`iyyah (yayasan) dengan tasawwul( meminta-minta) wang atau dana kononnya atas nama da`wah, maka penulis menasihatkan agar para pembaca merujuk tulisan saudara kami yang mulia al-Akh Abul Husain Al-Jawi iaitulah: “ Al-Jam`iyyah Al-Harakah Bila Barakah” dan sudah diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia , dan risalah ini sudah cukup untuk membantah mereka yang menjadikan agama sebagai alat untuk mengumpul wang dan harta. sila rujuk laman web: aloloom.net

[5] Jami`ul `Ulum Wal Hikam :153-155

[6] HR Ahmad no: ,berkata Al-Imam Al-Wadi`i Rahimahullah: hadith ini hasan.Rujuk As-Shahih Al-Musnad Mimma Laisa Fi As-Shahihain 1/23, dishahihkan oleh Al-Imam Al-Albani dalam Silsilah As-Shahihah no:2166

[7] HR Bukhari no:3606,7084, Muslim no:1847.

[8] Kelompok Ikhwan Muslimin, hizbiyyah dan pengikut-pengikut mereka lebih mengutamakan Tafsir bi ra`yi (tafsir menggunakan akal) berbanding Tafsir bil Ma`thur, hal ini jelas dapat dilihat di dalam sukatan-sukatan tanzim mereka. Mereka lebih mendahulukan kitab-kitab tafsir tokoh-tokoh mereka, seperti Tafsir Fi Zilal Al-Quran, oleh Sayyid Qutb. Berkata Al-Imam Muqbil Al-Wadi`I Rahimahullah:

Sesungguhnya kami telah mendengar sebahagian orang yang mendahulukan Tafsirnya di atas Tafsir Ibn Kathir, celakalah mereka yang berpendapat dengannya!!, bagaimana boleh mereka mendahulukannya di atas Ibn Kathir yang menafsirkan Al-Quran dengan al-Quran, dan dengan As-Sunnah?!

[ Al-Majruhun `inda Al-Imam Al-Wadi`i m/s:42]

[9] HR Tirmidzi 3/65,Musnad Ahmad 1/269,Musnad Abu Ya`la,Ibn Jarir di dalam Tafsir at-Thobari, Hadith Ini dihukum oleh Imam Tirmidzi bertaraf hasan tetapi didha`ifkan oleh al-Albani kerana di dalam sanadnya terdapat ابن عامر الثعلبي عبد الأعلى Abdul`ala Ibn `Amir al-Tsa`labi. kata az-Zahabi di dalam ad-Dhu`afa` : Imam Ahmad dan Abu Zur`ah mendha`ifkannya, begitu juga disebut oleh al-Hafiz Ibnu Hajar di dalam Taqrib at-Tahzib, sila rujuk Silsilah ad-Dha`ifah 4/282.Wallahu`alam,dan hadith ini dha`if akan tetapi maknanya shahih,dan maknanya dikuatkan oleh Firman Allah Ta`ala:

وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا

Dan janganlah Engkau mengikut apa Yang Engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa Yang dilakukannya.

[ Al-Isra`: 36]

[10] Muhammad Ibn Shaleh al-`Utsaimin, Syarh Ushul fi Tafsir wayalih Syarh Muqaddimah al-Tafsir, Ta`liq Muhammad Ibn `Abdillah al-Misri,ms 19, Maktabah al-Islamiyyah cet pertama, 1426H

[11] Sila rujuk Tafsir al-Quran al-`Azhim, Ibn Kathir

[12] Seperti kelompok-kelompok bid`ah seperti Syia`h,Khawarij, Sufiyyah, Muktazilah,Hizbiyyah dan selainnya.Kesemuanya mengaku dan mendakwa mereka membawa Islam yang benar.

[13] Al-Ahqaaf 46:30

[14] Al-Baqarah 2:2

[15] Ali-Imran 3:101

[16] As-Syuura 42:52

[17] Al-An`aam 6:153

[18] Shahih, HR Ahmad no:4205,Ibn Majah no:11,Nasaie dalam Sunan al-Kubra 6/343, disahihkan oleh Imam al-Hakim di dalam Mustadrak `ala Shahihain 7/64 dan juga al-Imam Al-Wadi`i di dalam As-Shahih Al-Musnad Mimma Laisa Fi As-Shahihain


[19] Kelompok Ikhwan Muslimin,dan mereka yang menempuh metodologi Hizbiyyah sangat taksub kepada syaikh, kelompok atau amir-amir mereka seperti taksub kepada Hassan al-Banna, Sayyid Qutb, Qaradhawi dan tokoh-tokoh ikhwanul muslimin yang lain sehinggakan mereka jelas-jelas mengagungkan perkataan-perkataan tokoh-tokoh mereka melebihi perkataan Allah dan Rasulullah sallallahu`alaihwasallam, mereka menganggap tokoh-tokoh tersebut maksum, malah lebih utama dari para sahabat, tabi`in dan ulama salaf dan ulama`-ulama hadith. Buktinya apabila ada pendapat tokoh mereka yang menyalahi petunjuk Nabi maka mereka menolak petunjuk dan tetap mendahulukan pendapat syaikh dan tokoh mereka. Begitulah juga perihal dan keadaan para Hizbiyyin seperti pengikut Abdul Rahman Mar`i apabila dibawakan kepada mereka dalil-dalil yang jelas menunjukkan penyimpangan mereka,mereka berusaha menutup penyimpangan mereka dengan hujjah bahawa bersama mereka ialah Fatwa para ulama` Kibar dan pelbagai tipu muslihat lain.Sedangkan kita disuruh agar mengikuti dalil al-Quran dan As-Sunnah serta mengikut manhaj Salaf.

[20] Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-`Azhim 1/138

[21] Ketiadaan atau ketidakjelasan tentang rukun yang ketiga ini menyebabkan ramai kelompok dari umat Islam yang tergelincir dari landasan Islam seperti yang difahami oleh generasi Salaf as-Soleh.

[22] Ibn Kathir, Tafsir Al-Quran Al-`Azhim 1:96

[23] Al-`Itishom 1/72

[24] Muhyi AS-Sunnah Abu Muhammad al-Husain Ibn Mas`ud al-Baghawi, Ma`alimut Tanziil 4/284, Maktabah Syaamilah.

[25] `Aziz Ibn Farihan al-`anzi , Al-Bashiirah Fi Da`wah ila Allah, 1/1 Maktabah Syaamilah

[26] Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-`Azhim, 4/422, Maktabah Syaamilah

[27] Dalam menafsirkan maksud Ulil Amri dalam ayat ini ada empat tafsiran:

1) Mereka ialah Pemerintah (kaum muslimin), tafsiran ini merupakan tafsiran Abu Hurairah, Ibnu `Abbas dalam satu riwayat, juga Zaid bin Aslam, As-Suddi,dan Maqatil.

2) Mereka ialah para Ulama` dan Fuqaha`, dan ini merupakan tafsiran Jabir bin `Abdillah,Al-Hasan, dan Mujahid dan selain mereka, dan ianya merupakan riwayat dari Ibnu `Abbas.

3) Mereka ialah para sahabat Nabi Sallallahu`alaihiwasallam, dan tafsiran ini merupakan riwayat dari Mujahid, dan ianya merupakan pendapat Bakr bin `Abdillah Al-Muzani.

4) Mereka ialah Abu Bakr dan `Umar radiallahu`anhuma, dan ini merupakan pendapat `Ikrimah.

Berkata Al-Imam Abu Ja`far At-Thobari rahimahullah: tafsiran yang lebih tepat pada ayat tersebut: mereka ialah pemimpin dan pemerintah berdasarkan khabar yang sahih dari Nabi sallallahu`alaihiwasallam agar menta`ati para imam dan pemerintah di atas keta`atan(terhadap Allah dan Rasul) dan juga ianya merupakan maslahah(kebaikan)untuk kaum muslimin.

Berkata Al-Imam Ibn Kathir rahimahullah: Dan secara jelasnya bahawasanya ianya umum meliputi ulil amri(pemimpin) baik di kalangan pemerintah mahupun ulama`

[ lihat Tafsir Ibn Jarir 5/150, dan Tafsir Ibn Kathir 2/384]

Berkata Abu Ayyub: Ayat ini menjadi hujjah yang kukuh menolak dakwaan khawarij dan dan kelompok-kelompok beserta parti-parti yang keluar daripada pemerintah kaum muslimin dan mengkafirkan mereka.Sedangkan Ahli Sunnah melihat wajib menta`ati pemerintah muslimin selagi mana mereka tidak menyuruh kepada kemaksiatan.

[28] HR Muslim no:3236

[29] HR Tirmidzi no:2600, Ibn Majah no:43,Abu Dawud no:3991.Berkata Al-Imam Al-Wadi`i Rahimahullah: Hadith ini hasan.Lihat As-Shahih Al-Musnad Mimma Laisa Fi As-Shahihain 2/21.

[30] HR Ibn Majah no:3983,Abu Dawud:3981,At-Tirmidzi no:2565.Disahihkan oleh Al-Imam Al-Albani dalam Silsilah As-Shahihah

[31] As-Sunnah ,Al-Marwazi:98

[32] As-Sunnah, Al-Marwazi:28

[33] Usul Sunnah 1/14

[34] Bab ini ditulis sebagai bantahan terhadap golongan yang mengakui mereka adalah Firqatun Naajiah, sebagaimana dakwaan dibuat segelintir laman web, dan forum internet seperti AFN ( Al-Fikrah.net), Al-Ahkam.net dan yang selainnya. Yang jelas mereka telah menempuh metod ikhwan muslimin.. dimana jika kita memasuki forum tersebut kita akan dapati ayat-al-Quran, as-Sunnah dan hukum hakam yang jelas dalilnya masih diperdebat oleh semua jenis orang (sama ada yang jahil mahupun alim), malah di dalam laman web tersebut tidak ada Tamayyuz (pemisahan) diantara Sufi, IKhwani, tablighi, dan pelbagai firqah lagi, berhimpun dan membahaskan masalah agama mengikut selera dan hawa nafsu masing-masing. Wajib bagi kaum muslimin menjauhi laman web fitnah tersebut, dan mengambil ilmu dari mereka yang benar-benar istiqamah, adil dan mengikuti manhaj Salafi yang tulen.

[35] Tafsir Al-Quran Al-`Azhim, Ibn Kathir 5/103. Berkata Syaikh kami, Al-Muhaddith Syaikh Yahya bin Ali Al-Hajurri Hafizahullah ketika menafsirkan ayat dia atas dalam pelajaran Tafsir Ibn Kathir: Maka perkataan sebahagian Salaf ini rahimahumullah tidak ada syak lagi akan kebenarannya,akan tetapi ayat ini umum meliputi golongan awam di kalangan Ahli Tauhid.

[36] HR Bukhari no;71 bersama Fathul Bari ,Kitabul `Ilm 1/289

[37] HR Muslim no:3544.

[38] Fathul Bari, 1/289

[39] Ibn Qutaibah,Ta`wil Mukhtalaf Hadith: 73

[40] Al-Jama`aat Al-Islamiyyah Fi Dhau` Al-Kitab wa As-Sunnah bifahmi Salafil Ummah:59

[41] Riyadhul Jannah Fi Radd `Ala `Aadaais-Sunnah:23

[42] InsyaAllah tentang definisi hizbiyyah dan rukun-rukunnya akan penulis bawakan dalam bab yang khusus.

[43] Bab ini berdasarkan faedah-faedah yang penulis simpulkan dari Kitab Al-Majruhun `Inda Al-Imam Wadi`I rahimahullah, dan juga Syar`iyyah An-Nush Wa Zajr Wa Tahdzir min Du`at Al-Jahl,wa Tahazzub wa Talbis wa Taghrir karya Syaikh Yahya Hafizahullah,yang menghimpunkan dalil-dalil dari Al-Quran,As-Sunnah dan Athar Salaf tentang pensyari`atan mentahdzir(mencela) mereka yang menyeru manusia kepada penyimpangan,bid`ah dan kesesatan.Ianya juga dikenali dengan ilmu Jarh Wa Ta`dil di kalangan Ahli Hadith.

[44] HR Bukhari no:434, Muslim no:1181,Ahmad no:24252

[45] HR Bukhari no:435,Muslim no:1187,Ahmad no:24060

[46] Faedah: As-Syaikh Yahya Hafizahullah ketika pelajaran Shahih Bukhari 5 Sya`aban 1431H berkata:

Pada hadith ini menunjukkan bahawa Rasulullah Sallallahu`alaihiwasallam wafat,dan hadith ini menolak dakwaan golongan Sufiyyah yang mendakwa roh Nabi Sallallahu`alaihiwasallam datang ketika majlis maulid Nabi diadakan,mereka berkata ketika majlis sedang berlansung: “ Marhaban Ya Jadda Al-Husain”(selamat datang wahai datuk kepada Al-Husain).Dakwaan ini tertolak dengan dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah yang sangat banyak.

Antaranya Firman Allah Ta`ala:

إِنَّكَ مَيِّتٌ وَإِنَّهُمْ مَيِّتُونَ

Sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) akan mati, dan Sesungguhnya mereka juga akan mati.


[Az-Zumar:30]

وَمَا مُحَمَّدٌ إِلَّا رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِهِ الرُّسُلُ أَفَإِنْ مَاتَ أَوْ قُتِلَ انْقَلَبْتُمْ عَلَى أَعْقَابِكُمْ وَمَنْ يَنْقَلِبْ عَلَى عَقِبَيْهِ فَلَنْ يَضُرَّ اللَّهَ شَيْئًا وَسَيَجْزِي اللَّهُ الشَّاكِرِينَ

Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul Yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? dan (ingatlah), sesiapa Yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang Yang bersyukur (akan nikmat Islam Yang tidak ada bandingannya itu).


[ Ali-Imraan:144]


Padanya juga beberapa faedah:

1) Pengharaman daripada menjadikan kubur sebagai masjid (tempat `ibadah)

2) Wasiat Nabi Sallallahu`alaihiwasallam kepada ummatnya sebelum kewafatannya melarang daripada kesyirikan.

3) Menyucikan masjid-masjid daripada segala unsur kesyirikan.

4) Haramnya solat di atas kubur,dan solat tidak sah diatasnya.

[47] HR Bukhari no:4183.

[48] Syarh Usul As-Sunnah Imam Ahmad,ms 11.

[49] HR Bukhari no:3606,7084, Muslim no:1847.

[50] HR Muslim no:7

[51] HR Muslim no:8

[52] HR Muslim no:1765,Bukhari no:3341

[53] Syar`iyyah An-Nush Wa Zajr Wa Tahdzir min Du`at Al-Jahl,wa Tahazzub wa Talbis wa Taghrir, ms 19

[54] HR Tirmidzi no:2600, Ibn Majah no:43,Abu Dawud no:3991.Berkata Al-Imam Al-Wadi`i Rahimahullah: Hadith ini hasan.Lihat As-Shahih Al-Musnad Mimma Laisa Fi As-Shahihain 2/21.

[55] Syar`iyyah An-Nush Wa Zajr Wa Tahdzir min Du`at Al-Jahl,wa Tahazzub wa Talbis wa Taghrir, ms 19

[56] HR Bukhari no:4675.

[57] HR Muslim no:93

[58] Iaitulah kunyah `Abdullah bin Mas`ud Radiallahu`anhu.


[60] HR Ad-Daarimi no:204, dishahihkan oleh Al-Imam Al-Albani Rahimahullah dalam Silsilah As-Shahihah no:2005.

[61] HR Bukhari no:122

[62] Al-Ibanah Ibn Bathah 2/431

[63] Muqaddimah Shahih Muslim,

[64] Iaitu hadith Muttafaq`alaih, Bukhari no:4418, Muslim no:2869 daripada Ka`ab bin Malik, juga rujuk Riyadhussholihin Bab At-Taubah hadith no:22.

[65] Syarhus Sunnah Lil Baghawi

[66] Muqaddimah Shahih Muslim,ms:66

[67] Tafsir Ibn Kathir

[68] Majmu` Al-Fatawa 28/231-232

[69] Al-Adab As-Syar`iyyah Li Ibn Muflih:1/125

[70] I`tiqaad A`immatil Hadith hal 78.dinukil dari Syarah Ushulus Sunnah Imam Ahmad oleh Syeikh Walid b.Muhammad Nubaih. Hlm 42-43.

[71] Mizan Al-`Itidal 4/78

[72] Al-Majruhun `Inda Al-Imam Al-Wadi`i:37, Ghaaratul Asyrithah: 2/326

[73] Beliau ialah Muhammad bin Al-Hassan bin `Ali Al-Kauthari: Mubtadi`(ahli bid`ah)yang sesat menyimpang dari al-Hak,bermazhab Hanafi,ber`akidah Jahmi,beliau mencela sahabat,dan para Imam seperti Anas bin Malik,As-Syafi`I,Malik,Ahmad dan selain mereka dari kalangan para Imam yang terkenal.

Rujuk: Al-`Alaam Li Zirkali 7/129

[74] Al-Jahmiyyah dinisbahkan kepada Jahm bin Shafwan dan pengikutnya,merupakan pencetus fitnah dan kesesatan. Mereka (Al-Jahmiyyah) melakukan penafian nama-nama dan sifat-sifat Allah, dan Jahmiyyah ini meliputi semua kelompok yana melakukan penafian (peniadaan nama-nama dan sifat-sifat bagi Allah), baik dari kalangan Ahli falsafah, mu’tazilah, asy’ariyyah, dan qaramithah batiniyyah. (lihat “Syarh Al-’Aqidah Al-Wasithiyyah” Hal. 219).

[75] Muqaddimah Syarh Al-`Aqidah At-Thohawiyyah Li Abil `Izz Al-Hanafi,ms 50

[76] Syarh Al-`Aqidah Al-Waasitiyyah Lil Harras:71


[78] Merupakan pengasas kepada Jama`ah Ikhwan Muslimin yang diasaskan di Bandar Isma`iliyyah di Mesir pada tahun 1346H, dan beliau merupakan mursyid awal bagi Ikhwan Muslimin beliau juga merupakan Sufi yang berba`iah kepada Thariqah Al-Hasaafiyyah, untuk mengetahui lebih banyak penyimpangan beliau dan jamaah Ikhwan sila rujuk; Al-Jamaat Islamiyyah Fi Dhau` Al-Kitab wa Sunnah bi Fahmi Salafil Ummah, karya As-Syaikh Salim Al-Hilali Hafizahullah.

[79] Al-Majruhun `Inda Al-Imam Al-Wadi`i:34

[80] Al-Majruhun `Inda Al-Imam Al-Wadi`i

[81] Syar`iyyah An-Nush Wa Zajr Wa Tahdzir min Du`at Al-Jahl,wa Tahazzub wa Talbis wa Taghrir: 47

[82] Untuk mengetahui tentang hukum membuat yayasan dalam berdakwah dan jawapan terhadap syubhat-syubhat para pemuja yayasan,sila rujuk risalah tulisan saudara kami Al-Akh Abul Husain Muhammad bin Mahyuddin Al-Jawi Hafizahullah yang bertajuk: “ Al-Jam`iyyah Al-Harakah bila Barakah”( Yayasan sarana tanpa barakah)

[83] Termasuk perkara yang boleh menggugat kedudukan Tauhid ialah lemahnya rasa Tawakkal terhadap Allah, As-Syaikh Muhammad An-Najdi di dalam Kitab Tauhid meletakkan Bab:Firman Allah Ta`ala:

وَعَلَى اللَّهِ فَتَوَكَّلُوا إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ

Dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakal, jika kamu benar-benar orang yang beriman

[Al-Ma`idah:23]

Berkata Al-Imam Ibnul Qayyim rahimahullah: Maka Tawakkal kepada Allah merupakan syarat kebenaran Iman, dan ianya menunjukkan penafian iman ketika ketiadaannya, di dalam ayat lain:

وَقَالَ مُوسَى يَا قَوْمِ إِنْ كُنْتُمْ آَمَنْتُمْ بِاللَّهِ فَعَلَيْهِ تَوَكَّلُوا إِنْ كُنْتُمْ مُسْلِمِينَ

Berkata Musa: “Hai kaumku, jika kamu beriman kepada Allah, maka bertawakkallah kepada-Nya saja, jika kamu benar-benar orang yang berserah diri.” [ Yunus:84]

Maka Tawakkal merupakan bukti keshahihan Islam, dan jika kuatnya iman seorang hamba maka tawakkalnya juga semakin kuat, jika lemahnya Iman maka lemahlah tawakkalnya.-selesai perkataan Ibnul Qayyim-

Tawakkal kepada selain Allah terbahagi kepada dua:

1) Tawakkal dalam urusan yang tidak ada yang mampu menetapkannya melainkan Allah, seperti orang-orang yang bertawakkal kepada orang yang sudah mati(kuburan nabi atau orang soleh), thagut-thagut dalam pengharapan mereka terhadap keperluan mereka: baik berupa pertolongan,penjagaan(dari malapetaka) atau rezeki atau syafa`at, maka ini merupakan syirik akbar(besar).

2) Tawakkal dalam sebab-sebab zahir, seperti sesiapa yang bertawakkal kepada pemerintah atau sultan terhadap apa yang telah Allah tetapkan kepadanya: baik berupa rezeki,atau menghilangkan kesakitan dan seebagainya maka ianya merupakan jenis syirik asghar(kecil) – Fathul Majid Syarh Kitab At-Tauhid ms/327-328-

Berkata Syaikh kami, Yahya bin Ali Al-Hajurri hafizahullah: “ Tawakkal merupakan senjata setiap para Nabi, tiadalah Allah mengutuskan di kalangan para Nabi melainkan bersama mereka tawakkal dan rasa percaya kepada Allah”

Berkata Abu Ayyub: Maka dimanakah letaknya rasa tawakkal bagi para pemuja yayasan, dan bagi mereka yang menjadikan agama sebagai profesyen bagi mengumpul harta? malah lebih hina bagi mereka yang megumpul wang,harta dan kekayaan atas nama dakwah!!.Wal`Iyazubillah min zalik…

[84] Beliau membolehkan pilihanraya, menghalalkan muzik, menganggap permusuhan di antara orang islam di Palestin dan Israil bukanlah kerana agama tetapi kerana tanah(bumi palestin), beliau menyeru kepada berkasih-sayang dan berlemah lembut ke atas Nasrani, membela kaum kafir.

[85] Syaikh Muqbil Rahimahullah membantah kesesatan beliau dalam kasetnya berjudul: “ Az-Zindani dan Masyaikh Al-Yaman” dan juga beliau Rahimahullah menulis kitab bertajuk: “ As-Subh As-Syaariq `Ala Dhalalat `Abdil Majid Az-Zindani Fi Kitabihi At-Tauhid Al-Khalik” diantara kesesatan beliau ialah:membolehkan pilihanraya,dakwaan bolehnya mendengar suara-suara ahli barzakh dan banyak lagi ramai ahli Ilmu dari Yaman yang membantah beliau.

[86] Syar`iyyah An-Nush Wa Zajr Wa Tahdzir min Du`at Al-Jahl,wa Tahazzub wa Talbis wa Taghrir:46

[87] Ad-Da`wah Baina Tajammu`il Hizbi wa Ta`awun As-Syar`i

[88] Tuhfatul Mujib:112

[89]An-Nasihah Wa Al-Bayan:116

[90] Apa yang dikatakan oleh Al-Imam Muqbil itu memang benar, ketika penulis masih di Universiti, penulis sempat merasakan bagaimana hizbiyyah menyibukkan anak-anak muda dengan program-program yang melalaikan, tanzim-tanzim bid`ah dan juga ajakan kepada ikhtilath, tasawul (meminta-minta) dana untuk sesuatu program dan penulis bersyukur kepada Allah kerana menyelamatkan penulis dari hizbiyyah…

[91] Gharatul Asyrithah:1/15

[92] Adhrar Al-Hizbiyyah `Ala Ummah Al-Islamiyyah, ms:4-5


[94] Ibnu Kathir, Tafsir al-Quran al-`Azhim , 3/360

[95] Beliau ialah Muhammad b.Idris b.al-Munzir b.Daud al-Hanzhali. Abu Hatim ( 195H-277H) lahir di ar-Rai merupakan seorang Imam Hafiz di dalam hadith. Rujuk al`Alam liz Zarkali.

[96] Syarh Ushul I’tiqad Ahli As-sunnah wal Jama’ah” 1/169

[97] Syaraf Ahlul Hadith, al-Khatib al-Baghdadi hlm 187, Maktabah Syaamilah

[98] `Aqidah As-Salaf Wa Ashab Al-Hadith hal 116

[99] Dinukil dari “ Mengenal Dengan Lebih Dekat Darul Hadits Dammaj”ms:17-18 susunan sebahagian pelajar-pelajar Indonesia Darul Hadith Dammaj.

[100] -Sumber dari sebelumnya- Rujuk juga At-Tarjamah, Ghaarat Al-Asyrithah, Al-Bayaan Al-Hasan,Rahalat Da`wah As-Syaikh Muqbil

[101] Dinukil dari “ Mengenal Dengan Lebih Dekat Darul Hadits Dammaj”ms:80

[102] Dinukil dari rakaman Muhadharah As-Syaikh Salim di Darul Hadith Dammaj pada hari Isnin 22 Jamadil Thani 1430.

[103] Al-Anfal :29.

[104] Al-Hadid: 57

[105] Dinukil dari “Asy-Syaikh Yahyâ fi suthûr wa makânitihi ‘inda imâm wâdi’I” hal 4. Dinukil dari “ Mengenal Dengan Lebih Dekat Darul Hadits Dammaj”

[106] ucapan ini disampaikan oleh As-Syaikh Abu Hammam Al-Baidhani kepada Al-Akh Abu Bilal Al-Hadromi melalui telefon. dan kasetnya ada di maktabah As-salafiyyah di Al-Hami. dan jawaban As-Syaikh Robi‘ ini terjadi beberapa bulan lalu pada tahun ini (1428 H)-dinukil dari sumber yang sama-

[107] Nukilan dari “Inbâ‘il Fudhola”, Sa’id bin Da`as Al-Yafi’i -hafizahullah- . dinukil dari sumber yang sama-

[108] Berita ini dari Al-Akh Anis Al-Hadhromi dari Abdul Hakim Ar-Roimi dan Abu Hammam Al-Baidhani dari Al-Imam Robi’ bin Hadi Al-Madkhali -hafizahumullah-.-dinukil dari sumber yang sama-

[109] Berita ini dari Al-Akh Anis Al-Hadhromi dari Abdul Hakim Ar-Roimi dan Abu Hammam Al-Baidhani dari Al-Imam Robi’ bin Hadi Al-Madkhali –hafizahumullah. Dan juga dari As-Syaikh Yahya -hafizahullah- saat menjawab soal dari ahli Baidho’ sempat menukilkan perkataan As-Syaikh Robi’ -hafizahullah-di atas) -dinukil dari sumber yang sama-

[110] sebagaimana dinukilkan dari www.aloloom.net

[111] Dinukil dari risâlah, “madzâ yanqimûna yahyâ” hal. 6

[112] Dinukil dari “asy-syaikh yahyâ fi suthur wa makânitihi ‘inda imam wadi’î” hal 5.

[113] Dinukil dar “ Mengenal Dengan Lebih Dekat Darul Hadits Dammaj”

[114] Dinukil dari kaset “jilsah ashabul qushoi’ar” dan kasetnya di tasjilat Darul Athar Dammaj Yaman.

[115] Dinukil dari kaset “jilsah ashabul qushoi’ar” dan kasetnya DI tasjilat Darul Athar Dammaj Yaman.

[116] Dinukil dari “Madza Yanqimûna Min Yahyâ karya Adnan Adz-Dzammari”, hal. 6, dan “Jalsah Ahli Qushôi’ar Ma‘asy Syaikh ‘Abdul ‘Azîz Al-Burô‘î ”, dan “Muammarotul Kubrô”, Abdul Ghani Al-Qo’syâmî, hal. 24

[117] sebagaimana dalam kitâb “Al-fatawâ Al jaliyah anil manâhij ad da’awiyah.”

[118] Juga tercantum dalam “Muammarotul Kubro“ karya Abdul Ghani Al-Qo’syami,hal. 24.

[119] Lihat “Mukhtashorul Bayan”

[120] Lihat “Al-Haqô’iq Waqi’iyyah” hal. 20 karya beliau -hafizahullah- .

[121] Dinukil dari rakaman Ucapan alu-aluan Syaikh Salim di Darul Hadith Dammaj,pada 22 Jamadil Thani 1430H, Tasjiilat Darul Athar,Darul Hadith Dammaj.

[122] Muqaddimah Ibn Solah:87

[123] Al-Kifayah:105

[124] Syarh Al-Manzumah Al-Bayquniyyah:25

[125] Antara mereka yang majhul ialah Muhammad Islam, beliau tidak dikenali halnya,apakah dia hanya mengambi ilmu dari internet dan laman-laman web fitnah lalu menyebarkan fitnah kepada ikhwah-ikhwah,sedangkan beliau tidak faham keadaan yang sebenar berlaku di Dammaj, dan beliau juga hanya bertaqlid buta dalam masalah ini.

[126] Antara blog atau laman web yang majhul pengendalinya ialah blog “ Dammaj habibah”yang penuh penipuan dan kedustaan, ternyata apabila ditanya saudara-saudaraku dari Indonesia tentang pengendali blog tersebut ternyata mereka tidak mengenalinya, pengendali blog tersebut menulis makalah-makalah yang penuh jelek dengan menghina Syaikh Yahya dengan pelbagai tuduhan dusta, sedangkan kedudukan si penulis tersebut adalah majhul `ain dan majhul hal, tidak tahu siapa dia, dan apakah dia seorang sufi, ikhwani, atau ….wajib bagi para Salafiyyin menjauhi laman web fitnah dan blog sebegitu..


[128] HR Muslim no:1289

[129] Sila merujuknya d Sahab.net atau di al-oloom,dan risalah tersebut sudah diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia